Friday, November 14, 2008



Ya Allah..terasa kerdilnya diri ini tatkala berseorangan meminta agar diri ini di beri rahmat dan hidayah oleh-Nya.
Sesungguhnya,bersyukur sangat-sangat pada-Nya kerana di beri peluang untuk hidup dan mengabdikan diri pada-Nya.Terasa diri ini sangat kosong dan hina tatkala mengingatkan bahawa hidup ini bukan sahaja didunia tetapi untuk bekalan di akhirat.
Seribu kesalahan dan dosa jika di hitung tidak memadai sepanjang hidup ini..
dan bersyukur diri ini pada -Nya kerana di berikan hidayah dan di bukakan hati untuk terus menjadi hamban-Nya yang
sentiasa mengabdikan diri pada-nya.

Dan sesungguhnya,terimalah segala doa dan rintihan hati dan jiwa yang kosong ini agar terus di berikan kekuatan hidup agar dapat menempuhi setiap dugaan yang telah ENgkau tentukan buat keluarga kami.
Kerana Engkau jualah yang Maha mengetahui segala apa yang terjadi..Kerana Engkau jua lah adanya pertemuan di antara nya dan diri ini.
syukur tidak terhingga ..semoga diri ini dapat menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya dan moga2 setiap apa yang telah Engkau tentukan ada kemanisan di kemudian hari untuk kami sama-sama merasai manisnya..Insyaallah.

0 Comments:

Post a Comment