Friday, April 24, 2009



dapat bunga lak dari blog ustzz.Razi ..syukran jazilan ya akhi..
mai nok blanja makan2 goreng pisang ni...


sila2..ye..(syabab jgn jealous ye..)












goreng pisang ada..sirap bandung soda pom ada ,,sila la ya ustz,Razi makan2 tu ..jgn segan2 hhuhuhuh





p/s: x de modal bena

Thursday, April 23, 2009

Renewel

Nyatakan apa sahaja ,sama ada dia itu kekasih ,isteri,kawan,adik,suami, atau sebagainya.

1.siapakah anda yang sebenarnya?

2.apakah anda sebenarnya seorang yang setia kepada pasangan anda?

3.adakah anda pasti pasangan anda setia pada anda?

4.bilakah kali terakhir anda berjumpa dengan si dia?

5.apakah anda merasakan hubungan anda dan dia boleh bertahan lama dalam peringkat yang lebih serius?


6.bila kali terakhir anda menghubungi dia?

7.apakah 5 perkara yang belum anda lakukan dan 5 perkara yang ingin anda lakukan dalam hidup anda?

8.apakah ucapan terakhir anda nyatakan padanya?


9.kenapakah anda mahu terus meneruskan hubungan anda itu?

10.siapakah yang anda percayai ?


11.siapa yang anda mahu tag?



p/s: terima kasih buat nurul yang sudi tag kita..

~~sape nak jawab,jawab je kalu behi jawab



salam,
kali ni dapat hadiah agi ..
napaknyer,tak pyh tgu my bufday la ye
hari2 dapat hadiah (sukanya...)
apepun,terima kasih kak fiza..
mm(fikir jap.....)nak bagi sape ye hadiah ni?
ambik je lah ye akma bagi lak kat
~kak hasnah
~cik bintu
~climaxoflife
~ustz.Alim
~Mc No

k,jumpa lagi.

Wednesday, April 22, 2009

salam semua..
hari ni nak kongsi makan malam kita ngn kalian semua la...
saje je...nak kongsi2 ,,biar dok sedap pomm(sedap ape....)
saje je ..sebab adik perempuan saya yang baru habis Matrik ni balik tetiba suh masak roti udang ni.kalu nak tahu,roti udang tumis ni sedap kalau makan di cicah bersama sos cili huhu..cubalah ye..
katanya lama dah tak makan masakan saya.
nampaknya...saya kena jadi tukang masak berbayar ni..
macam2 nok makan budak2 ni..
tak kira agi yang di sana nuh.....hussss mcm2 menu nok makan nasi dagang la, ikan patin la..(macam2 awak.)
ase2nye...bulat la demooo nati hahahahaahhha
ni kes nak balas dendam ape akma???
(dok arrrrrr...akma dok marah pomm)-dalam hati sukaaa kalu ore makan masakan kita..hihihih..
k lah,dok mau oyak lebih2 lok nati beliau marohh waaaaa...

ok,ni lah roti udang akma

tARRAAAAAAAA...(YUMMI..yummiii)




jom cuba:

-sebuku besar roti bata(yer ko ore panggil roti bata?ikut arr)-potong dadu
-3-6 tangkai lada kering/lada hidup
-3/4 ulas bawang putih
-2-/3 ulas bawang merah/bawang besar
-udang/ayam
-1 biji telur
-2 sudu besar sos cili dan tomato
-garam
-gula
-daun bawang/daun sup
-bawang goreng
-lada hidup
-

caranya:

-tumis bawang merah ,bwg putih,lada kering
-masukkan udang/ayam,sos cili,sos tomato ,gula dan garam
-masukkan pula 1 biji telur tanpa di kacau

biarkan sampai naik bau

-masukkan pula roti yang d potong dadu dan gaul sekali bersaama telur

tunggu sampai kering

akhir sekali masukkan daun bawang,daun sup ,bawang goreng bersama cili hidup yang di hiris halus.

~sedia dihidang dan makan bersama sos cili
~APEPUN,SEDAP D MAKAN BEGITU SAJE...

Tuesday, April 21, 2009


SALAM..
dikesempatan ini akma ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir ke-22 buat sahabat baik akma Bintu Cumil@Leha..
semoga Leha dipanjangkan usia,murah rezeki,berjaya dalam segala bidang yang Leha ceburi dan moga2 menjadi anak dan sahabt yang baik dunia mahupun akhirat.

