Friday, February 20, 2009

oleh-oleh dariku ..



sahabatku,
ku tahu dalam matamu ada sendu..
dalam tawamu ada tangis..
tangisan yang akan berakhir bila tiba waktunya..s
saat itu aku mugkin tidak bisa lagi menghiburkanmu kerana perjuangan ku di bumi ini sudah berakhir..
namun,aku juga tidak bisa menghiburkan hatimu yang gundah itu kerana aku hanya insan biasa yang tiada upaya.......
sahabatku..
dalam kita semua bahagia mengejarkan keduniaan,kita lupa akhirat di sana tempat perhitungan..
kita lupa yang perjuangan kita pada-Nya belum cukup untuk kembali ..
sedih kita hari ini hanya kerana mengisi tangisan sakitnya hati kerana cinta dan manusia yang menyakiti dan menzalimi diri..
suka dan gembiranya kita kerana kejayaan dan harapan sudah kita temui..
tapi,,,
sedihnya Dia kerana kita alpa dan lalai dalam mengejar dunia sedangkan di
sana yang kekal selamaya..

Ya Allah..sungguh kita tidak terdaya meraih semua itu..
sungguh kita tidak terdaya menghadapi ujian-nya kelak..
kerana kita hanya memikirkan kita hanya insan biasa..
sedangkan mereka dulu punya segala-galanya..
Tidak pula kita tanya pada hati dan iman kita kemana arah tuju hidup kita selama ini??
tidak pula kita tanya apa makna si sebalik setiap yang Dia timpakan pada kita??
dan semakin TIDAK kekalutan bermaharajalela....

p/s:HAK cIPtA: amsyarh@blogspot.com

0 Comments:

Post a Comment