Saturday, January 17, 2009

salam tidak terhingga buat sahabat blogger saya leha..
kalau semua perasan,blog akma ni tetiba je berubah wajah sebab semua ni usaha leha yang mencantikkan blog akma. KALAU akama yang buat mesti x secantik air tangan leha..apepun terima kasih banyak2 leha..
p/s:Leha..sori yer..akma letak pic leha..sebab akma hargai kerja leha..terima kasih byk2.Dan akma juga doakan semog leha dapat menduduki exam dngan baik..selamat maju jaya Leha
Friday, January 16, 2009

Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa
Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita
Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kasih
ASSALAMUALIAKUM W.B.T
Dan salam kasih sayang sayang utk semua.di sini saya ingin berkongsi tentang suatu kisah kemuliaan yang diperoleh seorang anak asbab dia taat kepada ibunya...kisah ni berlaku pada zaman Rasulullah,dan ia berlanjutan sehingga selepas kewafatan Baginda Sallallahu'alaihiwasallam.
Mesti kita pernah mendengar nama ini.UWAIS QARNI.Kita akan mendengar nama ini di majlis2 agama yg menceritakan betapa taatnya Uwais,dan cintanya kepada Rasulullah.jadi jika terdapat sebarang kekhilafan disini ana mohon diperbetulkan...
Uwais Qarni adalah seorang anak muda hidup di zaman Rasulullah namun tak berkesempatan utk bertemu dengan Rasulullah.Beliau tinggal di Yaman bersama ibunya yang dah pun berumur.beliau amat kasihkan ibunya,tak pernah sekalipun beliau menyakiti hati ibunya itu.dan Uwais Qarni ini amat cintakan Rasulullah dan menyimpan harapan yg tinggi untuk bertemu Rasulullah.namun ibunya tidak mengizinkan beliau pergi kerana ia memakan masa yang panjang dan memerlukan bekalan yg mencukupi.pekerjaan Uwais sebagai seorang pengembala kambing tidaklah memberika pendapatan yg banyak,hanya memadaia utk makan dia dan ibunya.
Namun begitu Uwais tetap meyimpan hasratnya untuk pergi bertemu dengan Rasulullah.beliau terus bekerja dan menyimpan hasil pendapatannya itu.setelah sekian lama,apabila pendapatannya mencukupi untuk dirinya dan untuk ibunya yang bakal ditinggalkan,Uwais sekali lagi cuba meminta izin dari ibunya untuk pergi bertemu dengan Rasulullah.Ibunya yang amat memahami akan kehendak anaknya itu,mengizinkan Uwais pergi tapi ibunya meletakkan satu syarat.
"Apa syaratnya ibu?""Bila engkau telah sampai ke rumah Rasulullah,dan apabila kau melihat Rasulullah tiada di rumah engkau hendaklah pulang semula"Dengan perasaan penuh gembira Uwais melangkah pergi meninggalkan Yaman utk pergi bertemu dengan Rasulullah.Perjalanan yang memakan masa yang panjang itu ditempuh oleh Uwaus dengan penuh kesabaran Sekian lama berjalan akhirnya Uwais pun tiba di rumah Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam.Beliau memberi salam,dan salam itu dijawab oleh isteri Rasulullah dari dalam lantas bertanya apa yang dimahukan oleh Uwais.Uwais memberitahu niatnya ingin bertemu dengan Rasulullah. Isteri Rasulullah memberitahu bahawa rasulullah tidak ada di rumah,Baginda ketika itu berada di masjid.Lalu Uwais berpaling hendak meneruskan perjalanannya ke masjid.tetapi dengan tiba-tiba,Uwais teringat pesan ibunya,bahawa jika beliau tidak bertemu dengan Rasulullah di rumahnya beliau hendaklah pulang.Uwais tidak jadi melangkah.Sedangkan kita tahu bahawa,jarak rumah Rasulullah dengan masjid bukanlah sejauh mana.hanya bersebelahan rumah Baginda yang dipanggil Alhujurat.Namun mengenangkan pesan ibu,beliau akur...
Kedatangan kali kedua dan ketiga tidak juga mempertemukan beliau dengan Rasulullah.dengan perasaan yang amat berat Uwais melangkahkan kakinya untuk pulang ke Yaman.Bukan rezekinya untuk bertemu dengan Rasulullah.dan langkah kakinya yang diatur pulang ke Yaman didoakan penduduk langit dan bumi.diangkat darjat dan di hapuskan dosanya.berkat beliau mentaati ibunya,beliau disanjung penduduk langit dan bumi.
