Wednesday, June 17, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

alhamdulillah,akhirnya hari ini saya masih berkesempatan olehNya untuk terus bernafas di bumiNya yang Maha Kaya ini dengan seribu kesyukuran saya panjatkan ..
Hari ni ,saya berkira2 mahu menulis sesuatu yang bermakna untuk tatapan saya,bahkan saya rasa penulisan saya pada kali ini ytidaklah terlalu byk input bahkan ia lebih kepada kita untuk Mengenal Pencipta.Sebenarnya,idea untuk menulis tajuk ni datangnya dari sebuah buku yang saya baca iaitu buku yang cukup bermakna untuk saya isikan dalam hati dan iman saya..kelak (insyaallah)Sebelum tu,saya nak ucapkan terima kasih pada (TokJust) yang hadiahkan buku ni untuk saya pada 28 Januari lalu..

ok lah,sebelum saya bercerita lebih panjang mengenai tajuk saya kali ini ,saya nak ceritakan sedikit pertemuan saya dan Tok jUST ni.sebenarnya pertemuan kami tidak di rancang dan iaitu lebih banyak kepada satu kebetulan.Seingat saya,sblm ni saya dah berjumpa ngn tok just ni tapi masa tuh masing2 kenal agi ..masa tu saya berkenan la kat satu jubah ni,pah2 saya tengok tok just pom suka gak,,jadi mungkin rezeki dia saya bgi je dia beli lu..bila gi kedai tuh pulak..dah x de dah jubah sama mcm tu..waaaaaaaaaaa..sedihnyer ase..

seterusnya,saya masuk satu chatt room ni..tapi dok ingt doss chatt room ape..dan saya antara ahli2nya ..masa tuh.saya suka sangat masuk room tu..saya pom x tau knpa .Nak kata chat room tu glamour x la jugak,tapi sedap gok la sambil2 chat tu dapat dgr lagu nasyid yg best2 huhu..dan secara kebtulan gak untuk sekalian kalinya saya berchatting ngn seorang hamba Allah ni..dan x sangka lak dia adalah tok just.......bila dok kat usm k.k saya baru tahu tokjust tu Pensyarah kat sana di bhg,anatomy huhuh...dan itulah pertama kalinya kami bersua..tok just hadiahkan saya sebuah buku" Inspirasi Menuju Jalan Sempurna"..dan kerana tajuk buku tu lah saya namalan ia menjadi nama buat blog saya ni ..
apepun,saya amat2 menghargainya dan mengucapkan semoga persahabtan kita yang terjalin ni berkekalan untuk selamanya...Insyaallah..Ucapan saya ni juga saya tujukan buat semua khasnya rakan blog saya ...dan sesiapa sahaja..

Berbalik kepada tajuk posting saya pada kali ni..
apa yang anda semua faham mengenai tajuk ni??
mungkin semua sudah tahu dan sedia maklum apa yang saya nak kongsikan dengan rakan2 sekalian...

apepun,cuba kita semua renung dan fikir sejenak ..kalau x mau fikir pun ambiklah masa sedikit je untuk menanam dalam diri kita utk mengenal Pencipta kita..siapa dia???

apepun,fikirkanlah dengan waras ,kenapa dan bagaimana kita dicipta oleh Allah swt.
Adakah untuk mencari kekayaan dunia,mencari cinta kepada manusia,untuk saling mengata dan berdengki2 ataupun sebaliknya??

mungkin tidak dan harap2 kita semua tidak tergolong dalam kalangan sedemikian..

Yang pasti,hidupnya kita dan terciptanya kita adalah untuk mengabdikan diri kita padaNya dan untuk kita bersama2 mencari keberkatan di dunia mahupun akhirat..itu yang selayaknya.sesungguhnya,sesiapa yang mengenal dirinya maka dia akan kenal siapa penciptanya.

Tapi bagaimana kita mampu untuk menyempurnakan jiwa dan hati yang serba kekurangan dengan sifat2 terkeji??
Jawapanya,semuanya terletak pada hati dan tahap keimanan kita..bagi saya orang yang benar2 dapat menyucikan diri mereka dari sifat2 terkeji adalah mereka yang sentiasa menyempurnakan diri mahupun keimanan mereka dengan membersih jiwa mereka dan hati mereka dari segala sifat dan sedaya upaya menyucikan diri mereka dengan mentaati perintah Allah swt.

Sebagai kesimulanya,orang yang rugi adalah mereka yang merosakkan jiwa dan hatinya dengan bermaksiat kepada Allah.

Waallahualam..

Nampaknya,sampai sini sahaja coretan dan ilmu yang tak seberapa dari saya ..memandangkan saya sudah tidak upaya agi nak menulis panjamg2 sebab saya ada kerja untuk di lakukan huhuuuu..

jumpa agi!

0 Comments:

Post a Comment