Tuesday, January 20, 2009


waktu itu kita sentiasa bersama..
mencari sebuah kehidupan dan cita2 yang sebenar..

Gambar ni di ambil ketika tahun 2006 bersama sahabat saya Gie,sara&dilah .Rindu sangat saat2 itu..di alam persekolah yang mengajar kita erti sebuah persahabatan ..yang mana kita semua hampir lupa akan indahnya persahabatn itu jika kita sentiasa saling memahami dan saling membantu..saat suka duka kita sentiasa kita kongsikan bersama..sesungguhnya,kita semua pernah tewas di pertengahan dan akhirnya kita bangkit jua melawan kegagalan..

semoga persahabatan kita semua mekar selamanya..

Monday, January 19, 2009

Ya Allah kau selamatkanlah aku di dunia dan akhirat..

Bismillahhirohmanirohim..
Biarlah saya kongsikan sedikit pengalaman saya kepada sahabt2 saya semua sebagai peringatan untuk kita..

Semalam..saya di datangi oleh satu mimpi di mana saya sendiri tidak pasti di mana saya dan ma saya berada.Tetapi..apa yang saya tahu saya berada di satu tempat di mana ada ramai orang. semua orang yang berada di sekeliling saya bercakap mengenai kemunculan semut api yang sangatganjil..dan ada yang menyatakan ada banjir besar (tsunami akan berlaku)..yang bakal memusnahkan segalanya..masyaAllah..tak dapat saya bayangkan sahabat2ku..
Tidak beberapa lama kemudian,banjir besar mula melanda ..saya dan ma saya sempat berlari menyelamatkan diri..sambil mulut saya tidak henti2 melaungkan Allahhuakhbar ,saya dan ma mencari2 arah untuk menyelamatkan diri kami dalam keadaan yang sangat kelam kabut anpa memikirkan orang lain..Alhamdulillah..kami selamat.
Setelah itu,ma cuna mencari ayah dan adik ku yang lain..aku hanya menemui ayah dan adik ku yang ketiga sahaja..tetapi tidak menjumpai adik2ku yang lain..Ya Tuhanku ..alhamdulliah..mereka selamat walaupun ramai yang terkorban.SubhanaAllahsedih sangat2 waktu itu..

ku sendiri tidak tahu apa makna di sebalik mimpi ku..mungkin ia sekadar mainan mimpi yang mungkin ada petanda untuk peringatan diriku atau sebaliknya..

Tetapi..masa kejadian ku..aku juga cuba mencari sahabatku,,aku samar dalam menemui sahabtku itu ttapi,aku nampak jelas ia seperti sebuah pondok tempat mengajiyang masih berkeadaan baik walau di landa banjir besar..di dalamnya kelihatan ramai pelajar pondok yang memakai baju putih..mereka kelihatanbiasa sahaja seolah2 tiada ape yang berlaku di luar sana..aku masih mencari2 sahabtaku itu..tetapi mataku terpaku ke arah seseorang yang m,irip wajahnya..aku ingin cuba ke arah nya tetapi hatiku berat..aku hanya melihat dirinya dari jauh,,tetapi dalam mimpi tuh ada seorang ustazah bertanya padaku samada pelajar di sutu atau tidak ..aku hanya menyatakan tidak ..lalu aku terus beredar ..namun,selang beberapa langkah aku kembali semula ke arah ustazah tersebut dan menanyakan samada aku di terima atau tidak untuk belajar mengaji di sana...hanya itu sahaja mimpi yang dapat aku kongsikan dengan semua..lalu ku tersedar..tiba2 hatiku menjadi begitu sayu dan sedih..air mata ini sudah tidak tertahan keluar..

ku cuba bangun tika waktu pagi yang dinihari untuk membersihkan diri dan bersujud kepada-nya yang lebih mengetahui segalanya..

mungkin ia sebuah hidayah padaku yang aku sendiri tidak tahu akan kebenarannya..
Ya Allah,sesungguhnya ,aku hanya berlindung dan berserah segalanya padamu...

Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yg ini
Melainkan dengan bermunajat kepadamu
Tiada indah suatu hari yg Aku lalui
kecuali dengan patuh kepadamu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut namamu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan kempunan mu

Ya Allah Tuhanku
Yg merubahkanku Tetapkanlah
Hatiku Moga sentiasa
Dalam Agamamu
Jua taat akan perintahmu

Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti
Yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu Dari kami

Tuhan
Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami

Sunday, January 18, 2009


salam pagi,

mendengar nama sahabat pasti kita semua keliru siapa sahabat sebenar dan kenapa ia di gelar sebagai sahabat bukan kawan atau bukan teman..
saya tahu anda semua pun pasti tahu dan ada jawapannya.
hari ni,bila saya melewati blog sahabt saya ,saya terpana seketika membaca tulisannya..apepun,mata saya terus menerus memahami dan menghayati kata-katanya dalam tulisannya itu..
namun ,tidak perlulah saya sebut namanya dan saya tahu dia pasti akan membaca tulisan saya ini.

dAn maafkan saya jika tulisan yang bakal saudari baca ini membuatkan saudari suka huhuhuh..
x la.
sebenarnya,saya dapat fahami setiap perasaan dia.kerana saya pun pernah melalui saat getir sebegitu tatkala berperang dengan situasi imtihan.Tetapi,mungkin 2007 tahun akhir saya menduduki peperiksaan besar dalam hidup saya sebagai seorang pelajar..mUNGKIN REZEKI TIDAK BERPIHAK KEPADA SAYA WALAUPUN SUDAH BERKALI2 SAYA MENCUBA SEDAYA UPAYA SAYA UNTUK BERJAYA. sesekali,bila berdepan dengan masalah begitu,saya akui saya perlukan seorang rakan yang bernama sahabat untuk memberi dorongan dan kata2 semangat buat diri saya selain ibubapa dan Dia yang Maha Esa,,
Sesunggunya,kita semua tidak lari dari di belenggu peperiksaan.

Apa yang penting ,saya mengingati kata2 teman saya katanya",utamakan apa yang patut di utamakan dahulu kerana sesal kemudian sudah tidak berguna.Sampai hari ini saya ingat kata2nya.
Dan pada sahabt2 saya yang tengah berjuang dalam peperiksaan tidak kira di mana sahaja di luar Malaysia atau di dalam mALAYSIA,buatlah yang terbaik dalam kehidupan kita kerana ia tidak akan berulang.kesilapan yang lalu usah lah di ulangi kerana ia tidak mengubah segalanya melainkan hidup kita..

Muhasabahkan diri itu penting.
Saya sendiri pernah merasakan diri ini terlalu B#%^$ sehinggakan pernah berputus asa.
walaupun sekarang,sya tidak lagi bergelar pelajar..tapi saya tidak pernah melupakan bahawa menjadi seorang pelajar itu mengajar kita erti kesungguhna yang tiada bertepi.
Cita2 saya besar dan tinggi.Namun,saya tidak akan biarkan cita2 saya berlalu begitu sahaja.Bayangkan sahabt2ku,berapa banyak sudah ibubapa kita mengeluarkan wang mereka untuk kita??mungkin tidak mampu kita membayarnya..dan kerana itulah,saya ingatkan diri saya..walaupun saya kini tidak lagi bergelar pelajar..suatu hari nati saya akan teruskan usaha saya untuk bergelar seorang pelajar kembali insyaAllah..

Apepun,buat sahabatsaya Leha,buat yang terbaik !Jauh mana sekalipun kita menimba ilmu,kita pasti akan kembali ke tempat asal kita.Kutiplah sebanyak yang mungkin ilmu itu..kerana bukan semua dapat menjejakkan kaki ke Mesir dan hanya yang terpilih sahaja yang layak ke sana. Ingatlah,harapan kedua ibubapa kita dan doa2 mereka pasti tidak putus mendoakan kejayaan anda semua di sana.

SALAM IMTIHAN!

Sekerat akar mampu kuhulur padamu
Di saat dikau terkapai dan kelemasan
Di arus hidup yang tinggal sejengkal cuma
Katamu kau tak bisa berenang ke sana

Engkaulah teman tanpa sangsi dan curiga
Setelah aku mendengar lirih ratapmu
Harumnya sekuntum melati di embunan pagi
Sewaktu kita melewati sebidang tanah perkebunan
Persahabatan

Tersasar aku di dalam mentafsir
Aksara jujur dan ketelusan yang terpamer di wajahmu
Terlalu naïf untuk ku fahami
Metafora puisi dusta dan personafikasi

Sukarnya untuk aku membuktikan
Kebenaran yang berpihak padaku
Kerna peluang langsung tiada padaku
Sedarlah aku erti senyuman
Ada dendam yang tidak pernah padam
Pada lirik matamu ada pedang tajam yang merejam
Ohh….

Terima kasih atas pengalaman itu
Mengajak aku kembali mengenal diri
Terpaksa lagi menyusuri jalan-jalan sepi
Masih bisakah kutemui sekuntum melati mewangi yang tidak berduri

;;