Wednesday, March 24, 2010

Salam sejahtera semua
Dikesempatan ini saya masih meneruskan lagi karya yang mengingatkan kita kepada Allah s.w.t

"Bilaku dengar rintihan rindu..
ku nyanyikan tasbih kalam-Mu,
Bilaku ku dengar rintihan suara laungan-Mu
baru ku sedar akan amanahku..
Beralun merdu nyanyian kalimah azan-Mu
Membangkitkan kesedaranku akan zikir tasbihku.."

Allah yang menciptakan aku,maka Dialah yang menunjukkan hidayah kepadaku dan hanya Dia tiada penganti selain Dia yang Esa..

Ku katakan pada hatiku bahawa kesusahan akan terus mengejar dan ia menerpa kita tanpa kita mampu menghalangnya,,
tetapi ia tidak mematahkan semangatku kerana ku yakin Dia sentiasa bersamaku ..

Sahabat sekalian,bagi saya seseorang itu tidak mungkin mampu mendapat kebahagiaan melainkan atas dirinya sendiri..demikian juga kita haruslah membawa diri kita ini kejalan yang lurus iaitu jalan kebahagiaan yang Allah redhai..

Sesungguhnya juga,kebahagiaan itu bukanlah "khurafat".
tetapi ia adalah hakikat yg nyata.. dan ramai orang ingin menikmatinya dan kita sebagai hambaNya yang dhoif lagi hina ni patutla memanfaatkannya dengan mengambil iktibar2 cubaan2 dan cuba mengelola pengalaman2 yang telah kita alami atau sedang kita alami..

Seperti diri yang dhoif ini...pengalaman banyak mengajar saya erti menilai kebahagiaan dan kehidupan yang sebenar kita cari..
Bila kita di timpa sesuatu musibah,kita pasti ingin memerlukan seseorang yang rapat hadir dengan mendengar setiap keluhan dan luahan hati ini..

Ya...benar,saya mengakuinya,mungkin selain Allah swt mungkin teman rapat kitalah orang kedua selepas dariNya..
Terima kasih tidak terhingga pada yang sudi menjadi pendengar setiap,pendorong kata2 ..Alhamdulillah..sedikit bebanan yang di pikul seolah2 hilang jatuh separuhnya dari bebanan berat bahu ini.

Sahabat sekalian,
beruntunglah kepada mereka yang telah memahami erti kehidupan dan rugilah buat mereka yang sengaja melupakan kehidupan dengan Allah swt.
Ini kerana kita sebagai manusia telah berjaya menghayati kehidupan yang dianugerahkan olehNya kepada kita dengan sikap tidak ingkar ,yidak membangkang,mengeluh kesah dan tidak jugak menyeksakan dirikita sendiri..
Wallahualam..

Jadi,marilah kita sama2 menghayati kata2 ini.

"berhentilah merasa gelisah dan bersabarlah menghadapi kenyataan hidup dengan tabah dan lakukanlah sesuatu dalam kehidupan kita semua dengan sentiasa mengingati-Nya."

p/s: Selamat maju jaya buat MRP!
semoga kamu beroleh kejayaan dlm mengejar cita2mu.
semoga kita semua berada dlm keredhaanNya selalu :-)

0 Comments:

Post a Comment