Saturday, April 18, 2009
salam..hari ni terasa nak makan nasi kerabu lah plak..
huhuhu..
dok sorang2 gak..mcm2 makanan rasa nak makan..
nasi kerabu la..kerepek bawang la..
mm,hari ni pg2 agi kuar g pasar ngn mak tok..
tempat pertama d tujui mestila g beli ikan lu untuk d buat sambal huhuh..
mak tok kata'ike tuh siang diri dess"
huhuuuuuuuu...hancur napoknyer ikan ni leh saya
alhamdllah,dapat gok merasa ikan rebus akma ....
ha...ni lah upenyer nasi kerabu saya.
tetamu pertama yang datang menjamahnye ialah pasangan ayu dan suami..
bertamboh2 makan ,
mesti sedap kalih(dlm hatiku berkata..)
katanya ayu...sedap wess'ni kali pertama sejak ngandung makan nasi kerabu huhuhu'
saya kata"ye lah tu'
soh2 dok mandi doss nanti hahahaha
k lah,sori dok jelas ,,sebab dah makan separuh huhu
Friday, April 17, 2009
salam,
hari ni saya nak upload gambar kerepek bawang yang saya buat lak..
heheheh..camner rupanyer?cantik x?atau ia sekadar cantik je ..
huhu...bila makan leh je tahu mcmana rasanyer kan..
saje je,hari ni rasa rajin teramat lak..
baru ni dah buat,tapi tak menjadi sangat..
keras semacam je..
alhamdulillah,yang ni ranggup je..
kata cik bintu..leh mekong hahhahaha macam batu kerasnye
huhuh...
ok,jom cuba..
ni rupa sebelum ia di goreng
ni lah rupanye kerepek bawang yang saya buat..
Bahan-bahan:
(sukatan terpulang pada individula,dok pandai ar nok sukat..hehehe campak je)
6 cwn tepung gandum
150 grm mentega/1/2 cawan minyak(masukkan kedua2nye)
1/2 cwn santan
2 ekor isi ikan selayang(di rebus)
6/8 ulas bawang merah~dikisar
1/2 ptg bwng besar~dikisar
garam
gula
cara2:
uli sampai menjadi dos..
bahagikan kpd 2 dos
satu merah/satu warna asal
canaikan nipis2
tindihkan dos tadi ngn warna berlainan
gulung
masukkan dalam peti ais
potong nipis2
masukkan dalam minyak panas
sedia d hidang
p/s:dok pandai la nok cerita lagu mana agi huhuh
selamat mencuba!
Thursday, April 16, 2009
1. Apakah hubungan awak dan dia?
2. 5 impressions terhdp dia...
3. Perkara yang paling memorable yang die lakukan kat awak
4. Perkara paling memorable yang dia kata pada awak..
5. Kalau die kekasih awak.. awak akan..
6.Kalau dia jadi musuh awak.. awak akan dah lama...
7. Kalau die kekasih awak.. dia perlu improve dlm.. nih..
8. Kalau dia jadi musuh awak... mungkin kerana.
9. Overall impression ttg dia..
10. The most desirable thing to do to her/him...
11. Apakah awak rasa ttg pandangan org terhadap awak?...
12. The character of you for yourself
13.On contrary, the character you hate about you..
14. The most ideal person you want to be with?
15. For people who like you.. tell sumthing about them...
16. Ten people you tag:
...
17. No.2 ada hubungan dgn siapa?]
18. Is no. 3 female or male
19. If no.7 and 10 have a relationship. Is it a good thing?
20. Mcmmane dgn no.5 dan no.8?
21. No.4 single kah?
22. No. 1 belajar apa?
23. Say sumething about no. 6.
24. No. 9 klakar tak?


hehe..kali ni dapat AWARD agi..
hehehe..tu pasal..sebab rajin sangat singgah umah orang lama2.
jadi,dah tuan umah kata ambik,ambik je lah(x malu)
thanks ye..ni ambik umh kak fiza...
ada sape2 agi ker nak bagi secara sukarela,,,hehehe
mmm,kepada pengkritik,pengomen,pengebom hhehehe.ambik la nak gak..
cik bintu...ummu uwais ..ustz,alim ,kak hasnah,mm,sape2 la..x ingat dah nak sebut ramai sangat huhuh..
ambik je,,jgn lupa tau simpan baik2..
Wednesday, April 15, 2009
Siapa dia pengkritik,pengomen,penyapu ni ??
0 komen cerita hati by shoutulnisa at Wednesday, April 15, 2009Agak-agaknyer la..mcmana lor rupanyer tuan punya badan pengkritik ,penyapu,pengomen hahaha..tak leh ku bayangkan..(sori ye)
ase2nyer,mcm penah ku kenal je empunya badan tuh..
mana taknyer,banyak2 nama yang tuh jugak di pilihnyer..
pilih la yang lawa skit pengkritik,penyapu,pengomen..
mai saya tolong bui nama yang sedap skit..donut ko..budu ko hahahahaah
pah2 tambah nama pengemop sekali baru sesuai,,(mengarut je,jangan marah desss)
k lah,x mau ngarut agi,saje je ni boring tak tau nak oyak ape.
apepun,terima kasih untuk yang sudi datang blog akma ni.
sila2 ambik award ye pengktitik.
jangan malu2.
sekadar gurauan semata..
jumpa nanti ye
salam..
saya kembali lagi
sekarang 4.15 pagi
ntah kenapa setelah hampir 6 jam saya tidur tadi
saya masih lagi d datangi oleh kenangan yang sama ..
saya terus terjaga dari kenangan itu..dan beristigfar agar dia tenang d sana
saya terus menunaikan kewajipan saya agar saya dapat petanda yang baik2
dan d jauhkan dari perkara yang kurang baik
alhamdulillah,saya dapat jua bersua dengan dia untuk kali ke-2 walaupun dia sudah meninggalkan kami semua untuk selamanya..
saya tahu,
kenangan saya ini bukan saja saya yang minta..
tapi dia lebih berhak.
ntah kenapa,saya di datanginya dengan perasaannya yang amat bahagia..
saya tahu dia suka akan kehidupan anak2 dia sekarang..
saya tahu dia juga bahagia di alam sana..
kadang2,saya sedih sangat sebab saya tak dapat impian yang kami impikan bersama..
besar sangat impian dan harapan teman saya itu..
apepun,alhamdulillah..kami sempat bersua untuk beberapa kali..
