Saturday, February 7, 2009


salam sejahtera dan bismillahirohmanirohim

Nampaknya sudah lama saya tidak mengemaskinikan blog saya ni.kadang-kadang terasa rindu pulak untuk berkongsi cerita ngan semua yang singgah ke blog saya ni.
bukan saya tidak mahu mengupdate blog ni,tetapi kadang2 saya tiada perkara menarik plak nak di kongsi..kalau ada pun terlalu personal untuk di kongsikan..jadi saya ambik kesempatan yang ada ni untuk kongsikan tentang sikap dan perilaku manusia pada zaman ini..harap2,sekiranya dalam penulisan saya nanti ada serba sedikit kelemahan atau kekurangan mintalah di perbetulkan..kerana kita manusia tidak terlepas dari melakukan kekhilafan..

apepun,biarlah saya kongsikan serba sedikit tentang apa yang saya maksudkan dengan bersangka baiklah sesama kita..
dalam dunia yang makin smkn hari makin mkn singkat,kadang2 saya pernah terfikir patutkah kita semua bersangka baik pada semua??mungkin ada yang menyatakan wajar bersikap demikian dan ada pula yang sebaliknya..
Bagi saya ,setiap yang kita tempuhi pasti ada dugaan masing2 yang cabarannya berbeza..mungkin ia lari sedikit dari apa yang cuba saya sampaikan..

kadang-kadang,kita lupa bahawasanya kita terlalu baik dengan seseorang itu tetapi kita tidak tahu apa yang mereka cuba lakukan pada kita..kerana sekarang ini,macam2 telah kita dengar dan mungkin kita sendiri telah melaluinya.Baik kita ada tempatnya,Dan jahatnya kita jua ada tempatnya juga.perbandingan dua makna ni saya cuba gambarkan dalam keadaan atau watak yang berbeza.Maksudnya,hati kita selalu sahaja tidak senang dengan perilakuan seseorang yang terlalu baik pada kita ,sedangkan sebelum ini dialah musuh kita.kita pula jadi bingung dengan situasi sedemikinan.Tapi kenapa ye??perlukah kita bersangka baik dengan mereka??

mungkin ya dan mungkin pula kita harus bersikap berhati2..zaman sekarang macam2 orang boleh lakukan pada diri kita dan keluarga kita..sama ada dari sudut yang sihat dan tidak sihat.mungkin semua dah faham apa yang cuba saya sampaikan.cONtohnya,seperti sihir dan mempercayai amalan syirik dan khurafat yang bertentangan dengan agama islam ..wallahualam.

Tapi,sedarkah kita semua,tidak semua insan atau mahluk di muka bumi ini Dia jadikan.Hakikatnya,kita harus mempercayai adanya jin,iblis atau mahluk2 lain yang juga menjadi sebahagian dari kehidupan mereka.Tetapi kenapa saya kaitkan tajuk saya ini dengan hal sedemikian??

Jawapannya,kerana kita semua harus tahu dan sedar..tidak semua manusia itu sempurna keimananya melainkan mereka yang benar2 takutkan Allah s.w.t
contohnya,biarlah saya memperjelaskan di sini bahawa jangan terkejut andai saya katakan tidak mustahil orang yang tidur sebantal dengan kita mahupun serumah atau sebaliknya sanggup menggunakan khidmat jin atau iblis untuk memusnahkan kehidupan kita ,,lebih2 lagi memusnahkan keimanan kita pada Allah s.w.t..

Lihat waktu ini,masih ada lagi manusia yang durjana tentang keilmuan agama yang sanggup mengkhianati saudara mara sendiri demi kepentingan mereka..kerana harta yang berlimpah ,kekayaan yang bertimbun mereka ini sanggup merosakkan kebahagiaan orang lain lebih2 lagi saudara sendiri..jadi patutkah kita semua bersangka baik dengan mereka ini??

Bgi saya ya.Walau apepun yang telah mereka lakukan pada kita,,kita harus bersangka baik..kerana itulah yang di namakan manusia.Tetapi,saya percaya kesabaran manusia ada batasannnya..Walaupun begitu,usahlah kita merungut dengan apa yang menimpa diri kita kerana Dia lebih tahu apa yang selayaknya untuk hambanya itu,,Dan pasti ada suatu perkara yang kita tidak mampu jangkakan apa yang Dia tentukan buat kita..

Dan kepada mereka yang pernah mengalami situasi sedemikian,bersabarlah kerana bersabar itu shajalah penyelesaiannya dan banyak2kanlah melakukan amal ibadat kepadanya dan janganlah kita jemu meminta dari-nya apa yang kita mahukan kerana saya yakin dan percaya setiap yang mereka lakukan pada kita pasti ada saat dan waktunya nanti pembalasan menanti..

Jadikanlah Al-quran dan zikirullah itu penemam hari-hari kita samada saat duka atau sebaliknya,Jangan jua kita berdendam atau cuba memusnahkan kehidupan orang lain semata2 kerana dia cuba memusnahkan kita..sebaliknya bersangka dan berbuat baiklah pada mereka yang menzalimi kta nescaya dia pasti akan berubah kelak kerana doa kita padanya pasti sampai pada Dia yang Esa dan Maha Mengetahui segalanya apa yang terbaik buat kita ..
Jadi renung-renungkanlah..

P/s:Tabahkan hati ini dan jauhkan keluarga ku ini dari mereka yang cuba merosakkannya..

0 Comments:

Post a Comment