Monday, June 15, 2009

"Tuhan kami,janganlah kiranya Engkau mengoncang-goncangkan hati kami setelah Tuhan memberikan petunjuk kepada kami,dan berikanlah kerahmatan kepada kami daripada sisi Tuhan sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi".


Assalamualaikum




Hari terasa malas sangat2 nak masukkan entri baru kat blog ni..
bukan ape,suka baca blog orang dapat kisah sendiri..
tapi kadang2 terasa la jugak jari - jemarri ni nak menaip dan menulis sesuatu untuk tatapan d masa mendatang sebagai kenang-kenangan..tapi,dek kerana ketandusan idea mulalah sakit kepala memikirkannya huhuhu..
sebur pasal sakit kepala ni..sebenarnya dari hari Khammis lagi kepala ni ase sakit berdenyut2 dan sengal2..ntahlah,kadang2 mungkin kerana terlalu banyak sangat kot buat kerja ataupun keadaan yang sesekali panas @sesekali hujan yang menyebabkan saraf2 otak ni menegang..@ tak cukup tidur??hurmmmm..

ntahla...
Penyakit datang dan sesekali ia menginsaf dan mengingatkan kita bahawasanya:

"Setiap penyakit atau musibah yang menimpa seseorang hamba itu pasti ada hikmah dan penawarnya"

oklah,mari kita membuka minda dengan melihat sedalam-dalamnya pemikiran dan ketenangan hati kita hari ni..
mungkin kita sentiasa bertegur sapa dan bertanya khbar diri kita sesama kita..tapi pernahkah kita bertanya khabar akan hati dan iman kita??
baik ke atau sebaliknya?
semua ni bermula dengan "Ketenangan Hati kita".

hari ni,kita berbicara mengenai ketenangan hati.Tahukah apa itu yang saya nak war2kan mengenai ketenangan hati??

Lihat di sini,
Ketenangan hati ialah satu perkara yang sangat penting dan tidak mungkin seseorang manusia walau apepun latar belakang ,agama ,budaya mahupun pemikiran yg tidak bersetuju bahawa ketenangan hati dan ketenteraman jjiwa ialah satu perkara yang paling penting bagi seseorang manusia.

Contohnya,macam masalah saya tadi la..
sakit kepala la,,tension kerja kat ofis banyak la...macam2 agi yang bermain d kotak fikiran ni. Sedangkan,kita yang mencipta dan mendownload semua tu di pemikiran..mungkin berbeza bg kita untuk mencapai ketenteraman dan ketenangan hati mahupun emosi bukan??

selayaknya,seseorang yang menjalani hidup dengan hanya melihat Tuhan@Allah ialah Tuhan dan aku adalah aku,sama sekali tidak sama dgn seseorang yg hidup di atas muka bumi ini dengan mengenal Tuhan ialah satu2nya Tuhan dan aku adalah hamba dengan penciptanya.


Untuk kita menyelami hakikat rasa hina seseorang hamba dijalin dengan rasa mulia menjadi hamba kepada Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Agung.

bagaimana ?

huss...tertanya2 kita semua bagaimana ingin mengenal diri kita lebih2 lagi mengenal Pencipta ..
saya bagi contoh ye..saya pun kurang pasti hasil tulisan saya ini membangkitkan rasa ghairan anda semua ini untuk terus membaca atau tidak..tetapi izinkan saya kali ni aje memberikan contoh2 yang saya rasakan sesuai untuk d jadikan gambaran huhuhuh..

oh ye,,bagaimana??

ibarat seperti seorang ank kecil akan berasa selamat dan tenang tika bersama ibunya dan kita pasti akan melihat senario seseorang kanak2 yang menangis kerana terpisah dengan ibunya di pasar raya.Kenapa??adakah kerana fizikalnya tercedera?tentu tidak !,tetapi apa yang saya nak tekankan di sini mungkin kerana "ketenangan hatinya:yang tidak berasa selamat dan tenteram..tetapi,andaikata si anak itu luka dan terjatuh ..bagaimana pula reaksi ibunya?/
pasti dia akan mententeramkan anaknya dengan berkata "alah,,sikit je luka tu,,nanti kita sapu ubat ye'..mmm,rasa sakit mesti ada ..tapi tangisan emosinya terhenti dek kerana rasa sakit pada emosi dan jiwa kanak itu telah d ragut ketenangan dan pujukan emosi ibunya.

Oleh itu,kesimpulan bagi contoh itu tadi menceritakan ,ketenangan hidup dan ketenteraman hati adalah satu kuasa yang ajaib yang sangat di perlukab dalam hidup kita.Jika demikian,sudah tentu dalam apa yang d perintah-Nya itu ada alat2 untuk membolehkan kita membawa ketenangan hati seperti amalan zikirullah,solat,berwuduk dan lain2.

apepun,terakhir kali pesan dari saya untuk diri sendiri dan semua pembaca blog
"semoga hati kita tidak 'BUTA' daripada melihat dan merasai kebesaran Allah swt ,Tuhan seru sekalian Alam ini,,sesungguhnnya Dia-lah Allah ,Zat tunggal Maha Pencipta!

0 Comments:

Post a Comment