Wednesday, June 23, 2010






Pada waktu ini fikiran saya jauh menerawang memikirkan apa yang bakal terjadi pada hari mendatang..

Hari mendatang yang tak pasti akan waktunya.
Pagi kelmarin secara tetiba perut saya terasa sangant2 sakit.Pada mulanya saya jangkakan itu hanyalah perkara biasa bagi gadis seperti saya hinggalah sampai ke petang sakit saya bertambah menjadi2 di buatnya.Kata kakak di tempat saya kerja muka saya kelihatan sangant2 pucat.Ya Allah ketika itu tak dapat saya bayangkan kalau2 apa2 terjadi pada saat itu memandangkan itu mungkin kali kedua saya mendapat serangan sakit perut yang teramat sangat Rasa sakitnya tak dapat saya gambarkan macam,sakit mula terasa selepas saya menaiki tangga untuk serahkan kertas kerja pada akauntan di pejabat. Sampai sahaja di meja dia perut saya makin sakit dsn kaki saya terasa sanagt2 kejang sehinggakan saya terduduk untuk beberapa saat..

Saya berasa amat takut pada ketika itu dengan keadaan saya sedemikian..
Akhirnya,saya berusaha untuk bangun tapi saya tidak sekuat itu..teman saya Nicole mahu membantu tapi saya menolak pertolongan beliau kerana merasakan mungkin ini hanyalah untuk seketika sahaja..
Tapi...masa sakit perut menyerang .saya merasakan sanagt2 sesak nafas..

Ya Allah...kuatkanlah diri saya ini..andai apa2 berlaku saya tidak sanggup untuk pergi dlm keadaan sebegini...

Akhirnya,teman saya menyarankan agar saya ke hospital.Tapi saya tidak mahu.
saya gagahkan jua diri ini untuk turun ke bawah..

Saya tidak tahu kenapa saya sakit perut yang teramat sangat,,
saya menangis tanpa saya sedari.

Jam menunjukkan pukul 5.30 petang,maknanya ada setengah jam lagi untuk saya pulang.
Tapi bagaimana??
Bagaimana saya nak memandu pulang dalam keadaan jalan sesak.
Akhirnya ,ingin sahaja saya menghubungi ayah untuk ambil saya di tempat kerja tapi saya tidak mahu susahkan dia,,,

Jam 6 petang.
Semua kawan2 saya sudah pun pulang hanya Ms Teo dan Ms wee sahaja yang sudi menemani saya ..
Akhirnya,setelah mengambil "ubat penahan sakit"pemberian Ms Teo saya berasa sedikit selesa tetapi nyilunya masih ada,
saya gagahkan diri juga untuk pulang berjalan di tempat parking kereta keseorangan dlm keadaan yang terketar2 rasa badan ini..

Sehinggalah saya menunggu keadaan saya semakin baik untuk memandu pulang. Jam sudah pun menunjukkan jam 6.30 petang..akhirnya dalam pukul 7 lebih saya sampai di rumah ..
Alhamdulillah..

Sebaik sampai di rumah saya buat biasa sahaja dan tidak adukan pada mak .
Selepas maghrib badan terasa sangat2 letih dengan seharian menanggung kesakitan dari pagi, dan saya tertidur sehinggalah jam 12.30 mlm kesakitan masih terasa dan saya terus mendapatkan ubt penahan sakit dan terus kembali tidur.

Tapi pagi ni ,,,sakit itu masih lagi terasa..
Mungkin ia akan beransur sembuh .
Alhamdulillah,sehinggaa tengahari tadi sakit saya masih terasa cuma tidak seteruk semalam ..Hari ini ,semuanya kembali seperti biasa,,,Syukur saya pada Nya..

Mungin,,kesakitan ini adalah petanda ujian bagi saya..
saya tidak menceritakannya pada mereka yang sayangkan saya kerana saya tidak mahu mereka semua bimbangkan akan saya..

Ya Allah..dalam menempuhi hidup ini,banyak sungguh dugaan datang menguji..
Ya Allah..mungkin ada yang dapat ku gagahi dan mungkin ada yg gagal untuk ku hindari.

Kini aku kembali padamU
Mengharapkan Magfirah dariMu moga2 terampunlah dosa2 ku
biarpun ujian melandaku
ku tetap ingin berkasih denagnMu
kerana aku yakin kasihMu.yang kekal dan tiada sudahnya,...........

0 Comments:

Post a Comment