Buat Leha,
walaupun pekenalan kita tanpa diduga,
walaupun perkenalan kita hanya mesej dan suara,
walaupun kita tidak pernah bersua,
kita ibarat bagai sahabat yang sudah lama tidak bersua
mungkin ini merupakan ucapan yang ke-3 dah buat Leha kan..Tapi tak kisah la,setiap ucapan tu ikhlas beriringi doa dari akma .
moga2 juga leha menjadi insan yang bertambah matang dalam mengatur arah tuju hidup Leha.
pesan akma ,jangan sedih ye walaupun tak dapat balik..yang penting teman2 leha kat sana adalah penghibur setia leha..

ok,SELAMAT HARI LAHIR DARI KAMI SEMUA.........

kena TAG agi kaa??

1) Anda perlu printscreen wallpaper yang tengah anda guna sekarang,jangan tipu2 ek tak suka..



2)Bgtau nape anda suka wallpaper itu ?
ntah la...sebab gambar spontan adam ni leh buat saya tengok berkali2 hahahha

3)Tag people to follow this question?
sape2 je...xpesially CLIMAXOFLIFE @PIJAT2 ,cIK bINTU DAN SAPE2 LA

Monday, April 20, 2009


Bagi anda yang bercita-cita untuk membina rumahtangga bahagia dan mendapatkeberkatan dan keredhaan daripada Allah s. w. t renungkanlah tips berikut : -

1) Anda perlu meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendak semulajadi yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal.





Surah Al-Furqan ayat 74 :-

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertaqwa."

2) Anda perlu menyedari bahawa perkahwinan anda dengan orang yang dikasihi itu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa perkahwinan anda tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang telah anda lakukan kearahnya. Anda juga perlu menerima hakikat bahawa usia perkahwinan anda terletak di tanganNya, dan Allah berhak mengambilnya pada bila-bila masa yang dikehendakiNya. Sebagai seorang yang beriman dengan qoda' dan qadar Allah anda hendaklah sentiasa berdoa agar jodoh anda dengan pasangan berpanjangan sehingga ke akhir hayat.

Allah berfirman dalam surah Al-An'am ayat 17 :-

"Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

3) Perkahwinan membuahkan hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Diantara tanggungjawab suami ialah melunaskan mas kahwin, memberi nafkah zahir dan bathin, mendidik isteri dan anak- anak serta berlaku baik terhadap mereka. Manakala tanggungjawab isteri pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak berlawanan dengan syara', memelihara diri dari perkara yang mungkar, menjaga harta suami dan menguruskan rumahtangga.

Segala hak dan tanggungjawab ini telah termaktub didalam Al-Qur'an dan sangat bersesuaian dengan tabiat dan fitrah semulajadi manusia. Anda seharusnya melaksanakan segala tanggungjawab ini bukan sekadar untuk menyukakan hati pasangan anda sahaja, sebaliknya kerana mencari keredhaan Allah s. w. t.

4) Sebagai seorang mukmin , sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya.

Firman Allah yang bermaksud :-

"Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak,saudara-saudara, isteri-isteri,kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." [Surah AtTaubah, 24]

Oleh itu anda mestilah memahami kedudukan anda di sisi pasangan. Anda bukanlah pihak yang pertama di hatinya. Bagi suami,selepas ketaatan kepada Allah dan RasulNya, ibubapa jatuh tempat kedua kemudian barulah isteri dan keluarga. Sementara bagi isteri, suami adalah tempat kedua selepas Allah dan RasulNya. Kemudian itu barulah ibubapa. Setelah memahami kedudukan yang ditetapkan oleh Allah, anda seharusnya tolong menolong di antara suami isteri dalam meletakkan hak dan kedudukan ini supaya kena pada tempatnya.

5) Anda haruslah ingat bahawa pasangan anda adalah manusia biasa yang tidak terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Anda juga demikian. Oleh itu sekiranya pasangan anda melakukan kesilapan, janganlah terlalu diperhitungkan. Sentiasalah mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling maaf memaafi antara suami dan isteri.

6) Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami isteri sebagai pakaian bagi satu sama lain. Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian bagi manusia untuk menghindarkan diri daripada hujan dan panas, begitulah pentingnya anda kepada pasangan anda. Sebagai pakaian anda diperlukan setiap masa oleh pasangan anda untuk menutupi keaibannya dan melindunginya daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan. Oleh itu anda perlulah menjadikan diri anda sebagai pakaian yang terbaik untuknya dan menjauhkan diri daripada menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak berguna.

7) Sebagai seorang Islam, telah wujud ikatan persaudaraan Islamiah antara anda dan pasangan sebelum perkahwinan. Ijabkabul bukan sahaja menjadikan anda suami atau isteri malah mengerat dan mengemaskan lagi ikatan persaudaraan ini. Oleh itu kasih sayang tidak hanya berfungsi untuk mengikat suami dan isteri tetapi juga sebagai saudara seiman dan seagama.

8) Anda perlulah beradab dipertemuan pertama dengan pasangan anda. Suami hendaklah memberi salam kepada isteri apabila memasuki bilik pengantin dan meletakkan tangannya di atas ubun-ubun isteri sambil berdoa dengan

maksud:-

"Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatannya dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya."

Selepas itu pasangan hendaklah bersembahyang sunat dan berdoa kepada Allah agar diberiNya kebaikan dan dijauhiNya kejahatan.

Dan jika hendak bersama dengan pasangan bacalah doa dengan maksud:-

"Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak-anak yang engkau anugerahkan kepada kami. "Pertelingkahan antara suami isteri adalah sesuatu yang biasa terjadi sebagaimana lazim disebutkan 'sedangkan lidah lagi tergigit'. Maka apabila berlaku pergeseran janganlah diperbesarkan. Kalau suami marah seeloknya isteri diam dan kalau isteri marah, giliran suami pula diam. Adalah tidak perlu pasangan yang dimarahi cuba membela diri kerana lazimnya ia tidak membuahkan hasil yang baik. Walaubagaimanapun sesiapa yang marah ini perlulah ingat dan bertanya kenapa aku marah. Adakah pasangan aku telah melakukan mungkar yang bertentangan dengan syariat Allah. Jika tidak, nasihat yang baik adalah lebih berkesan. Hidup saling memaafkan dan saling mengerti antara satu sama lain
akan menambahserikan rumah tangga.

Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang diujikan membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak mengendalikannya. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha kita dalam melayari kehidupan berumahtangga.

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka...... ...

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau
kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau
hilangnya sesuatu hak mereka kerana
perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat
kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta
rahmat-Mu... .......

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua
kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan
kita.
Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.

Istighfarlah, Istighfarlah. ..

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang
tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang
jarang memperdulikan dan mendoakannya.
Percayalah bahawa anak yang derhaka
siksanya didahulukan didunia ini.

Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

Sunday, April 19, 2009



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Assolatuwassalam, selawat dan Assalamu'alaikum buat junjungan mulia, Muhammad saw Kekasih Istimewa.
Assalamu'alaikum Sejahtera buat calon suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…
“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang sholehah,”
Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.
Calon zaujku,
”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”
Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.
Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh arwah umi dan arwah abah. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (lah-Rum: 21)
Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku hanyalah sebatang kara di dunia ini. Arwah umi dan abah telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu ...
”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)
Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.
aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,
" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)
Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.
“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1)
Calon Suamiku yang dirahmati,
" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian
dari harta mereka".(An-Nissa':34)
Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.
Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar?! Ketahuilah. Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas khawin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.
Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.
Wassalam
.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu .::.
~tulang rusuk kirimu~
pertemuan...
menghadiahkan kita kasih sayang...
jika cinta satu pasti bertemu...
ia tidak ternilai...
kerana antara hati kita
telah tiada antaranya lagi
yang ada hanyalah cinta kasih Ilahi...
kita berpisah hanya sementara
kerna pertemuan bukan milik kita...
jasad dan suara berjauhan sentiasa
namun cinta abadi...
biar berpisah selalu menderita
kerana syurga menagih ujian
sedang neraka dipagari oleh nikmat
bertemu tidak jemu...berpisah tak gelisah...


