Monday, February 22, 2010

Ku hanya insan biasa...

Assalamualaikum..

Terasa begitu cepat sangat masa berlalu..dari tahun 2009 hinggalah sekarang masuk tahun 2010 dan sekarang kita semua pun sudah berada di bulan kedua pada tahun ini di bulan Februari.Banyak sudah peristiwa dan sejarah menarik yang pasti kita tinggalkan untuk kenangan2 di masa akan datang.Sesungguhnya setiap terjadi dan kita lakukan adalah kehendak kita sendiri.Macam2 peristiwa yang menarik bagi setiap individu dalam hidup masing2.Ada yang melangsungkan pertunangan,perkahwinan,mendapat kelahiran cahaya mata ,menyambut hari lahir dan sebagainya.Apepun,tahniah semua !

oklah,malam ni tidak ada apa sangat yang hendak di kongsi dan di tulis.
macam biasa lah aktiviti saya,dari pagi keluar kerja hinggalah tenggelam matahari saya sampai di rumah.Bekerja dalam 10 jam sehari memang memenatkan..dan amat memenatkan.Lebih2 lagi jika kerja seharian di depan komputer dan terpaksa melayan pelbagai karenah manusia..Apepun,itu adalah kerja yang perlu saya jalankan dengan sebaik mungkin.Bersungut dalam mencari rezeki yang halal adalah tidak molek dan tidak baik buat kita lebih2 lagi ia kerja yang datangnya dari sumber yang halal dalammemperoleh rezeki.

Kadang2,,bila seharian bekerja perasaan malas,tertekan dan macam2 perasaan mula timbul.Bayangkan,pulang selewat 6 petang ditambah pula dengan keadaan jalan yang sesak teruk,lagi meletihkan tubuh badan kita.Apepun,perlu diingat,selewat manapun kita sampaiatau pulang ke rumah,solat Asar haruslah di segera dan diutamakan dahulu.Itu juga buat peringatan buat diri saya jugak,lebih2 lagi bila sampai je di rumah sudah pun dekat2 waktu maghrib..

Bercerita pula keadaan di tempat kerja,keadaan tidak selalunya apa yang kita jangka dan harapkan.Biasalah kena marah dengan senior,karenah pelanggan dan macam2 gangguan harus di tempuhi dengan tenang dan banyakkan bersabar.Ini semua dapat meningkatkan mutu kerja dan mental kita.Ada satu tahap,saya percaya terutama bagi wanita2 yang berkerja dengan kelompok pelanggan lelaki yang ada ketikanya menguji kesabaran dan tahap kekuatan kita delam menempuhinya.Apepun,bersikap profesional itu sangat2lah penting..lebih2 lagi kalau ada pelanggan lelaki yang bersifat seperti"ulat bulu" huhuhu...kadang2 mereka ni suka mengambil kesempatan dengan cuba bermain kata2...dan jangan ada pula yang cuba2 mengambil kesempatan..(sekadar peringatan..)



spesis macam ni memang banyak..cuma atas kepandaian dan kematangan diri kita dalam menghadapinya..

opsss..dan lari dari topik sebenarnya..


tak pelah.......sebenarnya saya nak bercerita tentang satu lagi kritikan hebat yang bagi saya satu cabaran besar..

ape tu??

"KALAU ORANG LAIN BOLEH KENAPA TIDAK AKU??"

Sesuai tak ayat ni??
-no komen oke-

tapi saya nak rahsiakan dulu apa yang saya maksudkan..
cuma terasa la jugak dengan kritikan2 orang terdekat di samping saya bila setiap kali di suarakan dan diperkatakan tentang ia.
Terasa yanf teramat sangat....tapi,saya tidak boleh berhenti begitu sahaja..nak cuba buktikan dan nyakan pada orang sekeliling yang saya mampu..
saya tidak kisah ..buat 2kerja dalam satu masa.

Hari bekerja saya 7 hari seminggu..
dari 5hari seminggu saya gandakan jadi 7 hari,
ini bermakna saya tidak mahu melihat orang yang saya sayang melihat masa depan saya hanya setakat makan gaji..
dan orang2 yang memperlekehkan kebolehan saya itu nanti saya nak buktikan pada mereka yang saya juga mampu berjaya.......

tapi,saya hanya INSAN BIASA yang tidak dapat meramal dan menjangkakan apa yang bakal berlaku pada masa akan datang..Apepun,usaha dan tawakal saja dengan setiap REZEKI yang Dia tentukan buat kita...Insyaallah.

0 Comments:

Post a Comment