Rasulullah dimaklumkan dengan kedatangan anak muda iti oleh isteri Baginda.Rasulullah telah mengetahui kehebatan anak muda bernama Uwais Qarni ini.Satu nama yang amat disanjung penduduk langit dan bumi.Lantas Baginda menemui Saidina Umar&Saidina Ali dan meminta dua Sahabatnya itu mencari Uwais Qarni kerana dia merupakan antara individu yang doanya dimakbulkan Allah.Saidina Umar&Ali berjanji kepada Rasulullah akan mencari pemuda itu.
Nabi memberitahu Saidina Umar&Ali bahawa pada hari kiamat nanti semasa penghuni syurga diseru utk masuk ke dalam syurga Allah,tetapi Uwais diminta tunggu sebentar supaya dapat memberi bantuan kepada individu2 lain yang kurang pahalanya.Dengan bantuan Uwais dapatlah mereka masuk ke syurga.Selepas beberapa ketika,demi menunaikan permintaan Rasulullah yg telah wafat,Saidina Umar&Ali mencari-cari pemuda bernama Uwais Qarni.Mereka berdua sibuk melayan jemaah haji yg tiba terutamanya dari Yaman.Pada suatu hari Saidina Umar mendengar ada rombongan haji dari Yaman telah tiba.Lalu beliau telah pergi ke tempat berkumpulnya para jemaah dan beliau mendapati Saidina Ali telah berada disana.
"Ada sesiapa lagi yang masih tertinggal dari kumpulan ini selain tuan-tuan?"Tanya saidina Ali. "Tuan,tidak ada sesiapa yang tertinggal dikalangan kami ini kecuali seorang pemuda.Pemuda itu miskin dan bekerja sgb pengembala kambing kami.Dia diberi upah sebanyak 4 dirham.Saya rasa tuan tidak ada apa urusan dengannya,"jelas ketua jema'ah itu.Mendengar kata2 ketua itu,Saidina Umar bertanya,"adakah pemuda itu berambut perang kemerahan,berdada bidang,sederhana tingginya,dan sentiasa menundukkan pandangannya."Ya,tuan menyebut sifatnya dengan tepat sekali apakah tuan berdua mengenalinya?"Balas ketua jemaah itu. Saidina Umar&Ali terus beredar utk pergi mendapatkan pemuda yang dimaksudkan.Setelah mendapatkan pemuda yg sedang mengembala kambing di lembah Jabal Abu Kubais,Saidina Umar pun bertanya,"Siapakah Tuan?" "Saya pengembala kambing,"jawab pemuda itu.
"Itu pekerjaan yg baik.siapakah nama tuan?" "Saya Abdullah(Hamba Allah)"Kata saidina Ali pula,"Semua penduduk dilangit dan dibumi adalah hamba Allah.Kami ingin tahu siapakah nama tuan yg sebenarnya.
Setelah diselidik sahlah pemuda itu adalah Uwais Qarni.Saidina Umar&Ali meminta Uwais berdoa semoga Allah mengampunkan dosa2 mereka."Saya tidak pernah memohon doa utk sesiapa secara khusus.Saya memohon doa utk semua Islam,"kata Uwais."Siapakah Tuan berdua?"tanya Uwais "Ini Umar dan saya Ali Bin Abi Talib.""Ajarlah kami."Kata Saidina Umar."Usahalah bagi mendapat kasih Tuhan semasa melaksanakan perintahNya,moga2 tuan2 dikasihiNya."Balas Uwais Qarni.
"Nabi Muhammad menceritakan tentang diri tuan kepada kami bahawa Uwais adalah sebaik-baik Tabi'in.Bagaimana tuan dapat mencapai kemuliaan ini."Tanya Saidina Umar.
"Tuan beruntung berpeluang bersahabat dengan Nabi Muhammad.Tuan berbahagia dapat melihat melihat Baginda.Saya tidak dapat menikmati keistimewaan seperti itu.Saya hanya dapat melihat baginda menggunakan hati saya,manakala tuan2 dapat memandangnya dengan mata kepala sendiri.Saya hdidup dengan rasa takut pada kepada Tuhan seperti saya takut pada dosa membunuh seluruh manusia,"jelas Uwais.
Sesudah lama bercakap2 Saidina Umar menghulurkan pakaian dan wang kepada Uwais tetapi Uwais menolaknya,"Apa guna pakaian dan wang utk org seperti saya.Tuan nampak pakaian saya yg hanya diperbuat drpd bulu kambing sahaja.Dunia ini hanya dugaanNya.Takutlah pada hari kiamat dimana pada hari itu harta dan keluarga tidak dapat membantu,"jelas Uwais lagi.Uwais tidak mahu becakap lama dengan Saidina Umar&Ali walaupun keduanya sahabat Nabi.Beliau lebih suka menumpukan masanya mendekatkan diri kepada Tuhan.Setiap kata2 beliau mengandungi nasihat dan petunjuk yang berguna kepada seluruh kaum Muslimin selepasnya.