Allah lebih sayangkan dia..
sejak dari perhbngn itu..dia sering muncul dalam tidur saya..
saya terus bangun sedekahkan al-fatihah buat dia..
hati saya sayu sangat..
kalau lah betul dia suka ..alhamdulillah..
insyaallah,saya tahu dia mendoakan kita semua d sana
marilah kita semua sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang telah kembali ke alam sana,mg2 roh mereka berada dalam keadaan tenang selamanya..hingga satu saat kita pasti ke temu dengan mereka.
ingatlah,doa anak yang soleh akan sampai mengiringi mereka d sana..
Al-Fatihah.
wassalam-
4.24 pagi

salam semua...
apa khbar hari ni?
harap2 sihat la semua .
alhamdulillah,saya masih lagi berkesempatan untuk menulis serba sedikit mengenai tajuk di atas..
insyaallah.moga2 sama2 la kita semua saling mengenal dan memahami apa itu 'Bila cinta bertuhankan Nafsu semata'.
insyaallah,di harap tulisan saya ni dapat mengajak kita semua untuk mengenal siapa dia Pencipta sebenar.
Harap2,mana yang salah tu dapat di tegur..
benarlah kata orang yang cinta dunia memang mengasyikkan ,namun ia semua dapat melalaikan kita.Cinta dunia jua mengajar kita erti ketidakpuasan dan kerakusan semata.
sedangkan kita semua tidak pernah berlumba-lumba mengejar akhirat sana.
muda-mudi asyik di buai angin cinta.
bila cinta yang bertuhankan nafsu merajai diri,nescaya punahlah diri itu sendiri.
kadang kita lalai mendakap asyiknya cinta,kita lupa yang akhirat sana adalah cinta agung yang kekal selamanya.
hus...cinta..cinta..
apa ada pada cinta yang bertuhankan nafsu semata?
ramai yang tersungkur kerana cinta ..
ramai yang sanggup mengadaikan maruah dan diri kerana cinta..
tapi,berapa ramai yang berjaya menegakkan cinta dunia dan akhirat di landasan yang betul?
mungkin tidak ramai yang tahu erti cinta yang sebenar...
beberapa hari yang lepas..
saya mendapat panggilan dari seorang teman lama saya waktu sekolah dulu..
saya pun,dah hampir lupa siapa pemilik suara sebenar di hujung talian
alhamdulillah,selepas dia memperkenalkan dirinya pada saya baru lah saya ingat akan kawan saya tu(biarlah saya gunakan nama dia sbg T sahaja atas sebab2 tertentu)
selepas,beberapa minit bercakap dengannya T mempelawa saya ke kedai miliknya.
selepas selesai kerja di Tadika saya terus ke kedai milik kuarga nya kerana saya pun lama sudah tidak bersua dengannya,
sampai sahaja di perkarangan kedai T,saya melihat T jauh tidak berubah sama seperti dulu. Wajah yang hampir saya lupakan ,akhirnya saya dapat bersua kembali setelah 3 tahun tidak bersua.
Kami bersalaman dan saling berdakapan tanda persahabtan yang utuh,
saya masih macam dulu..suka mengusik dia yang saya kagumi kerana dari cara percakapan,lenggok badan dia tidak ubah seperti gadis2 lain.
tetap manis dan cantik biarpun tanpa secalit bedak kerana wajahnya yang putih.
Dalam rancak kami bersembang,dia masih sempat untuk mengucapkan pada saya selamat Bertunang tapi ada nada2 kecewa sedikit pada riak wajahnya kerana saya tidak menjemputnya pada majlis tersebut.
Maafkan saya ,kerana tidak mengkhabarkan berita gembira itu pada dirinya kerana ia hanyalah majlis pertunangan yang ringkas sahaja..
Bila lama tidak bertemu,mcm2 cerita kami kongsikan bersama.
sedang saya rancak bersembang dengannya,saya masih sempat mengusiknya bila pula gilirannya untuk bertunang dan berkahwin.
Lalu,T menceritakan segalanya pada saya tentang cinta dan buah hatinya itu.
Lega rasanya kerana kawan saya ni sudah pun mempunyai teman istimewa,dan insyaallah saya harapkan dia tidak lama2 dengan hubungan tu.,,mg2 s percepatkan denagn landasan yang betul
tapu,saya tidak tahu kenapa T macam bersungguh sahaja menceritakan hal dia dan temannya itu.
Katanya,hubungan dia dan temanya itu tidak d ketahui oleh keluarga.
tetapi,ibunya sanagt mengenali lelaki itu kerana merupakan pekerja ibunya.
Bila saya tanya,bila mahu kahwin,terus dia katakan belum masanya lagi..tapi dia harus kahwin juga dengan temanya itu walau ape sekalipun yang berlaku.
saya jadi pelik dengan jawapan yang di berikan.
bila saya tanya balik kenapa..dia menceritakan segalanya..
Ya Allah,bagaikan mahu pitam di buatnya diri saya ini bila dia menceritakan segalanya pada saya.
tidak saya sangka..nasi sudah jadi bubur,,
yang saya kesalkan sangat2,tiada riak kekesalan dan rasa bersalah dalam dirinya menampakkan lagi riak kebanggaan.