Wan mengeluh lagi. Entah kali keberapa perenggan itu diulang baca. Satu apa pun tak terpahat di fikirannya. Jam 10.00 malam. Sudah lama masuk waktu Insya’, tapi belum lagi ditunaikan fardhu itu. Irama dari radio rancak sedari tadi. Nasyid pop; unsur cinta, meluru masuk ke telinganya. Berdentum-dentum, membuai-buai ingatan Wan. Tiba-tiba, dia menutup buku. Menoleh ke kanan, ke kiri; meregang otot di leher. Lalu bangun berdiri, menuju ke katil. Novel “ Mahligai Kasih” nukilan Sari Maysuri dibelek.

“ Eh, dah habis study Wan? Cepatnya! Tadi aku nampak kau baru pegang buku tu, tak sampai 20 minit pun,” sapa Jamilah. Gadis tinggi lampai. Rambut perang. Baju singkat, nampak pusat.

“Tahla, satu apa pun tak masuk.” Wan mengeliat kemalasan. Kalendar di sebelah dilihat sekilas, lagi sebulan. Peperiksaan pertengahan penggal.

“ Aii, apa nak jadi dengan kau ni. Itulah asyik ingatkan si dia saja. Aku tak sukalah kau macam ni. Susah hati sebab lelaki, menangis pun sebab lelaki. Heii, geram betul aku. Bukan sikit kawan-kawan aku yang merana sebab lelaki ni. Kita ni perempuan, perempuan kena ego jugak. Jangan bagi jantan pijak kepala kita!”

“ Yalah, yalah… aku tahu. Tak ada apa-apalah. Aku, kalau dia jumpa orang yang lebih baik daripada aku pun, aku tak kisah. Ni kan taqdir. Jodoh maut di tangan Tuhan.”

“ Aii, pening aku tengok kamu berdua ni. Bercinta macam orang tak bercinta! Ni aku nak keluar ni, kau nak pesan apa-apa?”

Wan menggeleng lesu. Dikerling kelibat Jamilah yang menghilang di sebalik daun pintu. Wan bingkas bangun menuju ke tandas, menyempurnakan wudhu’. Benar, sejak akhir-akhir ini dia semakin acapkali solat tidak di awal waktunya. Malah sudah pandai solat di kamar sendirian.

……………………………………………………………………………………………

“ Why we cannot sit together with the boys at the canteen? It’s not a wrong thing. Besides, nothing will happen. Kami tak rasa apa-apa pun. Kami bukan bercinta!” Yanti menempelak keras. Agak emosi. Nampak gelora di mata. Berapi-api.

“ Tak. Bukan saya kata tak boleh. Boleh, tapi atas sebab-sebab yang dibenarkan syariat. Adab kena jaga. Mata, telinga, kata-kata yang keluar dari bibir ni pun kena jaga,” Wan senyum. Jari telunjuk di bibir. Lembut suaranya.

“ I’m not satisfied”

Degilnya budak ni! Bisik Wan. Hatinya menggerutu geram.

Hati yang ego, konon arif. Benarlah, kata-kata di dalam hatinya itu kembali menghukum empunya diri. Tuhan Maha Adil. Jangan menilai, jangan ada benci, ukur baca di badan sendiri!

Sebak. Hati Wan menangis. Entah sebab apa. Selalu saja termenung. Dan tiba-tiba menangis. Dia resah bagai banduan yang menunggu hukuman mati. Satu-persatu ayat dalam kitab itu dibaca;

Cinta adalah penyakit. Penyakit hati. Yang pelik, namun ada ubatnya. Mencintai rupa lahiriyah hanya menimpa kalbu yang hampa dari mencintai Allah Taala, yang telah berpaling dan menggantungkan diri kepada selain-Nya. Seandainya hati dipenuhi kecintaan terhadap Allah SWT dan rindu pada perjumpaanNya, maka akan tertolaklah penyakit tersebut.

Perbualannya bersama Solehah terngiang-ngiang. Sahabat itu banyak menyimpan rahsianya. Solehah, seperti orangnya. Dengan jernih paras, tudung bulat dan senyum menawan.

“ Ana tak tahan lagi Solehah. Ana bukan jemu, ana bukan benci. Ana tahu ana boleh setia. Tapi ana takut…ana takut, ana nak lepaskan diri dari ikatan ini, belenggu ini..tapi ana tak kuat!”

Air mata menitis lagi.

Rasulullah bersabda,”Wahai para pemuda, siapa di antara kamu yang mampu kahwin, kahwinlah; dan siapa yang belum mampu, maka berpuasalah. Sebab puasa itu mempunyai wija’ ( perlindungan daripada dorongan hawa nafsu)

Apa penawar cinta bila ia telah melekat di celah-celah sanubari?

