Saturday, February 6, 2010

Assalamualaikum .

Hari demi hari dan begitulah putaran waktu yang kadang2 kita sendiri tidak menyedarinya yang masa berlalu begitu pantas meninggalkan waktu2 yang sebelumnya.
Mungkin banyak waktu kita terbuang begitu sahaja dan mungkin pada ketika itu juga kita mempunyai ramai orang sekeliling yang begitu memerlukan kita dan sebaliknya.

tetapi,bila berbicara pasal sahabat,kawan,teman ramai yang menyatakan "mereka"ini semualah teman kita di dunia hingga akhirat..InsyaAllah,mudahan2 persahabatan kita semua samada di alam cyber atau sebaliknya,,kita ciptakanlah satu ukhwah yang kekal dan tidak sesekali mengabaikan perhubungan kita ini dengan sesuatu yang tidak baik dan hendaklah menghindari sikap suka bermusuh-musuhan.

sesungguhnya,sahabat yang baik itulah yang akan membentuk kita agar menjadiinsan yang lebih baik dari sebelumnya.Sukar sekali untuk saya ungkapkan perkataan sahabat seperjuangan yang dulunya sentiasa bersama2 dalam apa jua keadaan sekalipun,Tetapi bila semuanya berubah dan mencipta hidup dan haluan masing2,,kawan yang dulunya sentiasa bersama2 jauh pergi meninggalkan kita dengan mencari sahabat yang lebih baik dari diri kita.

Namun,mengapa mudahnya perasaan sayang dan kasih sahabat yang dulunya akrab dengan kita biarkan kita keseorangan mencari persoalan"dia benci saya ke?" atau "apa salah saya" dan macam2 andaian bermain di kepala.

Mungkin tidak semua yang berkelakuan sedemikian dan mungkin ada yang berkelakuan sedemikian..tapi,ingatlah seorang sahabat yang dulu pernah susah senang,suka duka dengan kita tidak pernah meminta untuk sentiasa bersama untuk selamanya dan tidak pernah jua meminta untuk terus bersama tetapi cukuplah sekadar bertanya khbar,kiriman sms tanda ingatan kita pada dia.


sahabat,
aku masih ingat tika dulu
kau sentiasa bersama walau apa jua sekalipun
tika kau sedih ..
tika kau senang
tika kau kecewa dengan kegagalanmu
akulah tempatmu
tempatnmu lepaskan segala kekusutan
tempatmu lepaskan segala andaian tentang mereka

sahabat..
ingat lagi aku waktu dulu
bila kali terakhir mu pergi ke menara gading
aku seolah2 sedih kerana tiada lagi kau bersama
dapatku lihat airmata mu membasahi pipi
kita saling berpelukan
melepaskan rasa sedih kerana terpaksa melepaskan sahabat yg ku syg
pergi mengapai cita2 mu..
aku pasrah tika itu..

selang beberapa minggu
telefon ku penuh dengan msj2 mu
macam2 kau ceritakan padaku...
ah...adariak2 cemburu di hatiku
Ya Allah...
Namun..
bulan demi bulan dan begitulah sehari2..
tapi,masuk bulan seterusnya kau tidak seperti dulu
kau terus lupakan ku...
sehingga 2 tahun kini kau terus ku buru
dari alam cyber friendster..dan sebaliknya
malam ini...tanpaku sangka..orang yg ku rindu
orang yg ku sayang ...
ku telah ku jejaki tanpaku sengaja..
lain sudah dirimu..
jauh meninggalkan kisah2 dulu..
cemburukah aku??
lihat kemesraan kaudan teman2 baru mu...
ya.......
memang perasaan itu tidak dapat kusembunyi
berkali2 ku ulang namamu di depan dia
berkali2 ku di sebut setiap kenangan kita...
betullah ...dia memang memahamiku
dia menceritakan segala kebaikanmu
tidak keburukanmu...
Aku pasrah...
Maafkan ku andai selama ini kau ku abaikan
andai ikatan yg terjalin antara ku dan dia tidak ku khbarkan..
bukan ku membenci..
bukan jua ku melarikan diri..
tapi,hatiku terluka
amat2 terluka dengan sikapmu..
semoga dikau bahagia N A R!


Wassalam,

0 Comments:

Post a Comment