MasyAAllah,hampir saya tidak mempercayainya,,
katanya,dia sudah beberapa kali terlanjur dengan temanya itu..
seakan2 mahu gugur air mata ini mendengar penjelasannya..
saya mula memegang hari jemarinya dan cuba untuk menanyakan hal itu..
ye,,benar,dia menjelaskan itu semua kehendak hati dia dan temannya...
jadi,siapa harus di persalahkan.
benarlah juga tafsiran saya selama ini,jgn dipandang wajah seseorang redup,bertudung dan sopan di luaran,tapi hati mereka kita tidak boleh membacanya..
saya tidak mempamirkan wajah2 sedih di depannya kerana saya takut saya seorang sahaja yang merasakannya perasaan itu...
tetapi..kebanggaan jelas d wajahnya...
katanya,temanya itu akan bertanggungjawab..'
aduh............lelaki jenis apa ni?(DLM hati saya berkata demikian)
kalau btul dia lelaki bertanggungjawab,dia tidak akan menyentuhi perempuan yang d cintainya melainkan pernikahan yang menghalalkan semua itu....
mmm,itulah yang saya mahu jelaskan di sini..
Bila cinta bertuhankan Nafsu semata..
jadi,punah ranah la semua mahkota kesucian kita...
oklah,saya rasa sampai situ sajelah cerita saya tentang seorang rakan saya itu..
insyaallah,saya akan cuba menasihati dia dan tunjukkan dia jalan yang benar.
sesungguhnya,tiada apa yang mampu saya nasihatkan buat teman saya itu melainkan menyuruhnya bertaubat dan berbanyak2 lah meminta padaNya agar diampunkan segala dosa2 yang telah dia lakukan sebelum ini.
Jadi,pesan saya pada semua termasuk diri saya sendiri,jauhilah hbngan yang sia2 kerana cinta pada kekasih hanya sia2 sahaja kelau kita serahkan segalanya buat dia.
kerana cinta bertuhankan nafsu dapat mematikan iman kita dari terus meminta padaNya..
cinta mencintai tidak salah andai berada dalam landasan yang betul kerana keredhaanNya,tetapi dirikanlah pernikahan ..jka kita tidak mampu untuk memilihara diri dari melakukan perkara yang sia2.
RENUNGILAH:
DAN JIKA KAMU DI GODA OLEH SYAITAN,MAKA BERLINDUNGLAH PADA ALLAH,KERANA DIA MAHA MENDENGAR DAN MAHA MENGETAHUI SEGALANYA.
YA TUHAN KAMI,JANGANLAH ENGKAU JADIKAN HATI KAMI CONDONG DALAM KESESATAN SESUDAH ENGKAU BERIKAN PETUNJUK KEPADA KAMI,DAN KURNIAKANLAH KEPADA KAMI RAHMAT DAN KURNIA DI SISI ENGKAU KERANA SESUNGGUHNYA ENGKAULAH MAHA PEMBERI KURNIA.
Tuesday, April 14, 2009
KAWAN DI AKHIR ZAMAN INI
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki diri nya
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan ijazah yang menjela
Tapi ilmu fardhu Ain nya kosong belaka
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa
Mengunakan profession nya sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar
Yang ada hanya
Yang berkroni untuk mendapat projek yag sedia ada
Bersahabat untuk mendapat laba
Kawan di akhir zaman ini Payah untuk kita temui
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri
Yang menghidupkan ilmu yang ada
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada hanyalah
Yang suka berbincang dosa-dosa orang lain
Yang menghidupkan sunnah barat
Yang melupakan kehidupan akhirat
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan
Yang ada hanya
Yang menjadikan komplek tempat membuang umur
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan
Menjadikan nasyid nyayian harian
Menjadikan selawat ucapan kelaziman
Yang ada hanya
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketrampilan
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail
Menangis cemas mengenangkan saat kematian
Merintih sayu mengenangkan persediaan
Yang ada hanya
Yang panjang angan-angan
Mengumpul dunia kerja seharian
Seolah kematian itu sangat jauh
Seperti alam barzakh itu tidak di tempuh
surat ini hanya padaMu..
hanya itu saja ku mampu mu tahu...
Engkau segala bagiku..
Tiada lain hanyaMu
Monday, April 13, 2009
salam...
apa khabar semua?? alhamdulillah saya sihat2 sahaja..harap2 rakan blog semua sihat dan ceria-ceria selalu mcm cik bintu cumil kita tuh hehehe..
mmm,jadi kali ni apa plak citer saya agaknyer ye..
hehehe,mesti sahabat semua dapat tekanya dah kan ..
aduhhhh saya terkena tag agi!!!
tak mau dahhhhhhhh jawab........
tapi,ni amanah dari cik bintu kita la..
jadi,bila dah terbaca dia punya tag kat blog,tersangkut lak nama saya kat situ waaaa...(sedih nyerrrr)
apepun,insyaallah,saya cuba la..
tapi,tak mau jawab semua la..
tak ada idea sekarang ni..
nak tulis bl0G ni pun,tak pandai nak buat ayat2 best2 macam blog2 sahabat yang lain..aduhhh camnner ni?(confiuss betul)
1. Apakah hubungan awak dan dia? [dgn cik Bintu Cumil kaa?agaknyer la...
hubungan saya ngan cik bintu adalah seorang sahabat kepada sahabatnyer la....sahabat yang suka membantu,suka mengusik(alih2 citer atuu..makan budoppp ) hoho..tak gitu cik bintu
2. 5 impressions terhdp dia...
~mmmm...mungkin baru saya tahu dia ni cik bintu seorang yang penakut gak hahahahh
(ingatkan saya sorang je hhehhehe)
~seorang yang baik ati
~suka tolong saya wak templates ni(cantikkkkkk ker)
~seoaran yang suka ketawa(suka ngat gelak bila nok mulakan bicara ngn saya hahaha
(saya pun join sekali )
~seoarang yang suka bertanyakan resepi masakan ...pah2 suka cheese kek kot..cik bintu tanya pasal cheese kek jhe,,bilana belanja diooo
3. Perkara yang paling memorable yang die lakukan kat awak
suka tolong saya la....tolong wak templates blog ni kat saya
terima kasih..nanti nok mintak tlg agi yer(tak malu tul)
4. Perkara paling memorable yang dia kata pada awak..
bintu kata"hehehehe..lawok la budook ni"
tu je ayat saya ingat...
dok gitu ko??
