Saturday, December 11, 2010

Bismillahhirohmanirohim..

Syukur pada Dia yang Mencipta dan menghidupkan segalanya di muka bumi ini,,,Alhamdulillah ,akhirnya dapat jua untuk sekian kalinya saya mengupdate blog yang sudah lama saya tinggalkan ..

Banyak yang tak dapat saya kongsi dan ceritakan setelah lama saya tidak mengupdate blog ini..

Ya Allah ,untuk sekalian kalinya hati ini merasakan sangat-sangat resah memikirkan hari-hari yang bakal dilalui,,,Rindunya saya pada Dia yang Maha Pengasih dan Penyayang.lebih-lebih lagi Dia yang Maha mengetahui segalanya di hati ini,

Entah mengapa terasa resah hati ini...
Resah memikirkan episod yang mendatang,,apapun tidak perlu untuk di keluh -kesahkan atas setiap yang berlaku.
Ini cerita saya,

Sudah hampir 2 bulan lebih saya tidak lagi memiliki kenderaan yang pada sebelumnya saya tidak pernah merasa susah sebegini,,
Benarlah.sebelum ini saya tidak pernah merasa susah dengan memiliki kenderaan sendiri ,,tetapi pada bulan 10 lalu saya telah pun menjualnya walapun hakikatnya saya teramat2 menyayangi kenderaan saya yang telah lama berbakti pada saya dan keluarga,

Mungkin sudah tertulis sampai di situ saja saya bersama si kancil hehehe...kini saya tidak lagu bersama si kancil saya dan hari2 ke tempat kerja saya menaiki teksi .
Kalau nak di ceritakan ,memang pada mulanya terasa sangat2 tertekan tapi macam mana nak buat "siapa suruh saya jualkan kereta saya tu " hehehe...

Konon-kononyer dalam perancangan mau beli kereta baru tapi perancangan itu terpaksa di tangguhkan dulu buat masa ini...Insyaallah bila selesai satu-satu perkara tak perlulah lagi saya menaiki teksi.

Tapi berbaloi rasanya menaiki kenderaan awam dari menaiki kenderaan sendiri cuma ia membataskan waktu perjalanan kita dan memudahkan saja untuk kemana-mana ,,

Tapi.kenapa hati saya resah dan terus gelisah??

Ya Allah,,,saya tidak tahu mengapa banyak dan berat sungguh dugaan hidup ini.
Kadangkala terasa bagaikan ada sesuatu yang tidak kena..Bermula apabila saya mengambil keputusan untuk bekerja di sebuah syarikat swasta. Pada mula saya bekerja di sana..alhmadulillah semuanya ok, Tapi apabila masuk je bulan ke 6 saya rasa macam di perli dan diperlekehkan,,

Ini semuanya membabitkan antara 2 kaum dan agama yang berbeza,!
Apa yang membuatkan rasa diri ini dihina apabila ia membabitkan pemakaian saya ke tempat kerja,

Apa yang saya tahu,kerja di situ ia tidaklah menitikkan mana pasal pemakaian ni sebabnya pemakaian yang menutup aurat dan formal itu yang penting cuma ia mungkin membezakan saya dan rakan-rakan kerja yang lain pada jubah atau tudung saya.

Suatu hari,saya terasa sangat-sangat benci dan meluat dengan kata2 teman sekerja yang saya anggap mungkin dia berbangsa dan beragama lain jadi dia tidak begitu tahu dan arif tentang aurat .Pernah si A ni mengatakan saya berpakaian sedemikian menyerupai orang tua dan baginya ia tidak begitu class dan tidak menunjukkan usia saya yang sebenar,,Ye terima saja kata-kata kesat dia tu,,yang penting saya bekerja kerana anggap ia satu ibadah untuk mencari rezeki yang halal.

Yang membuatkan saya rasa gelisah dan tidak puas hati adalah sikap si A juga yang tidak menghormati saya sebagai pekerja di situ,,
Kadang-kadang,dia selalu mengambil kesempatan untuk saya buat kerja dia sedangkan saya mempunyai banyak lagi kerja yang harus disiapkan.Bila saya buat kerja dia,pula marah sebab tak buat kerja saya,,ehhhh! apa ni,,,tapi saya kena mengalah juga sebab dia sentiasa mengadu pada bos cerita buruk-buruk je pada bos,,,mengucap panjang saya ketika itu apabila mendengar fitnah itu..

Macam-macam fitnah dan berita dia sampaikan pada bos semata-mata untuk menjatuhkan saya.Kadang-kala terasa ia sangat menguji keimana saya .

Apepun,sabar sajalah hatiku yang resah gelisah ini,
Moga-moga kesabaran ku ini berbalas dengan apa yang lebih baik.

0 Comments:

Post a Comment