Wednesday, March 10, 2010

Ku bersimpuh mengadap-Mu
Tika waktu ku memerlukan-Mu
Diri terasa kerdil
terasa keadaan yang begitu hina
Takut akan amarah-Mu padaku

Terasa jiwa teramat kosong
sepi........

Ku bersimpuh mengadap-mu
dengan penuh rasa hina dan merendah diri
menghadap Yang Maha Esa
Maha Pencipta sekelian alam.

Kekalutan dunia
Kekalutan ragam pelbagai manusia
Yang bertopeng
Yang rupanya bengis
Yang bersalut daki dunia
Mereka itu semua penipu daya

Fatamorgana dunia
yang pada hakikatnya ia nampak indah
pada pengakhirannya kita kecewa

Dunia..........dunia
Dunia yang banyak mengajar diri dan mendidik hati ini agar sentiasa mengingati-Nya

0 Comments:

Post a Comment