Saturday, May 9, 2009

salam..memandangkan semua rakan2 blog bagi hadiah kat kita,jadi kita nak bagi hadiah jugak la kat korang semua.hehehe..ambik la cincin ni yer..nak bagi kat kekasih ke..kat tunang ker,nak pakai sendiri ker..ambik je..mahal ni tau..
silakan..silakan..satu je yer.

akma bagi kat semua yang mengunjungi blog akma ni..ambik yer..




salam.
hari ni akma dapat pakej percutian dari Razi heheh..bestnyer .lama dah nak gi tempat2 gini..tapi dapat cuci mata pom jadi la..kalu nak tahu.,tempat ginilah kita suka...tenang je..tak sabar ase nye nok gi tempat2 ni...



terima kasih jugak kat cik bintu..sebenarnya lama dah cik bintu bagi tapi tak berkesempatan nak upload..jadi hari ni akma dah letak dah heheheh..apepun,terima kasih semua dess..tunggu hadiah dari Akma lak yer..

Friday, May 8, 2009

salam..
mungkin kita sebagai anak sedang berkira-kira untuk meraikan Hari Ibu pada 10 Mei ni.
apepun,sebagai seorang anak,ibulah segala-galanya.Mungkin tanpa dia..kita pasti tiada di muka bumi ini..dan tanpa seseorang yang bergelar ibu juga pasti kita semua tidak akan berjaya .Apepun,hargailah ibu kita yang melahir dan membesarkan kita sehingga kita semua berjaya.sesungguhnya,dia sentiasa mendoakan kita di dunia mahupun d akhirat.Tanpa ibu...kita pasti lemah tersungkur..tanpa ibu kita pasti tidak dapat mengecapi kehidupan yang kita ada sekarang..dari kita..pengorbanan dia terlalu banyak untuk kita membalasnya..

sesungguhnya,seorang ibu tidak mengharapkan sesuatu yang mahal dari anak-anaknya..tapi cukuplah doa dan ciuman penuh kasih sayang dari kita
sebagai seorang anak,usah la kita mengeluh dengan setiap bebelan seorang ibu..penat mana sekalipun dia menjaga kita..dia tidak pernah mengeluh..apatah lagi kita yang makin hari makin dewasa..jauh mana sekalipun kita pergi ingatlah akan ibu kita..apepun,bagi yang tiada ibu...doakanlah mereka agar dia di tempatkan dalam kalangan mereka yang beriman..sedekahkanlah al-fatihah buat mereka ..dan ingatlah doa anak yang soleh itu pasti akan mendamaikan mereka di sana..sesungguhnya syurga ity di bawah telapak kaki ibu..



Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak


Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak


Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak


Bila takut, yang tenangkan aku..... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak


Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak


Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak


Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku



Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak


Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.


sumber: dari blog kak ayu

Thursday, May 7, 2009

salam..
salam jumaat buat kawan-kawan blogku sekalian.
rasanya belum terlambat agi untuk akma ucapkan selamat datang Bulan Mei dan selamat tinggal bulan April yang mungkin telah banyak kisah2 menarik ,suka duka kita semua,
nampaknya,bulan Mei mula membuka tirai ..dan mungkin banyak perancangan baru yang akan kita semua buat dan tahniah pada pasangan2 yang akan mengikat janji pertunangan pada bulan ni,dan mungkin ada juga yang bakal mendirikan mahligai mereka.tahniah..tahniah.

opps ye..pada kawan2 saya yang jauh mahupun dekat di mana bakal menduduki imtihan ,,salam imtihan dari saya. Dan tak terkecuali pada tunang saya..selamat Menduduki Imtihan..moga2 segala usaha dan penat lelah kita ini terbalas dengan sebuah kejayaan..






oklah,hari ni saya nak citer skit pasal kue apam ni.
sebenarnya dah lama teringin nak makan dan membuatnye..tapi x tahu nak membuatnya,apapun,,terima kasih buat kak fiza yang sudi bagi resepi kat Akma.
sebenarnya,malam kelmarin agi akma ambik resepi ni..ingat nak buat semalam tapi tak sempat,Jadi ..kerana hari ni hari cuti akma cuba-cubalah membuatnya.alhamdulillah,menjadi ..tapi mungkin tak secantik mana sebab akma tak guna loyang yang kak fiza bagitau tu..just guna cup biskut je,,
apepun..terima kasih buat kak fiza dan selamat maju jaya...semoga kepemergian akak ke Pahang nati dapat membuka langkah dan azam baru..moga2 berjaya yer..apepun..nati kita jumpa..

wasaalam.

Wednesday, May 6, 2009

Agar-agar Lumut

salam semua..
semalam saya ada buat agar-agar lumut ni,saya pun x pasti apa ;lagi nama yang di beri pada agar2 ni..
sebenarnya,dah lama ase nak buat agar2 ni..tapi x berkesempatan pom.
tapi,semalam ,kebetulan lepas kawan akma balik akma wak la agar2 ni.


Dia insan pertama yang bertahta
Dia insan pertama yang ku cinta
Dia pernah membuat ku bahagia
Dia yang mengajarku
Tentang erti rindu

Bagiku kepercayaan
Cinta dan kejujuran
Suatu ujian keimanan

Ku ingin menghormatimu
Ingin mengasihimu
Dengan kerelaan
Keikhlasan juga kesetiaan



Mengapa tak dapat aku memadamkan
Kenangan manis bersamamu
Bahagia yang aku harap-harapkan..

tapi..itulah kenangan pada dia yang bergelar dia

(sekadar lirik semata-mata,tiada kena mengena dgn hidup atau pum sebaliknya)

;;