5. Kalau die kekasih awak.. awak akan..
kalu cik bintu kekasih saya ka??
hussssss...saya hadiahkan dia cheese kek hari2..
makan puas2 yer
6.Kalau dia jadi musuh awak.. awak akan dah lama...
kalu jadi musuh saya..saya buat biasa je lah..biar dia sorang2 la
nanti ok lah tuh(baikkan....)
7. Kalau die kekasih awak.. dia perlu improve dlm.. nih..
mungkin kena tapis lu la...apa yang patut je lah..
ase2 tak perlu la kan...
8. Kalau dia jadi musuh awak... mungkin kerana.
musuh saya??mungkin saya ni pandai masak dari dia kot hahahahh...(jangan marah)
9. Overall impression ttg dia..
seorang yang bik sangat2..moga2 jadi kawan saya dunia akhirat..
10. The most desirable thing to do to her/him...
mesti la saya nak belanja dio makan sutun celup tepung...makan cheese cake,minum air nyooo.bestnyer
11. Apakah awak rasa ttg pandangan org terhadap awak?...
ntahla..sebab saya tak layak menilai diri saya sendiri,mungkin orang yang dekat ngan saya je tahu saya ni mcm mana ..
12. The character of you for yourself
mungkin mudah mesra dan peramah kot..(ngan teman2 wnta je la yer)
tapi malu tuh ada la...
On contrary, the character you hate about you..
lor.......saya no penakut hangit.......cam cik Bintu ......tak mau takut2 agi.......
14. The most ideal person you want to be with?
yang mcmana ye??mcm yang dia ada sekarang kot heheheh(malunyer)
15. For people who like you.. tell sumthing about them...
terima kasih baca tag ni .
pah2,ambik la nok jawab gak tag ni..sebab tak tau nak sebnaraikan saper yang perlu jawab ini punya tag...
sila2 yer
16. Ten people you tag:
saper2 saje la..
-ummu uwais
~marwah(ummi hanin)
~kak hasnah
tak ingat daaaaaa..
thanks c bINTUUU
SAYANG KAMUUUUUUUUUUU...
17. No.2 ada hubungan dgn siapa?]
tak mau jawab yang ni
18. Is no. 3 female or male
tak mau jawab gak.penat
19. If no.7 and 10 have a relationship. Is it a good thing?
waaaaaaaaaaaaaaaaaa...banyaknyer songeh tag ni
20. Mcmmane dgn no.5 dan no.8?
saya suka no.8(senang kerja)
21. No.4 single kah?
hello..hello..no.4 single ker??
tak bersahut la..
ntahhh
22. No. 1 belajar apa?
blajar ngaji betulkan bacaan,biar betul skit sebutan
23. Say sumething about no. 6.
saya suka no.6,sebab terbalikan leh jadi 9
hahaha
24. No. 9 klakar tak?
klakar sangat2..sebab leh jadi no.6 lak hahahaah
~
KEKASIH
Aku tak tahu siapa dia ketika itu. Tapi melihat dan merenung wajahnya walaupun sesaat telah mendatangkan selaut sakinah ke dalam diri. Orangnya sederhana sahaja, dengan jilbab labuh paras pinggang, dan sekali-sekala jubah warna polos membaluti tubuh kecilnya; tidak menarik. Tidak mengikut arus peredaran fesyen masa kini . Gelora fesyen millenia yang menggila tidak dapat menggugah caranya. Tapi dia tetap menarik perhatianku. Senyumnya, lembut bicara yang terlontar dari dua ulas bibir yang merah itu, cahaya dari matanya yang bundar… Ah, pendek kata segala yang ada pada dirinya mampu meraih segenap tumpuan pancainderaku.
Perkenalan kami berlaku secara tidak sengaja. Benarlah segala yang dirancang Rabb itu amat indah susun aturnya. Ketika itu, seawal jam 7.40 pagi. Langit tika itu masih kelam. Mentari belum mahu bangun dari kamar beradu, sejuk masih menggigit-gigit. Ketika itu, aku resah dengan kelewatan bas yang tak sampai-sampai, sedangkan tuntutan masa begitu menekan. Ketika itulah, dia muncul dari hujung jalan. Matanya yang bercahaya, wajah bersih, dan secangkir senyum pendeknya menyapa aku dengan ramah tanpa suara. Di tangannya terkejap Tafsir Fi Zilalil Quran, karangan Syeikh Sayyid al Qutb. Dia langsung duduk, tekun mengulit satu demi satu helaian.
Bila bas buruk berbelang hijau kuning itu sampai, kami menaikinya dan kemudian duduk sebelah-menyebelah. Aku menyapa dengan senyum pendek. Dia menyambut dengan salam, menggelar dirinya Assyaheeda, langsung bertanya mengenai diriku. Sejak itulah aku mula mengenalinya, sedang seolahnya kami sudah berabad lamanya menjalin ukhuwah di taman mardhotillah.
Assyaheeda, bakal doktor perubatan, tahun ketiga di Universiti Mujahadah Malaysia ini; UMM. Malu aku sendiri, sedang aku yang bakal bergelar ustazah tidak lama lagi pun tak sealim dia. Ilmunya benar-benar mengagumkan aku. Semangatnya mencari ilmu mencemaskan aku. Hujahnya mengasak-ngasak minda picikku.
Dia hebat! Sempurna! Muslimah sejati, harapan umati.
