Wednesday, March 24, 2010

Alhamdulillah..ni posting kedua saya buat hari ni.
sebenarnya saya ingin mengucapkan kata2 syukur dan puji-pujian yg tidak terhingga pada Dia yang menjadikan ,menciptakan kita manusia yang berpasang-pasangan..Alhamdulliah.
Alhamdulillah,bukan niat di hati mahu menghebahkan status atau mengkhabarkan pada dunia bahawanya saya telah pun bergelar"tunangan orang".
Tetapi,dikesempatan masih ada lagi segelintir sahabat2 saya yang dekat atau jauh tidak menyedari yang saya telah pun mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka pilihan hati pada 17 Mac 2009.
Malah,ada diantara rakan2 saya yang mendahului kami dengan telah pun selamat melangsungkan perkahwinan setelah 2 bulan bertunang..Tahniah.Apepun,itu semua ketentuan dariNya dan segala ketetapan jodoh kalian telah ditentukan..
Namun,sudah menjadi kelaziman bila ada yang mendahului dalam melangsungkan perkahwinan akan terdetik rasa cemburu dalam hati dan kita terus menanyakan dlm hati "aku bila?"

Apepun,kalau dah jodoh nanti x kemana...insyaallah..persediaan mental dan fizikal itu kedua2nya penting.Biarlah sahabat2 dahulu..kami menyusul akan datang :-)
Dan ramai yang yang bertanya "kamu bila?"dan terus saya katakan"insyaallah,kalau ada jdh tak kemana.cepat dan lambat sahaja( hehehe)

Apepun,syukur saya pada Allah swt yang menemukan kami kerana selama tempoh yang diikat sudah pun menjangka ke angka 1 kami mampu menjaga ikatan pertalian dan persaudaraan antara keluarga dengan ikatan silaturrahim yang baik..
Alhamdulillah,,sekalipun tunangan saya sekarang masih lagi menuntut di Timur Tengah saya dan keluarga mengharapkan yang terbaik buat dirinya agar mendapat kejayaan di dunia mahupun akhirat,,insyaallah.

Segala pahit manis ,cabaran dan dugaan mungkin telah sama2 kita semua rasai,,,kerana alam ini adalah mungkin bagi anggapan semua adalah alam yang penuh dengan dugaan dan cabaran..apepun kepada pasangan2 yang baru atau telah lama mengikat tali pertunangan jagalah ikatan ini dengan sebaik mungkin,kerana kita adalah manusia yang tidak lepas dari merancang dan yang menentuntukan semuanya adalah ALLAH yang MahA kUASA.

Sebagai manusia,kita janganlah cuba mempermainkan ikatan ini kerana ia adalah ikatan yang menentukan selayak mana kita di alam perkahwinan nanti dapat menjaga bahtera dengan sebaik mungkin.
Apepun,janganlah kita semua mudah menyebut kata janji..kerna janji itu adalah pengikat tali habluminannas..

Bukan senang kita sebagai manusia ingin menjadi sempurna sekiranya kita tidak pandai menjaga diri dan hubungan dengan sebaik mungkin.
Apepun,kepada pasangan yang dah bertunang atau bakal menjadi tunangan,saya ucapkan tahniah dan pada yang bakal menjadi pengantin baru ,,sekuat mana pun hati kita menyatakn dialah "suamiku...isteriku nanti"harus diingat selalu-selalulah menunaikan solat hajat agar di mudahkan segala urusan,agar di jauhkan segala kesulitan dan kesusahan dan perkara2 yang tidak sepatutnya agar kita tahu...kita semua bakal membina satu masjid yang mulia jadi amalan2 sedemikian haruslah terus dilakukan sekalipun sudah menjadi isteri atau suami..

Moga2 kita semua,dapat menjaga dan menjadi yang terbaik dalam setiap hubungan yang di cipta..sesungguhya,restu kedua ibubapa itu yang sebaiknya.
Semoga kalian semua menjadi pasangan yang terbaik dan sentiasa mengingatiNya ..

Saya juga mengharapakan agar hubungan kami nanti ditemukan dalam satu ikatan yang suci..Doakanlah agar kami dapat melayari alam pertunangan ini dgn sebaik mungkin.
Insyaallah.

Wassalam.

1 Comment:

  1. hasnah said...
    what? dah tunang..anyway congerate!!nanti jangan lupa panggil bila majlisnya ya..

Post a Comment