Thursday, June 24, 2010

Hari Bahagia saya



Ini cerita saya . Sudah setahun lebih hari bahagia saya .Tapi hari bahagia saya pasti akan tiba dan ia akan menjadi lebih2 bermakna dalam hidup saya..Insyaallah.

Tapi bilakah saat itu?
Insyaallah,,,biarlah Dia sahaja dulu yang tahu.

Apepun,syukur saya pada Allah swt yang sentiasa bersama2 saya dalam keadaan saya susah mahupun senang,.Dia tidak pernah saya lupakan walau sesaat sekalipun..Dialah Kekasih saya yang pertama..

Memang benar Dia menciptakan setiap hambaNya dengan berlainan pandangan dan sebaliknya.
Saya amat2 bersyukur dengan apa yang telah saya ada dan temui sekarang dalam hidup saya.Alhamdulillah..inilah doa saya untuk saya terus menemui cinta yang di redhainya.

Kini,sudah genap setahun lebih saya bergelar "tunangan orang" dan insyaallah pasti ikatan ini akan saya jaga sebaiknya. Dan selama beberapa tahun juga saya berjauhan dengan si dia yang jauhnya beribu2 batu kerana masih lagi meneruskan perjuangan sebagai pelajar di Bumi Anbiya..Doa saya semoga beliau terus berjaya mengejar cita-citanya ..

Hati saya terasa sangat2 bahagia hari ini dan ada juga perasaan tersentuh saat membaca msj kiriman darinya..Apepun,biarlah ia menjadi rahsia saya.Saya tidak tahu bagaimana rasanya untuk mengucapakan terima kasih padanya yang banyak mengajar saya erti kehidupan..mengajar saya erti kesabaran, mengajar saya bagaimana untuk menghargai diri sendiri dan jua bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang.

Mungkin itulah kelebihan dia yang menarik perhatian saya untuk terus bersamanya ..
Dia lelaki yang baik.Cerita saya bukanlah untuk memuji atas alasan dia tunangan saya,,tetapi saya menghargai setiap yang di lakukanya..dia amat2 istimewa di hati saya.saya sentiasa mengharapkan yang terbaik buat hubungan ini.
Saya tidak pernah membohongi akan diri saya yang sebenar.
Pinta saya ..jadilah kita semua sebagaiman kita sebelumnya..
Andai kita dulu tidak sebaik hari ini.baguslah.. berubahlah dengan niat dan kejujuran atas dasar bukan sahaja kita mencintai orang yg kita sayang,tapi atas dasar kita malu padanYA .

Bahagia tidak datang hanya dgn diberikan sejambak bunga,,
Bahagia tidak datang hanya ketika kita di puji..
Bahagia juga tidak datang dengan hanya berjanji
Tetapi bahagia akan datang bila kita tahu menilai diri kita sendiri ..

apepun,saya mengharapkan agar perhubungan saya bersamanya akan terus berkekalan dan dapat menempuhi hati mendatang dengan tabah dan sabar.
Semoga,ikatan pertunangan ini akan berakhir dengan satu janji yang di redhaiNya Insyaallah.

0 Comments:

Post a Comment