Friday, February 12, 2010

Selamat Pengantin Baru




Assalamualaikum..

Semalam 12 Februari adalah hari keramat yang telah menyatukan 2 hati antara sahabat baik saya Zatil Hidayah & Mahmud Zuhdi. Apepun tahniah saya ucapkan buat kalian berdua kerana segala keberkatan pertunangan kalian selama 2 bulan akhirnya termeterai jua janji dengan ikatan sebuah perkahwinan.

Apepun saya terasa sangat-sangat la kecewa kerana tidak dapat menghadirkan diri di hari bahagia kalian, sekalipun janji saya dan zatil untuk sama2 bersama di hari pernikahan tersebut .(sedih sangat2,kerana kebetulan ada hal yang tidak dapat dielakkan)

Sesungguhnya ,apa yang kita rancang Dia yang lebih tahu dan menentukan segalanya.

Pagi kelmarin saya kirimkan msj pada zatil.Mesti zatil rasa sedih sebab saya tidak bersama2 dia,tapi saya tahu selain saya pasti zatil ada lagi kawan2 baik dia yang sentiasa bersama2 dia.
Perasaan terharu,sedih tu adalah sedikit terasa memandangkan saya dan zatil boleh dikatakan agaklah rapat.Tapi sekarang dia dah jadi isteri orang jadi tidak boleh lah keluar hujung minggu seperti sebelumnya ,apepun keizinan suami itu penting.

Hari ni 13Feb ,jadi kejap lagi saya nak ke rumah zatil.Mmm,tak sabar2 asenya nak tengok zatil dan suami diatas pelamin..Insyaallah,kalau berkesempatan saya akan letakkan gamabr kahwin diorang kat sini..Tapi,macam mana agaknya kenduri mereka ek??sebab kat luar sana ni hujan turun lebat sangat2..harap2 semuanya berjalan lancar la,,huhuhuh,,,

terasa tak sangka lak zatil dah kawin hahahaha...
tu lah,,,orang lain yang ditanda dulu,,dia lak yang kawin dulu..
huhuhuh...takpelah,jodoh semua Dia yang tentukan..samada cepat dan lambat saja..

oklah,rasanya setakat sini dulu untuk hari ni.
insyaallah,kalau ada citer menarik agi akan saya postkan lagi..
saya pun nak bersiap2 pergi makan "gulai bekwoh pn.Zatil & En.Zuhdi ni .

ok,wassalam

0 Comments:

Post a Comment