Tuesday, November 25, 2008
Terasa letih sebenarnya memandangkan sudah dekat seminggu saya di serang demam panas yang teruk.
Hanya Dia yang tahu apa yang sedang bersarang dihati saya.Alhamdulillah,setelah lama saya tidak menulis blog ni..tiba-tiba sedang hampir saya ingin rehatkan diri setelah makan ubat terlintas pula di hati ini ingin berkongsi kesakitan di serang demam panas yang boleh di katakan amat teruk sepanjang hidup saya.Sesungguhnya,saya tidak keseorangan menanggung sakit ini ..kerana ayah ma sentiasa bersama.Tapi,lebih sedih lagi..ma juga teruk terkena demam yang menyerang saya.Apapun,saya sangat-sangat terharu dengan setiap pengorbanan yang telah ayah saya lakukan.Kalaulah ayah saya tahu..kami sekeluarga memang sangat2 memerlukan dia ..pasti dia sendiri tidak mahu menghadapinya jua..Apepun..ayah banyak sudah pengorbanan nya yang mungkin saya sendiri tidak mampu untuk membalasnya .
Kini..bila saya keseorangan,tiba-tiba hati saya terasa sebak dan sedih kerana mungkin inilah ujian yang terpaksa pula saya dan ma lalui.walaupun pada pandangan orang lain kami hanya demam .
Tapi,sedikit sebanyak bagi mereka yang mengetahui apa yang pernah kami rasai dan lalui mereka akan lebih memahaminya.
Benarlah,setiap manusia tidak sentiasa di limpahi dengan kesenangan dan kesihatan yang baik sepanjang hidupnya..dan setiap yang ditimpa kesakitan pasti ada hikmah yang tersembunyi yang hanya Dia sahaja yang tahu..
Dengan itu,sebagai manusia,kita semua janganlah bangga diri dengan kesihatan yang baik ini dengan tidak beribadah kepada-Nya ,kerana bila kita ditimpa kesakitan..tidak mustahil kita akan merungut pada-Nya kerana diberikan kesakitan ini tatkala kita berlumba-lumba ingin mengejar keduniaan yang kita sendiri tidak pasti kesudahannya.
Semoga,kita semua sama-sama menginsafi diri di kala kita masih sihat dan memperbanyakkanlah amal ibadah kepada-Nya.Nescaya,setiap taubat dari hambaNya akan diterimaNya walaupun di saat-saat ajal datang hampir menjemput.Wallahhualam.
P/s;Sesungguhnya setiap yang baik itu datang dari-Nya dan setiap kelemahan yang ada itu mungkin datangnya dari diri saya sendiri.