Monday, March 22, 2010

Alhamdulillah..syukur atas segala puji-pujian bagi ALLAH.

Sahabatku yang dikasihi..marilah kita sama2 merenung kata2 ini:

"Seandainya tiada nyala api yg ada di sebelahku,
tentulah tiada bau harum kayu gaharu dapatku cium"


Sahabatku sekalian.setelah lama blog ku kini kian menyepi,ia datang kembali bersama2 idea2 dan mesej yang baru untuk ku garapkan bersama kalian.

Sahabatku,ketahuilah olehmu bahawa kehidupan kita hanya beberapa minit bahkan hanya beberapa detik dan pada waktu itu sudah tidak terhitung dan berapa banyak amalan kita padaNya yang Maha Mencipta lagi Maha Maha Mengetahui segalanya..SubhanAllah..!

Kita ini di dunia boleh diibaratkan seperti seekor semut kecil yang dlm kesungguhan,ketekunan,kepayahan dengan penuh kesabaran .
Mengapa ku ibaratkan sedemikian,kerana bagi ku jawapannya ada pada diri sahabat
masing2 yang merungkainya..Bahkan jika di tanya,pasti jawapannya berbeza dengan apa yang ku ingin sampaikan.

Apepun.,simpan dan gunakanlah jawapan yang ada itu dgn sebaik mungkin ..
sebaliknya.semoga kesusahan yang menimpa diriku ini.dibaliknya terdapat kemudahan di waktu yang terdekat..

Ku pernah menyuarakan hati dan perasaan kecil ini pada yang mampu mendengar setiap luahan ku ini..Dia yang Maha Mengetahui segalanya..

"Apakah dapat hidup senang seseorang yang suka menyakiti hati orang lain (Muslim) atau hamba Allah?"

Jawapan yang ku dapat pasti tidak..
Benar..ku tahu ,hanya dengan bertawakal pada Allah yang maha kekal dan tidak pernah mati itulah semangatku..kekuatan ku

Alhamdulillah dan syukur sekali lagi ku ucapkan pada Dia yang sentiasa bersamaku.

Bagiku,kesenangan kita semua berada dalam iman,penyejuk hati kita berada dalam solat,keselamatan kalbu kita berada dalam sikap redha ,keteduhan perasaan kita berada dalam sifat qanaah kita sendiri jua.
Sesunggunya,kecantikan wajah kita juga berada dalam senyuman dan ketenangan hati kita pula terletak pada zikir..Insyaallaj

OKlah,semoga semua di antara kita berada dalam redha Ilahi..
SELALULAH KITA SEMUA BERZIKIR DAN MENGINGATI-Nya.

0 Comments:

Post a Comment