Aku mahu bercerita tentang kehidupan sehari-hariannya. Benar aku bukan sekamar dengannya (* kalaulah aku dapat memohon dari dahulu)., tapi sejak hati kami bertaut di laman ukhuwwah, aku kerap berkunjung ke kamarnya. Bukankah menatap wajahnya sahaja sudah mendatangkan sejuta sakinah? Masakan aku dapat membiarkan gedung ilmu itu terbiar tanpa soalan-soalan “bodoh”ku? (*Sabarnya dia melayan kerenahku yang serba-serbi jahil ini, dengan soalan maha mengarut, dengan senyuman dan lembut bicara yang mendamaikan jiwa. Walau seribu kali soalan itu kutanya!)
Kata kak Wani, Assyaheeda bangun seawal 4.00 pagi, tika masih ramai diulit mimpi. Kata Kak Wani, dia sedar langkah-langkah yang berderap lembut dan berhati-hati kepunyaan sahabatku itu akan menuju ke musolla di tingkat satu. Bila pulang sahaja, pasti tersisa jernih air di pipi mulus miliknya. Dia akan duduk di meja studynya, khusyuk menadah doa, sebelum meneruskan pembacaan buku-buku perubatan yang bertimbun di atas meja.
Kata kak Wani lagi, Assyaheeda tak pernah berenggang dengan sebuah buku kecil berbalut biru miliknya. (*Aku sedar kehadiran buku kecil yang istimewa itu.) Bila marah, pipinya akan memerah, sedang wajahnya sebenarnya berseri dengan warna itu, kerana itu sekali-sekala aku menyeru namanya dengan panggilan Humayrah. Dia tak pernah sekali-kali meninggikan suaranya.( Dia selalu mengingatkan aku; seburuk-buruk suara adalah seperti suara keldai). Bila sendiri, atau semasa kami berjalan-jalan, jika kesepian tiba-tiba mencengkam, aku selalu perhatikan dua ulas bibirnya itu terkumat-kamit, bersulam dengan nafas lembutnya.
Misterinya sahabat yang kukasihi ini, sehari bersamanya bagaikan sejam sahaja yang berlalu. Namun sejak akhir-akhir ini, aku lihat dia seolah-olah dirundung hiba yang cuba disembunyikan dalam tawa halusnya. Sesekali aku perasan ada air yang bergenang di sudut matanya yang bundar itu. Bila ditanya, dia akan membalas dengan gurauan yang menyenangkan hati. Lalu soalan aku akan berlalu sepi.
Waktu itu, kami seluruh warga kampus sibuk dengan persiapan peperiksaan akhir tahun. Aku pula tiba-tiba dibeban taklifan yang tak putus-putus. Program kampus bertali arus. Lalu kami hampir tak bertemu sepanjang minggu, sedang hatiku dicengkam rindu.
Ketika berita itu sampai kepadaku, aku jatuh dan tak sedarkan diri berhari-hari lamanya. Bila aku sedar dari pengsan, aku ingin sahaja terus pitam dan tidak lagi bangun-bangun. Seolahnya kekuatanku diragut pergi dengan pemergian Assyaheeda. Jika tidak kerana tarbiyah sahabatku itu, dan ingatanku kepada tazkirah-tazkirah yang sering menghiasi hari-hari indah kami, aku pasti aku sudah lama mati.
Berbulan lamanya aku menahan perasaan ini dengan penuh sabar , sahabatku Assyaheeda! Senyumnya, lembut bicara yang terlontar dari dua ulas bibir yang merah itu, cahaya dari matanya yang bundar terus menghantui hari-hariku. Kerinduanku padanya seolah-olah terubat, bila petang itu ummi Assyaheeda menziarahiku. Kedatangannya mendamaikan perasaan yang kucar-kacir ini, memulih semula semangatku yang terbang pergi. Akhir pertemuan di petang syahdu itu, ummi menghulurkan buku kecil berwarna biru itu.
Ya, buku kesayangan Assyaheeda yang teristimewa.
Kekasih,
Jiwa ini seakan-akan hendak punah,
Malamku akan sepi tanpaMu,
Siangku akan pudar warnanya tanpa redhoMu.
Kekasih,
Tak terdaya lagi serasanya,
Jiwaku seakan hendak pecah,
Rinduku padaMu membuak-buak,
Panas dan membakar setiap nafas yang kuhirup,
Aku rindu!
Rindu padaMu,
Kekasih,
Izinkan masa terhenti
Supaya pertemuan kita akan terjadi…
Assyaheeda, sahabat yang paling aku kasihi. Kisahmu akan aku khabarkan kepada mereka di luar sana. Muslimah yang terlalu rindu kepada Kekasihnya hingga mati kerana gila!
Sunday, April 12, 2009
salam..
hehehehe..saya kembali lagi me-rajinkan diri meng-updatekan blog ni..
kalu dah terajin sangat ni susah gak yer..
nape ngan tajuk atas tu?lain je bunyi kan..huhuh
ni saya nak citer skit aktiviti saya malam ni..
sebenarnya,saya jenis tak suka sangat kuar malam2 kalu tak ada urusan penting selain gi temankan ma saya ngan mak sedara saya kuar shopping,,sebab saya ni jenis alergik skit ngan suasana orang ramai..
tapi..malam ni terpaksalah rajin2 kan diri untuk kali ke-ntahla ke berapa tak pasti yang penting ase2nya tak sampai agi kot 5 kali ke tempat ni.