Solehah merenung sahabat akrabnya, tunak. Simpati memeluk tangkai hati.

“ Ana takut dengan ikatan yang tak dihalalkan ini. Ana risau, kalau-kalau dia berubah. Ana bimbang, kalau-kalau ana sendiri turut tertarik. Ana mahu bimbingi dia. Ana sayang dia, sungguh-sungguh. Betul!”

Wan sudah teresak-esak.

“ Tapi ana tak kuat. Kami semakin jauh! Ana dah gadai semua prinsip ana. Segalanya sudah jadi milik dia. Hati ini, rindu ini, malah setiap nafas yang ana sedut; semuanya ada terpancar namanya!”

Astaghfirullahal’azim. Solehah mengurut-ngurut dadanya. Terkejut. Kecewa. Keduanya berbaur. Tapi bibirnya tetap membisu.

“ Ana tak sampai hati Leha. Tergamakkah melukakan hati orang yang kita sayangi? Lebih-lebih lagi ana dahulu yang menabur janji…Tapi ana takut!”

“ Apa yang enti takutkan Wan?” Solehah mula berbicara. Persis sang peguam menyoal pesalah.

“ Ana takut..ana takutkan sesuatu..tapi tak kelihatan apa sebenarnya. Samar-samar”

“ Enti takut akan pandangan masyarakat?”

“ Entahlah”

“ Apa yang nak dirunsingkan. Zaman ini sudah menghalalkan segala-galanya. Cinta muda-mudi kan sudah menjadi satu kebiasaan. Malah benda yang pelik pula jika tak punya pacar,” bakal ustazah itu mula memprovok. Pura-pura . Berlagak tenang.

“ Ana rasa bukan ini aturannya. Tak tercatat pada manual. Pada panduan yang patut ana buat. Ya, benar!”

Solehah senyum. Hatinya juga.

………………………………………………………

Ubat cinta mahsyuk.

1. Jika pencinta itu berusaha untuk mendapatkan apa yang dicintainya sesuai dgn kemampuan dan syariat, maka inilah ubatnya. Seperti yang disebutkan di dalam hadith Bukhari dan Muslim, hadis dari Ibn. Masud ra berkata; Rasulullah bersabda,

Wahai para pemuda, siapa di antara kamu yang mampu kahwin, kahwinlah; dan siapa yang belum mampu, maka berpuasalah. Sebab puasa itu mempunyai wija’ ( perlindungan daripada dorongqan hawa nafsu)

Diriwayatkan oleh Ibn Majah dari Ibn. Abbas ra, Nabi SAW bersabda;

Tidak kami melihat sesuatu yang lebih baik bagi dua orang yang saling mencintai seperti pernikahan.

2. Jika tidak ada jalan bagi sang pencinta itu untuk mendapat orang yang dicintainya, baik dari segi kemampuan, mahupun syariat (dan ini adalah penyakit kronik) maka rawatnnya adalah;dengan menanamkan dalm jiwanya perasaan putus asa terhadapnya. Kerana bila jiwa merasa putus asa terhadap sesuatu, maka ia akan bebas dari belenggunya, dan ia akan berpaling darinya.

Seandainya penyakit asyik ini tidak hilang dengan rasa putus asa, maka bererti orang yang ditimpa itu mengalami gangguan dalam hatinya. Kerana itu perlu diberi rawatan kepada akalnya. Sebab tergantungnya kalbu pada sesuatu yang sudah diyakini tidak akan diperoleh adalah termasuk salah satu dari jenis gila. Orang yang demikian itu ibarat orang yang rindukan mentari, di mana jiwanya melayang-layang.

Jika hubungan itu terhalang dari segi syarat dan kemampuan, maka segala sesuatu yang tidak diperkenankan Allah itu caranya adalah dengan menjauhinya.

Seandainya nafsu ammarahnya tidak mahu menerima alasan di atas, maka ia harus memilih antara dua pilihan; kosyyah ( takut) atau kehilangan yang lebih dicintai, lebih bermanfaat, lebih baik dan lebih kekal kelazatan dan kesenangannya.

