Sunday, June 20, 2010
Hari ni Ahad tapi hari ni saya minta cuti jadi hari ni banyak la kerja-kerja yang tertangguh saya kena buat.Tak terkira lagi kerja-kerja yang memang dah bertimbun kat meja opis saya tu hmmm...bila la agaknya nk siap kan sebab memang hari2 bertimbun pun.
Kadang-kadang rasa seronok juga dapat cuti macam ni. hehehe :-p
Apepun,rasa tak sabar2 pulak nak gi kerja esok mengadap komptr yang dah terlalu tua tu hahahah.
Pejam celik pejam celik dah hampir setahun saya bekerja makan gaji .
Seronok sangat2 rasa tapi dalam kita bekerja mencari rezeki ni, macam2 orang dah saya temui lebih2 lagi ragam teman sekerja .
Aduss,,pening kepala di buatnya,buat itu tak kena ini tak kena hussss memang naik tension sangat2..
Tapi saya bukanlah berniat untuk memburukkan sape2 tetapi ambil lah ini semua sebagai pengajaran untuk kita memahami hati dan perasaan orang lain juga.
Biarlah saya nama kan dia sebagai si A sahaja..dia ni berbangsa Cina dan boleh di kan sebagai senior la tmpt saya tu.
Kerja saya kadang2 berada di kaunter depan dengan masalah2 orang huhu dan tolong orang hehehe bukan ape si A ni suka sangat arahkan saya duduk depan sedangkan meja saya kat belakang masih ada bertimbun lagi kerja yang kena d siapkan sebab memanng tiap akhir bulan kerja tu harus di siapkan sesegera yang mungkin.
Satu hari macam biasa la,customer bila datang mesti kita layan dengan sapaan mesra dan manis muka tapi jgnlah terlalu over mesra.
Satu kali ni..di pendekkan cerita,si A ni memang tak profesional langsung ye lah nak marah2 kita pom janganlah marah2 depan customer ..suka2 je maki2 ..lepas tu yang tak tahan kata mcm2 yang kurang menyenangkan halwa telinga ni..Ya Allah rasa bersirat darah ni...malu ada,,sakit hati ada,,,nak nangis pun ada,,
Memang kadang2 kesabaran tu perlu tapi kalau hari2 kena macam ni tak ker naik give up.
Kita orang staff lebih2 lagi "Malay" memang x sekepala dengan sikap dan perlakuan si A.Tapi nk buat mcm mana mungkin tekanan yang membuatkan dia sedemikian,mana takknya hari2 makan ubt 7 biji sehari,,mungkin tu la balasan dia sebab memang dari dulu lagi dan katanya akak kat opis saya tu memang perangai dia tu suka ambik tahu hal orang ,mengata orang ..Waallahualam
Apepun ,sebagai manusia biasa yang juga mempunyai seribu kelemahan ,saya mendoakan agar dia cepat2 lah berubah seusia dengan dirinya,Bukan ape,tidak salah memarahi orang jika bersebab,tetapi jagalah air muka dan hati mereka .Mungkin dekat luar dia kata "tak ape,,saya tak marah dah memang salah saya", (mengaku je lah sekalipun bukan salah kita) tapi kat dalam hati Dia saja yang tahu..
Susaah nak memahamkan seseorang tentang perasaan hati ni lebih2 lagi masyarakat yang bukan beragama islam yang sememangnya tidak di ajar dengan sikap2 yang baik dan sikap sabar.
""Ya Allah! Ampunilah dosaku dan hilangkanlah marah di hatiku..
Dan selamatkanlah aku daripada godaan syaitan "
Apepun,kadang2 terasa sangat tension dengan situasi kerja yang kadang-kadang memaksa kita untuk bersabar kerana kesabaran itu dalam bekerja sangat2 lah perlu.
Label: nukilan ku
Friday, March 5, 2010
Dari Tuhan ,kita dijadikan hasil cantuman beberapa kelebihannya.