Jeng..jeng...jeng...mana ye???
tentunya kat kota bharu ni kalu tak pasar malam kat wakaf che yeh kat aner agi..
ha..betul la...itukah tempatnya..
hari ni saya temankan rakan saya kak Ruby ke wakaf che yeh untuk sesekalinya..minggu lepas dia dah pegi..tapi malam ni di ajaknya saya sebab mau tukar barang yang di belinya.......waawawawa,,,pening kepala saya...denyut2 pon tak ilang agi....nape lah jadi gitu ye..bukan setakat wakaf che yeh je jadi gini..mana2 pon selalu sangat alergik ngn pasar2 mcm ni..tapi,kalu shopping kompleks lain lak citernyer...
kalu nak cerita pasal wakaf che yeh satu page ni memang tak cukup.kalu sape2 tak penah pergi memang rugi kalu datang k.b tak singgah sini..barang2 seperti baju,kuih-muih,beg,kasut,buah2 ,,kalu nak murah kenalah pandai2 tawarkan harga..
oh ye,wakaf che yeh ni kalu tak berteman tak payah la datang yer,,,sebab nanti leh tersesat di buatnyer,,almaklumla,kedai berderet2..saya ase macam nak pitam je jalan2 laluan sama...lagi satu,hati2 pada kaum hawa,lebih2 agi anak dara huhuhu...mana lah tahu di pegang oleh lelaki tak siuman huhuh..takutnyerrrr.....tak mau pegi daaaaaahhhh..tapi tak delah sampai g2 sekali..itu saje je,,sebab saya takut jalan2 tempat gitu..dengan telatah mcm2 orang ada,bau mcm2 bau ada.........nak muntah ase,,,,adoooooooiii sakitnyer kepala......huhuhu..ape nak jadi ni..
k lah,lain kali lak saya citer ek pasal w,c,yeh,,,
ape yang penting,wakaf che yeh memang best..cuma orang macam saya je tak sesuai g tempat gitu,,sebab saya jenis tak suka tempat ranai2 orang...nanti mulalah sakit kepala,sakit kaki,demam la...hahahaahah......
p/s:sori tak leh nak snapp gambar letak sini sebab ada masalah2 tertentu..
artikel ni tiada kena mengena ngan sape2 ye..
silalah berkunjung ke wakaf che yeh.......
jom...........

Dalam kita bermujahadah untuk melaksanakan dakwah, banyak perkara yang diambil remeh atau terlepas pandang yang mungkin akan mempengaruhi dakwah gred apa yang akan kita wariskan kepada generasi seterusnya. Penulis buku Al Awaiq, Muhammad Ar Rasyid berkata, "Setiap orang akan bertindak dan memiliki sikap positif sekadar mana dia memahami erti persaudaraan. Ada yang memiliki ketinggian ukhuwwah dan ada yang gugur kerana rendahnya erti ukhuwwah dalam dirinya."
Hayati mengemas pakaiannya ke dalam "back-pack"nya, sementara menunggu laptopnya "turn-off". Kemudian, dia memperosokkan sahaja laptopnya ke dalam "back-pack"nya. Zuraida, teman sebilik Hayati memasuki bilik sambil membawa secawan kopi yang baunya semerbak sehingga memenuhi atmosfera bilik mereka.
"Awak tak tido umah malam ni ke?" tanya Zuraida.
Hayati sudah mengagak pertanyaan tersebut, lalu tersengih sahaja.
"Huhu.. Sedihnya saya tinggal sorang-sorang lagi dalam bilik malam ni, tak de orang nak tolong segarkan saya kalau mengantuk masa study," Zuraida merengek.
Hayati memakai tudungnya, sambil meniup-niup bucu tudungnya supaya kemas. "Alah awak ni, tiada keupayaan dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Doa la banyak-banyak supaya Allah segarkan awak. Kadang-kadang, saya ni menggalakkan awak tido lagi ade lah."
Zuraida mencebik. "Awak tido rumah sape pulak malam ni?"
"Rumah, err.. rumah.. Huda." Hayati teragak-agak ingin menyebut nama Huda, kerana ini merupakan kali ke 3 dalam minggu itu Hayati bermalam di rumah Huda. Huda merupakan junior kepada Hayati, dia merupakan seorang muslimah yan gmempunyai keperibadian yang tulus, walaupun masih belum memahami tanggungjawab dakwah dan masih belum memahami sepenuhnya erti islam yang syumul.
Sejak Huda baru sampai ke bumi "Down Under" ini, Hayati telah pun menjalinkan hubungan akrab dengannya. Maklumlah, sayanglah sekiranya jiwa yang baik disia-siakan potensinya.
"Awak nak ikut, Zuraida?" Hayati cuba menghangatkan suasana.
Muka Zuraida terus berubah ceria, "Boleh juga!"
Walaubagaimanapun, ada konflik yang berlaku di dalam diri Hayati, dia dapati dalam dia memenangi hati mad’unya, kadang-kadang dia terasakan seperti mengabaikan hak sahabat-sahabatnya yang lain. Walaupun begitu, sahabat-sahabat serumahnya sangat "supportive", dan sering memberi kata perangsang, serta ada kalanya sekiranya Hayati tidak sempat melaksanakan tugas mengikut "duty roster" rumah, pasti ada sahabatnya yang lain akan membantunya, terutama sekali Zuraida.
"Tunggu saya kemas barang saya kejap ye!" kelam kabut Zuraida meletakkan cawan kopinya dan terus mengemas barang serta menyalin pakaiannya.
Hayati dan Zuraida berjalan menuju ke stesen bas.
Zuraida melihat jadual bas, "Pukul 5.30 p.m baru bas sampai, sekarang baru pukul 5.15 p.m"
Hayati mengangguk, "Tak pe lah, kita dok sini dulu sembang-sembang"
Zuraida sengih lagi.
"Awak tau tak…" Zuraida memulakan bicara.
"Tak tau, hehe" Hayati berlawak.
"Tak pe lah.. tak jadi bagitau la kalau cam tu.." Zuraida terus merajuk.
"Alah, awak ni.. Saya gurau je.." Hayati cuba memujuk.
Zuraida memaksa dirinya untuk senyum kembali. Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini, dia sangat mudah terasa dengan Hayati. Jauh di lubuk hatinya, Hayati merupakan sahabat yang paling dia sayang di kalangan sahabat-sahabat serumahnya. Mungkin kerana itu dia mudah terasa dengan setiap tindak-tanduk Hayati. Namun begitu, Zuraida merupakan orang yang pandai menyembunyikan emosi di sebalik senyumannya yang kelihatan tenang.
