Wednesday, April 15, 2009





salam semua...
apa khbar hari ni?
harap2 sihat la semua .
alhamdulillah,saya masih lagi berkesempatan untuk menulis serba sedikit mengenai tajuk di atas..
insyaallah.moga2 sama2 la kita semua saling mengenal dan memahami apa itu 'Bila cinta bertuhankan Nafsu semata'.
insyaallah,di harap tulisan saya ni dapat mengajak kita semua untuk mengenal siapa dia Pencipta sebenar.
Harap2,mana yang salah tu dapat di tegur..

benarlah kata orang yang cinta dunia memang mengasyikkan ,namun ia semua dapat melalaikan kita.Cinta dunia jua mengajar kita erti ketidakpuasan dan kerakusan semata.
sedangkan kita semua tidak pernah berlumba-lumba mengejar akhirat sana.
muda-mudi asyik di buai angin cinta.
bila cinta yang bertuhankan nafsu merajai diri,nescaya punahlah diri itu sendiri.
kadang kita lalai mendakap asyiknya cinta,kita lupa yang akhirat sana adalah cinta agung yang kekal selamanya.
hus...cinta..cinta..
apa ada pada cinta yang bertuhankan nafsu semata?
ramai yang tersungkur kerana cinta ..
ramai yang sanggup mengadaikan maruah dan diri kerana cinta..
tapi,berapa ramai yang berjaya menegakkan cinta dunia dan akhirat di landasan yang betul?
mungkin tidak ramai yang tahu erti cinta yang sebenar...


beberapa hari yang lepas..
saya mendapat panggilan dari seorang teman lama saya waktu sekolah dulu..
saya pun,dah hampir lupa siapa pemilik suara sebenar di hujung talian
alhamdulillah,selepas dia memperkenalkan dirinya pada saya baru lah saya ingat akan kawan saya tu(biarlah saya gunakan nama dia sbg T sahaja atas sebab2 tertentu)

selepas,beberapa minit bercakap dengannya T mempelawa saya ke kedai miliknya.
selepas selesai kerja di Tadika saya terus ke kedai milik kuarga nya kerana saya pun lama sudah tidak bersua dengannya,
sampai sahaja di perkarangan kedai T,saya melihat T jauh tidak berubah sama seperti dulu. Wajah yang hampir saya lupakan ,akhirnya saya dapat bersua kembali setelah 3 tahun tidak bersua.

Kami bersalaman dan saling berdakapan tanda persahabtan yang utuh,
saya masih macam dulu..suka mengusik dia yang saya kagumi kerana dari cara percakapan,lenggok badan dia tidak ubah seperti gadis2 lain.
tetap manis dan cantik biarpun tanpa secalit bedak kerana wajahnya yang putih.
Dalam rancak kami bersembang,dia masih sempat untuk mengucapkan pada saya selamat Bertunang tapi ada nada2 kecewa sedikit pada riak wajahnya kerana saya tidak menjemputnya pada majlis tersebut.
Maafkan saya ,kerana tidak mengkhabarkan berita gembira itu pada dirinya kerana ia hanyalah majlis pertunangan yang ringkas sahaja..

Bila lama tidak bertemu,mcm2 cerita kami kongsikan bersama.
sedang saya rancak bersembang dengannya,saya masih sempat mengusiknya bila pula gilirannya untuk bertunang dan berkahwin.
Lalu,T menceritakan segalanya pada saya tentang cinta dan buah hatinya itu.
Lega rasanya kerana kawan saya ni sudah pun mempunyai teman istimewa,dan insyaallah saya harapkan dia tidak lama2 dengan hubungan tu.,,mg2 s percepatkan denagn landasan yang betul

tapu,saya tidak tahu kenapa T macam bersungguh sahaja menceritakan hal dia dan temannya itu.
Katanya,hubungan dia dan temanya itu tidak d ketahui oleh keluarga.
tetapi,ibunya sanagt mengenali lelaki itu kerana merupakan pekerja ibunya.
Bila saya tanya,bila mahu kahwin,terus dia katakan belum masanya lagi..tapi dia harus kahwin juga dengan temanya itu walau ape sekalipun yang berlaku.

saya jadi pelik dengan jawapan yang di berikan.
bila saya tanya balik kenapa..dia menceritakan segalanya..
Ya Allah,bagaikan mahu pitam di buatnya diri saya ini bila dia menceritakan segalanya pada saya.
tidak saya sangka..nasi sudah jadi bubur,,
yang saya kesalkan sangat2,tiada riak kekesalan dan rasa bersalah dalam dirinya menampakkan lagi riak kebanggaan.
MasyAAllah,hampir saya tidak mempercayainya,,
katanya,dia sudah beberapa kali terlanjur dengan temanya itu..
seakan2 mahu gugur air mata ini mendengar penjelasannya..
saya mula memegang hari jemarinya dan cuba untuk menanyakan hal itu..
ye,,benar,dia menjelaskan itu semua kehendak hati dia dan temannya...
jadi,siapa harus di persalahkan.
benarlah juga tafsiran saya selama ini,jgn dipandang wajah seseorang redup,bertudung dan sopan di luaran,tapi hati mereka kita tidak boleh membacanya..

saya tidak mempamirkan wajah2 sedih di depannya kerana saya takut saya seorang sahaja yang merasakannya perasaan itu...
tetapi..kebanggaan jelas d wajahnya...
katanya,temanya itu akan bertanggungjawab..'
aduh............lelaki jenis apa ni?(DLM hati saya berkata demikian)
kalau btul dia lelaki bertanggungjawab,dia tidak akan menyentuhi perempuan yang d cintainya melainkan pernikahan yang menghalalkan semua itu....

mmm,itulah yang saya mahu jelaskan di sini..
Bila cinta bertuhankan Nafsu semata..
jadi,punah ranah la semua mahkota kesucian kita...

oklah,saya rasa sampai situ sajelah cerita saya tentang seorang rakan saya itu..
insyaallah,saya akan cuba menasihati dia dan tunjukkan dia jalan yang benar.
sesungguhnya,tiada apa yang mampu saya nasihatkan buat teman saya itu melainkan menyuruhnya bertaubat dan berbanyak2 lah meminta padaNya agar diampunkan segala dosa2 yang telah dia lakukan sebelum ini.

Jadi,pesan saya pada semua termasuk diri saya sendiri,jauhilah hbngan yang sia2 kerana cinta pada kekasih hanya sia2 sahaja kelau kita serahkan segalanya buat dia.
kerana cinta bertuhankan nafsu dapat mematikan iman kita dari terus meminta padaNya..
cinta mencintai tidak salah andai berada dalam landasan yang betul kerana keredhaanNya,tetapi dirikanlah pernikahan ..jka kita tidak mampu untuk memilihara diri dari melakukan perkara yang sia2.

RENUNGILAH:


DAN JIKA KAMU DI GODA OLEH SYAITAN,MAKA BERLINDUNGLAH PADA ALLAH,KERANA DIA MAHA MENDENGAR DAN MAHA MENGETAHUI SEGALANYA.

YA TUHAN KAMI,JANGANLAH ENGKAU JADIKAN HATI KAMI CONDONG DALAM KESESATAN SESUDAH ENGKAU BERIKAN PETUNJUK KEPADA KAMI,DAN KURNIAKANLAH KEPADA KAMI RAHMAT DAN KURNIA DI SISI ENGKAU KERANA SESUNGGUHNYA ENGKAULAH MAHA PEMBERI KURNIA.

0 Comments:

Post a Comment