Monday, March 2, 2009
salam,
Rasa-rasanya sudah lama jugak saya tidak coretkan kisah peribadi saya untuk tatapan semua ..hari ni,saya mendapat satu mesej daripada kawan lama saya..bukanya saya jarang bertanya khabar ,tetapi setelah terpisah dan tidak bersua sejak tahun 2002 hanya telefon dan sms sahaja menjadi penghubung antara kami ..mmm,apepun,hubungan ukhwah itu masih lagi terjalin hingga ke hari ini..cuma,beberapa tahun dari tahun itu seingat saya hanya 2-3 kali sahaja berjumpa itupun 6 tahun yang lalu..
apepun,perkenalan saya dengan Farah ini memang akrab sejak dari mula2 dia masuk mendaftar ke sekolah saya lagi..kemana saja berdua.Pendek kata,senyum tangis kami sama2.Tapi,saya juga tidak pernah melupakan sahabat2 saya yang lain seperi Ayu,No dan Dibah..termasuk lah kawan2 yang pernah mengenali saya ..dan kepada yang saya tidak sebutkan nama tu jangan lah di ambik hati kerana kamu semua kawan saya yang amat2 saya sayang dan rindui..
berbalik kepada cerita saya dan Farah ni,baru ni saya dapat lihat gambar terbaru dia yang saya peroleh darinya di Friendster,,lain sangat2 rupanya hehehehe..makin ayu dan lawa..secantik hiasan adalah wanita solehah..
Apepun,kepada Farah Nadia...semoga ikatan ukhwah kita ini berkekalan selama-lamanya..
sesungguhnya,saya sedetik pun tidak pernah melupakan kawan-kawan saya walaupun lama tidak berhubung dan bertanya khabar..tapi,masa dan waktu itu yang membataskan segala-galanya..apepun,kepada kawan2 saya sekali lagi saya nyatakan di sini,kamu semua adalah segala-galanya bagi saya..sesungguhnya saya amat merindui saat2 kita semua di alam persekolahan ..kepada Aisyah ,maafkanlah diri ini kalau selama perhubungan ini saya ada menyakiti hati atau membuat awak tersinggung dengan setiap bait2 kata yang pernah kita semua suarakan ..dan kepada Yati,kita tiada ape yang nak di kata,,sesungguhnya juga perhubungan persahabatan adalah perhubungan untuk kita semua kongsi segala suka duka kita,,susah mahupun senang..
Dan kepada Zatil,tidak ada kawan yang sebaikmu yang dapat menggantikan tempat mu kelak kerana susah senang kita bersama dan setiap nasihat dan kata2 dorongan mu padaku akan ku ingat sampai bila2..
wassalam