"Awak tau tak, dalam banyak-banyak kawan kita.. Awak la yang paling saya….." belum sempat Zuraida menghabiskan ayatnya, tiba-tiba kedengaran bunyi hon dengan suatu suara kuat.
"Assalamualaikum.. Nak pegi mana tu?" Rupa-rupanya Sufiah. Sufiah "pull-over" kereta kecilnya yang berwarna merah. "Hayati, Zuraida.. Naiklah kereta saye ni. Tak sudi ke naik kereta buruk ni"
"Kami nak ke North Melbourne, are you heading that way as well?" tanya Hayati.
Zuraida yang belum sempat menghabiskan ayatnya, terkejut dengan kedatangan Sufiah. Zuraida tergelak kecil di dalam hatinya, dia terbayangkan Sufiah ibarat Mr Bean yang memandu kereta kumbang. Perbualannya dengan Hayati termati begitu sahaja.
"Come in, come in. Have a ride. I’m heading to Docklands. Boleh drop korang kat North Melbourne." Kata Sufiah.
Dalam kereta, Sufiah memasang lagu UNIC, Sahabat Sejati. Zuraida yang duduk di belakang tiba-tiba membuka bicara, "Yati, ni lagu untuk awak." Hayati senyum, "Terima Kasih". Sufiah pula mencelah, "Saya ni tak de orang nak dedicate lagu ke?". Ketiga-tiga orang sahabat tersebut tertawa.
Zuraidah memandang Hayati yang sibuk berceloteh bersama Sufiah. Zuraida mengalihkan pandangannya ke luar. Lagu terus berkumandang,
"Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini"
Mungkin Hayati tidak mendapat mesej yang ingin disampaikan oleh Zuraida.
Zuraida sangat bersyukur kepada Allah, kerana mengurniakan seorang sahabat yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Hayati merupakan sahabat fillah yang pertama yang Zuraida kenali. Hayati banyak memberi sokongan kepada Zuraida di dalam pelajaran, maklumlah Hayati pelajar yang cepat tangkap pelajaran. Namun begitu, sejak mereka melangkah ke tahun dua universiti, dan sejak mereka menerima kedatangan adik-adik baru, mereka jarang dapat menghabiskan masa bersama sepertimana dahulu. Zuraida sangat khuatir sekiranya dia ketinggalan, dari segi pelajaran, dari segi dakwah, dari segi tarbiyah, dari segi bilangan mad’u, dari segi segala segi.
Zuraida terus memerhatikan Hayati, ditenungnya sahabat itu puas-puas dan berdoa di dalam hatinya, "Ya Allah terimalah segala amal sahabat ku ini, dan ikhlaskan dia. Dan kuatkan dia sekira dia berasa lemah, dan ikhlaskan dia tatkala dia mengharapkan sesuatu selain Engkau"
Tiba-tiba, Zuraida terasa hatinya sangat lapang. Inilah yang dia mahu rasakan, selama ini perasaannya risau, sedih, bercampur-baur apabila Hayati sudah jarang bersamanya.
Benarlah seperti nasihat Kak Elin, "sekiranya kita ada rasa berat hati dengan seseorang, kita segera doakan kebaikan untuk dia, insya-Allah, syaitan yang cuba hasut kita tu akan lari lintang pukang. Dan malaikat pula akan mendoakan perkara yang sama untuk kita."
Ini membuatkan Zuraida tersedar, bahawa kebergantungan yang mutlak itu terletak pada Allah. Dan sekiranya seorang insan itu tidak diberi penghargaan, dia tetap menjadi seperti pokok. Pokok yang menurunkan buah apabila dibaling batu.
Zuraida mahu berlari seperti orang lain, berlari menuju jannah insya-Allah, sama-sama tabah dan kuat dalam membawa risalah perjuangan anbiya’. Tapi, kadang-kadang, dia letih. Kerana lupa mengukur kapasiti diri. Mungkin kerana terlupa, Allah melihat usaha seseorang, dan bukan natijahnya.
Tapi, menjadi kebiasaan manusia. Sangat mengharapkan hasil positif di depan mata.
Zuraida terkenangkan Nabi Nuh, kisah dakwahnya di dalam Al Quran. Di dalam surah Nuh, Nabi Nuh merintih kepada Allah, beratus-ratus tahun, pagi sehingga malam menyeru kaumnya, tetapi hasilnya, hanya menyebabkan kaumnya semakin jauh daripada Allah.
"Ah, masakan aku yang baru setahun jagung dalam dakwah ini, mudah sangat putus asa ," getus Zuraidah dalam hati.
Hayati melihat "rear-view mirror", ternampak muka Zuraida yang serius.
Hayati membisikkan sesuatu kepada Sufiah, dan Hayati membawa keluar "handphone"nya.
Hayati menaip sms, "Salam, Huda. Maaf akak tak jadi ke rumah awak malam ni. Ada hal sikit. Nanti akak hantar pengganti akak pergi umah awak ye, hehe."
Sufiah membuat "announcement", "Baiklah, kita dah sampai Docklands. Selamat makan aiskrim Dairy Bell, jangan lupa saya."
Zuraida tercengang, Hayati turun dari kereta dan membuka pintu belakang, lalu menarik tangan Zuraida. Zuraida tercengang, "Eh, tadi Sufiah kata dia yang nak ke Docklands." Sufiah terus memecut laju ke destinasi barunya. Kereta kecil merahnya berderum hebat.
"Jom la kita makan aiskrim sama-sama. Dah lama tak "outing" berdua," Hayati mengajak Zuraida.
Zuraida akur sahaja. Dia terasa pelik, kenapa tiba-tiba Hayati tidak jadi pergi ke rumah Huda.