Sesungguhnya orang yang berakal itu, bila disuruh memilih antara dua pilihan yang satu cepat hilangnya, sedang yang lain lebih agung, lebih bermanfaat dan lebih abadi; maka ia tentu tidak akan mengorbankan kelazatan abadi itu dengan kelazatan sementara yang dapat berubah-ubah.

Jika rawatan di atas masih juga tidak berkesan, maka ia harus memikirkan keburukan-keburukan yang akan timbul akibatnya. Jika tidak juga hilang, maka ia harus memikirkan keburukan-keburukan serta kekurangan orang yang dicintainya itu. Kerana biasanya yang mendatangkan cinta itu adalah keelokan orang yang dicintai. Jika semua rawatan ini tidak juga memberikan hasil yang memuaskan, maka ia harus menyerahkan diri kepada Allah, meminta pertolongan dan petunjuk.

Catatan Solehah. Wan tekun membacanya.

“ Ana tak cukup kuat. Ana tak mahu lukakan hatinya..Ana sayang dia. Sayang sungguh-sungguh.”

“ Enti kata ni sayang!? Sayangkah kita kalau kita mengheret orang yang kita sayangi ke lembah hina? Enti menambah lagi dosanya! Enti tak nampak lagikah?”

“ Ana berserah pada Allah. Ana akan ikut apa yang tersurat”

“ Ana tak sangka ana ada sahabat yang mudah berputus-asa. Terangkan padanya. Dia harus faham. Dia patut. Dia tiada haq! Patutkah diteruskan hubungan andai ia membawa kepada maksiat!”

Wan teresak.

“ Ini! Hati ni Wan! Hati ini yang kita wajib pelihara. Amal kita, cinta kita, segalanya hanya layak untuk Yang Satu itu!”

Wan kian menunduk. Air mata tak putus-putus!

“ Terangkan kepadanya. Satu-satu. Moga dia faham yang perjalanan masih jauh. Ana mahu enti berlari, selaju yang boleh. Dan ana akan terus memberi sorakan di tepi padang!”

Air mata terus mengalir lesu.

“ Wan sayang, cinta tak pernah buta. Kita sebenarnya yang buta dalam menilai cinta. Cinta Ilahi kasih yang tak bertepi. Jangan gundah, sebab jika sinar cinta itu menyinari hidup kita, selamanya tak mungkin ada luka. Percayalah!”

Wan Rabiatul Adawiyah mendongak. Solehah mengangguk. Senyum dua sahabat itu mengiringi fajar yang kian menyingsing.

salam..
hari ni saya demam dan selesama
jadi di kesempatan ini saya hanya sempat mengupdate blog saya ni dengan beberapa kata2 yang saya ambik dari sebuah majalah buat tatapan semua .

RAMA-RAMA DI HUJUNG DEBU







Debunga itu tarikan hakiki
buat seekor rama-rama seperti aku
inilah fitrah kurniaan ilahi
bahawa aku dan debunga ini lambang akrab dari azali
di sini madu bersakar
tanda bunga cukup mekar
kesinambungan kehidupan itu
sama bagi putaran hidup sang gadis
sewaktu muda ceria sentiasa diintip sang teruna
iman dan taqwa adalah benteng pertahanan
kerana musim berbunga cuma sekali!
walau cinta boleh hadir berjuta musimnya..





TANGANKU



Ya Allah.
syukurku hanya buat-Mu
kerana memungkinkan aku lahir di sini
di sebalik kain bedung putih itu
ku gapaikan keluar sebelah tanganku di sini
buat merasa betapa indahnya menyapa ciptaan-Mu
terima kasih ayah bonda
kerana adalah aku terlantar di dunia bahagia ini
bersama besarnya nikmat sepasang tangan yang ada pada
semoga tangan ini ajan ku manfaatkan untuk
menuju ke jalan bahagia
kerana sepasang tangan ini lebih besar ertinya dari segunung harta tanpa TAQWA!

WARNA MUSIM LURUH




Merah kuning berpada dalam bauran menyesak
inilah warna musim luruh dedaun kering
buat sepohon maple di sebuah benua
wahau Rabbi!
hakikat kejadian ciptaan-Mu itu amat murni
dalam gugur pun masih bertebar nikmatmu
betapa dungunnya setengah insan
yang mendabik dada mengaku pintar
namun sering alpa bahawa dia akan berakhir sirnan
kerana itulah sifat benda baru ciptaan-Mu

;;