Maka terbentuklah sesusuk tubuh yang diberi nyawa,maka kamu dilepaskan menjadi khalifah dibuminya,jadi marilah kita berbakti dan bertaqwa kepada-Nya kerana Dia Allah yang Esa..
Sesungguhya mengingati hari mati itu amat di sukai oleh Allah s.w.t
Label: nukilan ku
Buatmu ...
Hidup ini ibarat seorang pelari yang pada permulaanya dia akan terus berlari dengan pantas untuk mengejar kemenangan ,
kemudian dia perlahan dan adakalanya ia jatuh dan bangun semula untuk meneruskan pelariannya untuk ke garisan penamat.
Namun,begitu jualah hidup kita ini...
sentiasa dalam ujian dan cubaan dari-Nya yang Maha Esa dan Maha Mengetahui segalanya..
Usah jualah engkau tangisi dan gelisah apabila diduga oleh seribu cabaran & halangan ..kerana kesabaran dan ketabahan hatimu,kekuatan imanmu menjadi ukuran dalam menempuh kehidupan yang penuh dengan ranjau dan duri..
Percayalah!
Allah ingin mendugamu dan ingin melihat ketaqwaanmu.
Ingatlah...
Allah akan tetap bersama kita..
Dia tetap akan bersama selamanya bersama hamba-Nya kerana ia menyayangi kita semua..
Sesungguhnya,Dia lagi Amat Penyayang dan Maha Pengasihani...
Ingatlah pesanan ku ini,dari Hamba-Nya yang serba kekurangan..
Buat dirimu...
Secebis hati ku serahkan padamu ..
Serungkai doa ku pohonkan pada-NYa..
Agar kita semua senantiasa mengingatiNya..
Sentiasa memuji dan memujanya yang Esa
Tiada satu dan tiada dua..
Dialah Pencipta,,
Dialah yang mengatur segalanya
Pertemuan antara kita dan berpisahnya kita
Dialam nyata mahupun maya..
Ketahuilah olehmu...
Yang perjalanan hidup ini teramat jauh..
Jauh sangat..dan hidup ini juga bagaikan satu perjudian ..
Banyak lagi dugaan,cabaran harus kita tempuhi..
Hari berganti hari..
Begitu jualah hidup ini..
Jadikanlah segala kepahitan dan keperitan di dalam hidup ini sebagai pendorong ke arah satu matlamat setiap insan..
Pengalaman itu alah guru yang lebih baik dalam meniti kejayaanmu..
Hanya satu yang dapat menolong dirimu dan jua diriku ini ,iaitu Allah dan yang selebihnya adalah dirimu sendiri.
Dariku,
amsyarh@yahoo.com
Label: nukilan ku
Sunday, February 28, 2010
Alhamdulillah dan syukur pada Allah atas setiap rahmat dan satiap apa yang Engkau berkan padaku...
Hanya itu saje yang mampu saya ungkapakan
Apepun,semua berjalan dengan jayanya kelmarin.
Walaupun dalam keadaan panas tetapi ia sekalipun tidak mengubah siapa saya yang sebenar.
doakan kejayaan dan rezeki sentiasa bersama
hanya Allah yang memberikan segalanya......
Label: nukilan ku
Thursday, February 25, 2010
Salam Pagi Jumaat dan Salam Maulidur Rasul buat semua yang sudi singgah blog kita..