Hayati membeli aiskrim Chocolate Chips, dan mengambil 2 batang sudu kayu, "Jom dok kat tepi jeti tu.."
Hayati mula bicara, "Tadi kat stesen bas, awak nak cakap sesuatu kan…."
Zuraida tersenyum sahaja.
Hayati bicara lagi, "Awak tak boleh tipu saya dengan senyum tenang awak nih…."
Zuraida tersenyum lagi. Tapi, senyuman itu diikuti dengan air mata.
"Tadi saya nak cakap lain, tapi sekarang Allah ilhamkan saya untuk cakap sesuatu yang lain kepada awak," kata Zuraida, matanya berkaca-kaca.
Hayati mengangguk, "Cakaplah.."
"Kalau awak nak masuk jannah, jangan tinggalkan saya." Zuraida berkata sambil menahan air matanya yang semakin laju.
Hayati sangat terharu. Dia tidak pernah terbayangkan bahawa ada orang yang akan berkata begitu kepadanya, Hayati tak tahu nak respon macam mana, sedangkan dia sendiri pun terhuyung-hayang dalam perjalanan mencari syurga Allah.
Maksud sepotong ayat Al Quran, " Di hari akhirat, terputus segala perhubungan kecuali orang-orang bertaqwa. " Sungguh mudah untuk bercakap soal ukhuwah islamiyah. Namun nak menzahirkannya payah, apatah lagi hendak mengukuhkannya di dalam hati.
"Saya tahu Allah beri awak banyak kelebihan berbanding saya, moga Allah melindungi saya daripada hasad dan dengki, dan moga Allah menjauhkan awak daripada ‘ujub dan riya’ ," Zuraidah menghela nafas panjang. Aiskrim Chocolate Chips tidak mampu menarik seleranya.
Hayati terpaku. Dia seakan-akan dapat membaca apa yang dirasai oleh kawannya. Benarlah seperti apa yang dia rasai selama ini, tindak-tanduknya yang banyak mengabaikan hak-hak sahabat-sahabatnya mampu mengundang virus ukhuwah.
"Saya nak minta maaf atas salah silap saya. Saya tau saya banyak tinggalkan awak sorang-sorang. I am lost myself. Kononnya keluar berdakwah tapi, banyak yang lain pula saya abaikan," Hayati mula meluahkan isi hatinya.
Zuraidah berkata, "Saya pun minta maaf, asyik kadang cebik muka. Tapi, tak perlu lah kita mengungkit salah silap kita yang dahulu. Apa yang sudah tu sudah.."
Hayati menyambung, "Betul? Kosong-kosong!"
Zuraidah pula berkatai, "Kosong-kosong!"
"Insya-Allah, kita akan saling mengigatkan. Time kena study, kita pulun habis-habisan. Time kena keluar berdakwah, kita mujahadah sehabis baik, jaga amal fardi.. Kejutkan qiyam, ingatkan supaya puasa sunat!" Hayati mula meng"list-out" perjanjian di antara mereka.
"Kena tunai hak pada semua pihak yang ada hak ke atas kita, kena berlapang dada dan menerima setiap sahabat kita seadanya, saling memperingatkan, walau kita "fastabiqul khairat", mudah-mudahan ada persaingan sihat.. dan last sekali …outing kat charcoal chicken dengan geng rumah dua minggu sekali, hehe.." Zuraida menyambung.
"Lillahi ta’ala!" Zuraida dan Hayati menyebut kalimah "kerana Allah ta’ala" serentak. Mereka tersenyum sesama sendiri.
"Jom makan aiskrim ni dah cair!!" Zuraida menyogok sesudu aiskrim kepada Hayati.
"Hehe.." Hayati tergelak kecil.
"Er… kita nak tido mana ye malam ni?" Zuraida bertanya.
"Hehe.. tak pe, kita tido kat bilik kita yang best tu lah… Sufiah tido kat umah Huda, insya-Allah" jawab Hayati. Zuraida terbayang Sufiah bersama kereta merahnya menuju ke rumah Huda. Sufiah memang seorang sahabat yang "sporting" dan lucu.
Kedua-dua sahabat itu tersenyum. Moga Allah memberkati persahabatan mereka, dan meneguhkan hati-hati mereka di atas jalan dakwah hingga bertemu denganNya. Itulah doa mereka berdua.
salam..
saya kembali...
hehhee...perasan tak kali ni dah kali ke-3 saya menukar templates .
sebabnya,templates lama tuh buat hal..mujurlah pertolongan saya masih lagi sudi di sambut oleh cik bintu cumil kita ni..terima kasih banyak2..kan dah kata,mana ada hasil kerja akma ni tak di sentuh oleh sentuhan sakti Leha walau tak sikit pon mesti banyak hahahhaa,,suka ase.apepun,mungkin,tak terbalas budi baik cik bintu tuh oleh akma...
ha,ni dok kira2 ni ..
kira2 ape??
ye lah,kira2 pasal cheese blubery cake,orea cake,sutun celup tepung,air nyiur..banyak nyer,,,sedap2 blako..
cik akma dok tunggu cik leha la..
bila agaknyer ni kita nak pekena semua ni cik leha...
eeeeiii..lamanyerrrrrrrrr..
agak2nyer,kempunan tak cik bintu tunggu itu semua...yummy......
mesti kempunan ni..
apepun,insyaallah,bila la agaknya kita akan bersua..
hanya suara,mesej dan gelak tawa je yang mengeratkan hubungan persahabtan kita..
harap2,bukan setakat ni saje ye,,,
insyaaAllah,dunia akhirat kita kekalkan hubungan persaudaraan antara kita,,
bukan sahaja buat cik Bintu,malah semua teman2 blogger saya mahupun yang baru mengenali saya...
ok,apepun,terima kasih banyak2 zaleha Hassan..
sayaang kamu
..
p/s: selamat menduduki imtihan pada teman2 yang lain..
Leha,,usaha..usaha......semoga berjaya!


