Wednesday, December 10, 2008
Ibadah korban memiliki keutamaan yang begitu besar bagi mereka yang mengerjakannya.
Firman Allah SWT:
"Dan kami jadikan unta(yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu)sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu;pada penyembelih unta itu ada kebaikan bagi kamu.Oleh itu,sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya)ketika ia berdiri di atas tiga kakinya.Setelah ia tumbang (serta putus nyawanya)makanlah sebahagian daripadanya dan berilah (bahagian yang lain)pada orang2 yang tidak meminta dan yang meminta.Demikianlah kami memudahkannya untuk kamu (menguasai dan menyembelihnya supaya kamu bersyukur.
Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali2 akan sampai kepada Allah .Tetapi yang kepadanya adalah amal ikhlas berdasarkan taqwa daripada kamu.Demikianlah Dia memudahkan binatang2 itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya.Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang2 yang berusaha supaya baik amalnya".
P/S: Sama2lah kita semua menghayati makna ibadah korban dengan sebaiknya..Insyaallah.
Label: musim luruh