Sunday, August 21, 2011

Cinta jarak jauh saya

Assalamualaikum dan salam Ramadhan,,,
Untuk sekalian kalinya sudah hampir setahun lebih blog saya bersawang tanpa penghuni dan penjejak setianya seperti kebiasaannya..

Pada saya ,mungkin tiada cerita dan perkara yg lebih menarik untuk di kongsikan ,,blog ni pun sudah jarang saya jejaki .Keterbatasan waktu yg tidak memungkinkan saya menulis dan meluahkan apa yg terbuku di hati (huhuh..) insyaallah yg bermanfaat sama2lah kita kongsikan..

Sekarang 2011 sudah pun berada di tengah2 garisan bulan kalendar ..(betul ke ayat ni)
dan bermacam peristiwa manis dan pahit telah semua kita hadapi.. Ada yg menamatkan zaman bujang denGan melengkapkan kehidupan dengan mendirikan rumah tangga,ada yg baru mengenal alam pertunangan yg banyak dugaan dan tidak lupa juga ada yg memiliki kenangan2 pahit yg sukar untuk di lupakan,,,tahniah dan takziah buat kalian,,,

Saya pula bagaimana ?
Saya masih lagi sama seperti dulu.hambaNya yang sentiasa mencari kekuatan untuk menempuhi kehidupan yg makin mencabar,,,yg juga masih lagi memegang status "tunangan orang " untuk beberapa tahun ni,..Alhamdulillah,hampir 2 thn lebih saya cuba menjadi kekasih yg setia...insyaallah harap tahun depan kami akan turut sama menjejaki kawan-kawan yg lain yg sudah berkahwin,,,itulah yg selalu saya doa dan harapkan..

Hati saya sentiasa mencemburui teman-teman yg lain yg sudah pun mendirikan rumah tangga.tapi apakah daya semua kuasa di tangan Allah..ajal maut dan segalanya...kita semua hnaya mampu merancang,,
Pada saya,saya amat bersyukur kerana masih lagi di berikan peluang untuk terus mengenali dan memahami hati pasangan dengan lebih lama agar dapat saya pertahankan mahligai yg di bina kelak agar terus berkekalan.

Cinta jarak jauh saya dan dia sudah hampir 4 tahun lebih.Kesabaran dan kesetiaan lah yang menjadikan kami pasangan yg cukup serasi alhamdulillah.. Tiada sedikit pun perasaan berbelah bagi untuk saya tidak terus meneruskan hubungan yg istimewa ini walaupun ia mengambil masa yg agak lama.
Bagi saya,keikhlasan,kejujuran dan kesetiaan itulah pengikat kekuatan cinta,

Harapan saya,moga2 ikatan yg terbina sekilan lama ini akan berakhir dengan kebahagiaab yg berkekalan.Doakan jodoh kami agar dapat hidup bersama sampai syurga.
Amin...

0 Comments:

Post a Comment