Friday, March 5, 2010

Buatmu ...

Hidup ini ibarat seorang pelari yang pada permulaanya dia akan terus berlari dengan pantas untuk mengejar kemenangan ,
kemudian dia perlahan dan adakalanya ia jatuh dan bangun semula untuk meneruskan pelariannya untuk ke garisan penamat.
Namun,begitu jualah hidup kita ini...
sentiasa dalam ujian dan cubaan dari-Nya yang Maha Esa dan Maha Mengetahui segalanya..


Usah jualah engkau tangisi dan gelisah apabila diduga oleh seribu cabaran & halangan ..kerana kesabaran dan ketabahan hatimu,kekuatan imanmu menjadi ukuran dalam menempuh kehidupan yang penuh dengan ranjau dan duri..

Percayalah!
Allah ingin mendugamu dan ingin melihat ketaqwaanmu.

Ingatlah...
Allah akan tetap bersama kita..
Dia tetap akan bersama selamanya bersama hamba-Nya kerana ia menyayangi kita semua..

Sesungguhnya,Dia lagi Amat Penyayang dan Maha Pengasihani...

Ingatlah pesanan ku ini,dari Hamba-Nya yang serba kekurangan..


Buat dirimu...

Secebis hati ku serahkan padamu ..
Serungkai doa ku pohonkan pada-NYa..
Agar kita semua senantiasa mengingatiNya..
Sentiasa memuji dan memujanya yang Esa
Tiada satu dan tiada dua..
Dialah Pencipta,,
Dialah yang mengatur segalanya
Pertemuan antara kita dan berpisahnya kita
Dialam nyata mahupun maya..

Ketahuilah olehmu...
Yang perjalanan hidup ini teramat jauh..
Jauh sangat..dan hidup ini juga bagaikan satu perjudian ..
Banyak lagi dugaan,cabaran harus kita tempuhi..
Hari berganti hari..
Begitu jualah hidup ini..

Jadikanlah segala kepahitan dan keperitan di dalam hidup ini sebagai pendorong ke arah satu matlamat setiap insan..

Pengalaman itu alah guru yang lebih baik dalam meniti kejayaanmu..

Hanya satu yang dapat menolong dirimu dan jua diriku ini ,iaitu Allah dan yang selebihnya adalah dirimu sendiri.

Dariku,
amsyarh@yahoo.com

0 Comments:

Post a Comment