Friday, November 18, 2011

Kian Teruji

Assalamualaikum

Salam semua ..salam hujung minggu.
Sebenarnya entri kali ini sangat-sangat sukar untuk saya tulis .Tapi memandangkan ia masih terpendam dalam hati biarlah saya luahkan di blog ini.Sukar sebenarnya untuk diluahkan dengan kata-kata tetapi kita hanyalah manusia memerlukan sesuatu untuk di kongsi dan diluahkan,

Perasaan tika ini sangat-sangat sedih..kecewa dan sangat-sangat jua terkilan .
Hanyalah Allah saja yang tahu perasaan saya tika ini.

14 November 2011 - satu tarikh yang saya takkan lupa.Mana mungkin saya lupa apabila di kejutkan dengan kehilangan kereta saya yang saya sering ulang-alik untuk keperluan harian ke pejabat,,ke pasar dan kemana-mana saja destinasi untuk keperluan harian.
Seingat saya ,kali terakhir saya parking kereta saya kat Tesco ke untuk opis,dan macam biasalah semua staff opis saya parking kat tempat sama .Lebih kurang jam 8.43 pagi saya letak kereta dan pulang jam 6 petang dan kereta saya sudah tiada di tempat saya parking,

Alangkah terkejutnya saya saat itu ..tak tahu nak kata apa.
Saya cuba cari di semua parking kereta masih jua tak jumpa,,,,,,,,,
Seingat saya semua ansurans bulanan untuk bulan tersebut saya jelaskan,,sehingga bulan 1 ,2012.Saya fikir mungkin orang yang pernah buat kerja macam ni yang curi kereta saya..mungkin pencuri tega..

Malamnya saya terus ke balai polis buat report..Tapi report tidak diterima sebab saya perlu membawa salinan geran.Jadi esoknya terus ke bank dan selesaikan laporan .Alhamdulillah semua sudah di bereskan.

Tapi,,saya masih lagi tidak puas hati dengan apa yang berlaku .Sungguhpun mungkin sudah tertulis tiada rezeki saya dengan kereta tu.Tapi,usai saja solat hajat ,,fikiran saya teringat akan sesuatu dan seseorang,,,itu mungkin gerak hati sahaja.Apepun,,saya tahu ada muslihat di sebalik kejadian hilang kereta saya ni.Ada sesuatu yang tidak kena dan bermain-main di benak fikiran ini..apepun biarlah rahsia dan saya tidak menuding jari kearah sesiapa..sekiranya benar apa yang saya rasakan ini,harap2 dia dapat kembalikan semua kereta saya ..semua boleh dirunding...saya tidak ambil hak kamu dan kamu tidak ambil hak saya,,,kita sama-sama ada perjanjian..Kiranya Allah mahu menguji saya sekalipun saya terima dengan hati yang tenang dan sabar ,kerana saya yakin setiap yang berlaku itu dengan izin dari Allah..Dia yang tahu setiap apa yang berlaku,,

moga-moga sabar saya dalam senyuman ini akan memberikan saya kekuatan untuk menghadapi ujian hidup yang penuh dengan kemanisan,,
InsyaAllah,,,

Amin.Terima Kasih Allah

0 Comments:

Post a Comment