Saturday, February 28, 2009


Ya Allah,sesungguhnya diriku ini banyak kekurangan..apepun sebagai hamba-Nya di muka bumi ini aku tidak gentar untuk mengabdikan diriku pada-Nya..sesungguhnya,Dia lebih tahu apa yang daku rasakan....




kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali

sama-samalah kita mengabdikan diri pada_Nya yang mana Dia yang selayaknyauntuk kita sembah..

Friday, February 27, 2009

Alhamdulillah,Syukur kita semua kerana masih lagi bernyawa di bumi-Nya.Kini,bulan Februari bakal meninggalkan kita,Dan pasti banyak peristiwa penting dan menarik telah berlaku pada bulan ini yang akan berpenghujung esoknya 28 Februari 2009.Pasti tidak lari juga dalam bulan ini pelbagai musibah atau peristiwa yang kurang baik juga telah terjadi.Apepun..kita semua harus bersyukur dengan apa yang telah Dia berikan pada kita samada dalam keadaan kita sedar atau tidak.

Husss...dalam rancaksaya menaip pasal bulan Februari ni,saya juga amat2 bersyukur kerana pada bulan ini juga saya telah pun menyambut Hari Lahir saya yang ke-21 pada 18 Feb(Rabu)yang lepas2..dan terima kasih tidak terhingga pada rakan2 blog saya yang mengucapkan tanda syukur atas sambutan hari lahir saya terutama kepada teman blogger saya Kak Ayu iaitu @UMMI uWais sekeluarga yang juga turut meraikan ulang Tahun Perkahwinannya dan Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-2 dari saya dan tidak lupa pada sahabat saya Leha @ Bintu Hassan atas ucapan dan nasihat dan ape2 yang telah Leha kongsikan kepada Akma..dan juga kepada yang saya tidak sebutkan tu harap maaf la ye sebab nama anda harus dirahsiakan buat sementara waktu heheheheh...
apepun,walaupun ucapan anda tuh lewat (sedihnhyerrrr.kita nak adiahhhh hihihi_+++~~~x malu nyooo)tapi amat2 bermakna ucapan itu walaupun sekadar ucapan.

Jadi,sempena hujung bulan ni saya nak kongsikan sedikit tanda2 Syukur Kebahagiaan yang telah saya baca dan ambik dari sebuah majalah ilmiah pilihan saya tahun ni hehehe..

TANDA-TANDA KEBAHAGIAAN:

~apabila bertambah ilmunya,bertambahlah pula rasa syukurnya
~apabila bertambah amalnya,beransur kurang pada dunia.
~apabila bertambah harta,bertambah pula pemurahnya.
~apabila bertambah pangkat dan kedudukan ,brtambah dekat dengan orang bawahanya.

Jadi,kesimpulanya di sini,kesenangan jiwa terletak dalam sedikit berbuat buruk..Dan jika Allah mahu mendidik manusia,maka diturunkannya kesusahan dan kemudaratan..betul tak??Maka,kita semua haruslah ingat bahawa kita semua haruslah bersyukur walau ape jua sekalipun keadaan atau situasi kita sama ada susah mahupun senang..dan ramai juga antara kita yang jarang mengucapkan kata syukur ,kita perlu tahu syukur itu adalah nikmat dari Allah SWT yang telah dianugerahkan kepada kita..

~~~~(@ SYUKUR juga adalah milik Allah dan muka milik kita

p/s:jangan mengeluh hanya kerana tidak berkasut,sedangkan ada orang yang tidak mempunyai kaki..BERSYUKURLAH!

tERIMA KASIH SEMUAAAA........

Thursday, February 26, 2009

Bila sendirian fikiranku buntu
Mengingati dirimu
Dikau tiada lagi disisiku
Hatiku sayu bertambah pilu

Kasih kau inspirasiku
Kau mengajarku erti kehidupan ini
Takkan ku lupakan nasihatmu
Kerna ianya berguna untukku
Seringkali aku bedoa padaNya
Agar tabah menyusuri kehidupan ini
Ya Allah berilah ku kekuatan
Untuk tempuhi dugaan yg mencabar
Sekiranya aku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu
sebaikmu oh kasih
Byk membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yg taat kepadaNya
Walau dirimu tiada lagi
Tapi hatiku tetap padamu
Kenangan bersamamu subur mewangi
Takkan luput dari ingatanku…

;;