Sunday, January 18, 2009
salam pagi,
mendengar nama sahabat pasti kita semua keliru siapa sahabat sebenar dan kenapa ia di gelar sebagai sahabat bukan kawan atau bukan teman..
saya tahu anda semua pun pasti tahu dan ada jawapannya.
hari ni,bila saya melewati blog sahabt saya ,saya terpana seketika membaca tulisannya..apepun,mata saya terus menerus memahami dan menghayati kata-katanya dalam tulisannya itu..
namun ,tidak perlulah saya sebut namanya dan saya tahu dia pasti akan membaca tulisan saya ini.
dAn maafkan saya jika tulisan yang bakal saudari baca ini membuatkan saudari suka huhuhuh..
x la.
sebenarnya,saya dapat fahami setiap perasaan dia.kerana saya pun pernah melalui saat getir sebegitu tatkala berperang dengan situasi imtihan.Tetapi,mungkin 2007 tahun akhir saya menduduki peperiksaan besar dalam hidup saya sebagai seorang pelajar..mUNGKIN REZEKI TIDAK BERPIHAK KEPADA SAYA WALAUPUN SUDAH BERKALI2 SAYA MENCUBA SEDAYA UPAYA SAYA UNTUK BERJAYA. sesekali,bila berdepan dengan masalah begitu,saya akui saya perlukan seorang rakan yang bernama sahabat untuk memberi dorongan dan kata2 semangat buat diri saya selain ibubapa dan Dia yang Maha Esa,,
Sesunggunya,kita semua tidak lari dari di belenggu peperiksaan.
Apa yang penting ,saya mengingati kata2 teman saya katanya",utamakan apa yang patut di utamakan dahulu kerana sesal kemudian sudah tidak berguna.Sampai hari ini saya ingat kata2nya.
Dan pada sahabt2 saya yang tengah berjuang dalam peperiksaan tidak kira di mana sahaja di luar Malaysia atau di dalam mALAYSIA,buatlah yang terbaik dalam kehidupan kita kerana ia tidak akan berulang.kesilapan yang lalu usah lah di ulangi kerana ia tidak mengubah segalanya melainkan hidup kita..
Muhasabahkan diri itu penting.
Saya sendiri pernah merasakan diri ini terlalu B#%^$ sehinggakan pernah berputus asa.
walaupun sekarang,sya tidak lagi bergelar pelajar..tapi saya tidak pernah melupakan bahawa menjadi seorang pelajar itu mengajar kita erti kesungguhna yang tiada bertepi.
Cita2 saya besar dan tinggi.Namun,saya tidak akan biarkan cita2 saya berlalu begitu sahaja.Bayangkan sahabt2ku,berapa banyak sudah ibubapa kita mengeluarkan wang mereka untuk kita??mungkin tidak mampu kita membayarnya..dan kerana itulah,saya ingatkan diri saya..walaupun saya kini tidak lagi bergelar pelajar..suatu hari nati saya akan teruskan usaha saya untuk bergelar seorang pelajar kembali insyaAllah..
Apepun,buat sahabatsaya Leha,buat yang terbaik !Jauh mana sekalipun kita menimba ilmu,kita pasti akan kembali ke tempat asal kita.Kutiplah sebanyak yang mungkin ilmu itu..kerana bukan semua dapat menjejakkan kaki ke Mesir dan hanya yang terpilih sahaja yang layak ke sana. Ingatlah,harapan kedua ibubapa kita dan doa2 mereka pasti tidak putus mendoakan kejayaan anda semua di sana.
SALAM IMTIHAN!