Thursday, November 27, 2008
setelah sekian lamanya..Pengorbanan seorang ayah
cerita hati by shoutulnisa at Thursday, November 27, 2008
Alhamdulillah..setelah beberapa hari saya mencatat pengalaman saya di blog ni,saya pula di masukkan ke wad memandangkan demam saya ini masih jua tidak kelihatan tanda-tanda ia mahu sembuh..
Namun,seperti yang telah saya katakan,di rumah saya tidak keseorangan kerana ma turut jua demam memandangkan sekarang cuaca tidak menentu kadang2 hujan dan kadang2 mendung.Tapi,bila saya ke di masukkan ke hospital selama 2 hari,ayah saya pula turut bersama dimasukkan ke hospital kerana demam dan boleh dikatakan kami sekeluarga di timpa sakit.Apepun,Alhamdulillah,saya bersyukur pada-Nya yang menjadikan sakit kami ini satu keinsafan dalam diri kami semua..
Namun,berita yang saya ingin sampaikan ini juga amat-amatlah berat untuk saya kongsikan .Tapi,itulah naik turun kehidupan kami sekeluarga.iNSyaallah,hari Isnin minggu depan,jika dipanjangkan umur,ayah saya akan menjalani satu pembedahan jantung beliau memandangkan bateri yang di gunakan sekarang sudah tidak berfungsi lagi..DAN SEKARANG merupakan waktu2 yang amat2 kritikal bagi ayah saya kerana mendapat tahu nadi jantungnya amat2 lemah dan memerlukan beliau menukar bateri jantungnya yang baru.
Diharap,bersama2lah kita semua berdoa agar pembedahan yang dilakukan itu berjalan dengan lancar ..memandangkan setiap dari kita ini hidup matinya terletak di tangan yang Maha Esa..dan ayah jualah sumber rezeki keluarga kami.
Tahukan anda sekelian,semasa saya di hospital..saya hanya di temani oleh ayah sahaja yang jua turut sakit.
Berkali-kali dia katakan pada saya yang jantungnya sekarang berpegang padabateri tersebut 100 peratus.Bayangkan perasaan ayah saya ketika dia menyatakan hal itu kepada saya...dan bayangkan jua perasaan saya sebagai anak yang hanya mampu mendengar sahaja setiap bait kata2 yang keluar dari bibir ayah saya..kerana saya tidak mampu keluarkan wang sebanyak rm15000 untuk kos pengantian bateri tersebut buat ayah saya......
Tapi....
kalaulah saya mampu berikan setiap wang hasil titik peluh saya selama ini untuk membolehkan beliau membeli bateri jantung beliau ...pasti jua tidak cukup..meskipun jika di kira pengorbanan ayah saya terhadap keluarga selama berpuluh tahun dia menjaga dan membesarkan saya sekeluarga...
Apepun..saya minta kepada Dia agar mempermudahkan segala urusan ayah saya semasa pembedahan itu berjalan nanti..
dan apa yang bakal berlaku nanti..saya dan keluarga hanya serahkan ada takdir..dan moga2 ayah sentiasa sihat dan diberkati olehnYA..iNSyaallah
Label: musim luruh
dah lama akk tak kunjung blog akma...
harap akma sekeluarga terus diberikan kekuatan dalam menempuh segala dugaan Allah ini.. "la tahof wala tahzan innallahama'ana..."
chayok2x akma!!!
terima kasih buat keluarga uwaisamzar kerana sudi memdoakan kami sekeluarga..
semoga kita sama2 dapat menenpuhi segala ujian dengan tabah dan sabar..insyaallah