Pagi ni aktiviti saya tidak seperti selalu..jika sebelum ni setiap minggu saya kena temankan my aunty g pasar tapi hari ni boleh la tidur lama sikit huhuhu..rasa segar sikit badan ..pagi tadi terbangun lewat (waaaaaa..kantoi lagi )mujur my mum x maraH kalau tak mesti dia pot-pet sebab anak dara bangun lewat ..(hari ni je oke..)
sebenarnya dah terlajak tulis ni ,dah pecah la rahsia ekk(sori ye ...kita x gi la dgr ceramah Tuan Guru sebab x de org nak temankan hari ni ;-) ( **alasan yang memang dah x leh pakai **
sekarang dah pukul 1 tengahari .
jap agi janji ngn che ngah nak g jalan2 Pengkalan Kubur...waaaaa best nya..(xcited + duit masuk punya pasal)
tapi,best agi kalau g sana dapat makan som tam ngn megi masam-masam manis kat gerai tu,dulu ingat kita dah gi dah sana ngn my Fiance dan adik2 yg lain...huhuhu.
best sangat2 sebab ada orang belanja..terima kasih(lupa dah ucapkan ke belum ..)huhuhuhu
..orang tu janganlah jaelous ye,,nanti kita bungkus bawa balik dan poskan k..(rileks ar,,banyak agi makanan2 sedap kat sana yg belum kita semua terjah kikikikii..)
ni nak kongsi skit hobi terbaru kita..(mmmm...hobi ke ??)
dulu ada la soang rakan kita tu yang selalu kita bgtau pasal dia dlm blog ni(Pn.Zatil)
dia kata ada satu lagu ni sedap sangat2,,
masa tengah drive kita buat x tau je,,sebab perjalanan masa tu jauh la jgk terengganu ke kb..jadi badan pun letih sab sengal2 huhuhu........
ntah la...mgkin dia mrh kot kita x layan dia nyanyi lagu ni..
dia kata"ma kau dengar la aku nyanyi lagu ni..bestt giler", kita buat dunno je sebab memang x minat lagu2 indon ni..tangkap lelah,,(agak2 jelah)
so,,,mula2 dengar memang x meremang pom bulu roma huhuh(soriii ekk bukan kata suara kau x sedap..sedapppppppp..tapi x dapat nak hayati sgt la..)
so,bila ada kat face book lagu ni,,selalu sgtla dengar sampaikan dah naik tersumbat telinga sebab 10 kali asyik dengar lagu sama berulang2(tapi x la sampai x ingat dunia wink*wink*)
sebab lagu ni berkonsep ketuhanan la , setidak2 nya ada juga ingat kat Allah.
(Wali Band,Aku sayang Allah )tajuk dia,tapi x tau la takut2 kita ni ketinggalan zaman baru dgr lagu ni..tapi,memang lagu ni sedap dan boleh meruntum hati dan perasaan..
Jadi selalu-selalulah ingat Allah,berzikir kepada Allah dan mengingati akan kematian..(Buat diri sendiri jugak.. :-)
jom tengok lirik dia..(kalau pandai nyanyi tu sila2la ekk nyanyi sendiri,sebab kita x de minus one oke kat sini..hohohoooo.
ANDAIKAN DIRI KU BISA SEPERTI YG LAIN
YG KAU SAYANG
YG KAU RINDUKAN
YG KAU CINTAI,,,
AKU LEMAH
TANPAMU AKU LELAH
AKU SUNGGUH TAK BERDAYA
TOLONGKU......
TOLONGKU......
YA ALLAH.......
SETIAP AIR MATA
KU MENANGIS
ALLAH AKU LEMAH DAN TAK BERARTI
SETIAP DERAI TANGIS MEMBASAHI
ALLAH JANGAN TINGGALKAN AKU LAGI
AKU SAYANG ALLAH......
AKU RINDU ALLAH.....
AKU CINTA ALLAH............
AKU LEMAH
TANPAMU AKU LELAH
AKU SUNGGUH TAK BERDAYA
TOLONGKU
TOLONGKU
YAALLAH
SETIAP AIR MATA KU MENANGIS
ALLAH AKU LEMAH DAN TAK BERARTI
SETIAP DERAI TANGIS MEMBASAHI
ALLAH JANGAN TINGGAL AKU LAGI
AKU SAYANG ALLAH....
AKU RINDU ALLAH.....
AKU CINTA ALLAH......
Label: nukilan ku

