Friday, November 14, 2008
Terasa bagai semalam saja setiap apa yang telah diri ini lalui dan tempuhi sepanjang hidup ni...
Kadang-kadang terasa sangat pantas masa dan waktu berlalu.Ya Allah ..syukur tidak tidak terhingga di ucap pada-nya.
Banyak sudah diri ini berubah kerana-Nya..
Kerana terasa sangat hina dan kosong jiwa ini tatkala mengabdikan diri pada-Mu.
Satu sahaja yang diri ini pinta ,agar tidak di pesongkan akidah dan akhlak ku kerana takut akan seksaan -MU kemudian hari..Subhanaallah..
Kerana ku tahu ;
'Kau memandang segalanya..dan Kau lah yang mencipTakan segalanya..yang menjadikan sakit hatiku dan yang membuatkan keinginan hati ini terhalang dan menyusahkan kehidupan ini..dan pasti akan damailah jiwa ini kerana masakan tidak Engkau mentakdirkan segalanya tanpa Engkau ketahui akannya..kerana ku tahu..Engkau sahaja yang tahu bagaimana rasanya hati dan perasaan ini tatkala jauh darimu...'