Friday, June 19, 2009

Sangka-sangka..

Salam Jumaat buat semua yang menjenguk ke blog saya..
Terima kasih untuk semua ..
moga2 kalian semua berada dalam keadaan sihat2 sejahtera hendaknya..

Sempena hari ni merupakan Hari Penghulu segala hari,jadi saya ingin mengingatkan kepada diri saya mahupun semua agar kita bersangka baik terhadap sesama manusia.

jadi ,kenapa tajuk saya kali ni bersangka2?
Kerana bagi saya,kita semua tidak lari dari bersangka2 sesama kita.
ada sangkaan baik dan sebaliknya..dan saya sendiri pun tidak lari dari bersangka2 ,kerana bersangka2 adalah perkara yang tidak baik dan sentiasa di sukai oleh syaitan.

jom kita renungi dan ambil sedikit pengajaran dari sifat bersangka2 ni..

Manusia hari ni suka bersangka-sangka..
Ada sangkaan baik..ada sangkaan buruk..
orang beribadah disangka riak..
orang yang rileks disangka malas..
orang yang pakai baju baru disangka menunjuk..
orang yang pakai baju buruk disangka zuhud(hina)
orang yang makan banyak disangka pelahap..
orang yang makan sikit disangka diet..
orang baik disangka buruk..
orang buruk disangka baik..
orang masam disangka merajuk..
orang senyum disangka mengejek..
orang bermuzakarah disangka mengumpat..
orang diam disangka menyendiri..
orang menawan disangka pakai susuk..
orang nampak ceria disangka membela

mana tahu orang diam itu kerana berzikir kepada Allah,
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah,
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa,
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya,
mana tahu yang ceria itu kerana cergas mindanya,
jadi,kita semua haruslah bersihkan minda dan hati kita dari sikap mengata dan bersangka2 kerana ianya akan memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api...
Satu benda sahaja yang saya nak kongsi dengan semua,,apa yang kita lihat macam2 kesimpulan yang boleh kita buat,apepun semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya...

jadi,sebagai moral dan ikhtibar iuntuk saya dan kalian semua pada Hari Jumaat yang Mulia ni..

Nabi Muhammad saw adalah manusia terbaik pilihan Allah swt.
sifatnya yang terpujimerangkumi aspek fizikal dan rohani.Atas sifatnya yang superior inilah baginda dilantik menjadi pemimpin seluruh manusia di dunia ini.

"Baginda adalah manusia mithali yang serba lengkap dan serba kamil dan layaklah kami baginda tidak disentuh sebarang dosa lagi bersifat maksum.Kepimpinan baginda sepatutnya menjadi contoh teladan ke[ada semua manusia dimuka bumi ini.Barangsiapa mentaati Allah swt tanpa mengakui kerasulan NABI Muhammad saw ,nescaya Allah swt tidak menerima keimannya."

0 Comments:

Post a Comment