Itulah Uwais Qarni,seorang insan yang amat memuliakan ibunya hingga namanya terkenal di langit dan disebut-sebut oleh Rasulullah biarpun Baginda tidak pernah menemuinya.Wallahua'lam.
Tuesday, January 13, 2009


bait-bait lagu ni sesuai jika di tujukan untuk diri saya ini.
Hari ni Selasa 13hn Januari..hujan turun tiada tanda yang ia akan reda ..begitu jua lah apa yang saya alami hari ini.Tiada tanda dan tiada tanda hati pun ia akan berlaku..
tepat jam 12.30 saya keluar dari ofis saya untuk ambik budak2 dari sekolah.Jadi,jika sebelumnya,saya keluar tanpa bawa apa2 pun kecuali purse dan telefon saya tapi hari ini saya rasa lain macam je perasaan saya .sebelum keluar pejabat saya sempat agi berpesan kepada teman saya yang semoga saya selamat sampai balik ke ofis .Selepas pergi ambik adik2 dari sekolah..saya terus ke sekolah seterusnya tepat jam 1.12 tngahari ..waktu tuh hujan makin lebat
jadi,selepas semuanya selesai saya yang sedang memandu swicth suzuki pergilah ke destinasi seterusnya iaitu pulang ke rumah untuk makan tengahari..
saya bawa kereta sebelah kiri sebab saya bawa dalam kelajuan yang agak sederhana dalam 40-50 km ..Masa tuh saya terperasan lah sebab kereta sebelah kanan saya memang laju..tetiba tanpa sebarang signal kereta yang laju tuh masuk menghala bertentangan kereta saya..jadi tanpa sempat mengelak saya merempuh kereta proton saga tuh..Ya allah..bayangkan perasaan saya ketika itu??dan apa yang terjadi pada saya ??hanya saya saje yang tahu..
dalam keadaan panik.saya cuba membuka pintu sebelah kanan saya..tapi malangnya,pintu sebelah pemandu tidak boleh di buka...keadaan semakin panik..orang yang memandu kereta tersebut yang mengakibatkan kereta saya accident hanya buat tidak tahu setelah beberapa minit rempuhan itu berlaku...akhirnya,saa memberi isyarat hon beberapa kali kepada pemandu kereta tersebut kerana kemalangan tersebut sangat teruk..saya keluar dari pintu sebelah kiri dan terus menuju ke arah pemandu yang cuai tersebut..tanpa sebarang perasaan gugup atau takut saya keluar bersemuka dengan pak cik tersebut..memang sah dan ternyata ...mana ada orang yang buat salah mengaku yang dia bersalah..saya pada masa tuh x tau nak buat ape lagi..
saya terus mengambil no.kereta dia dan terus membuat laporan polis..dan kes ini akan di siasat nanti...
Harap2..kebenaran berpihak pada saya..apa yang penting saya selamat .Alhamdulillah..saya masih lagi bernyawa di bumi nya dan setiap yang berlaku tu saya menganggap sebagai takdir yang mungkin ada hikmah di sebalik kejadian tersebut....
jadi,selepas ni,saya haruslah berwaspada di jalan raya walaupun kecuaian yang di akibatkan oleh orang lain.
Sunday, January 11, 2009




APAKAH KITA MAMPU MENANGGUNGNYA??
Di sini saya sertakan beberapa keping gambar saudara seislam kita yang menanggung penyeksaan yang di lakukan oleh mereka yang zalim iaitu Yahudi..
sesunnguhnya,bersyukurlah kita atas apa yang telah di tentukan oleh Nya kepada kita ..mungkin,nasib kita di dunia tidak sama merasai manis dan pahit nya,teytapi akhirat kelak lah tempat kita di hitung..Renungkanlag dan bersyukurlah kita...
Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada anda. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat yang telah diberikan Allah kepada anda.
"... sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya ..." (Ibrahim: 34)
Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada anda. Dunia ini, beserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan Allah untuk anda, tetapi anda tidak pernah menyedarinya; anda menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.
"... Dia telah memberikan nikmat-nikmatnya secara sempurna kepada kalian, baik yang zahir mahupun yang batin ..." (Luqman: 20)
Anda diberi sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.
"Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?" (Ar-Rahman: 13)
Apakah anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa padahal masih banyak manusia lain yang tidak mempunyai kaki? Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak dia atas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah, padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua betisnya? Apakah anda merasai nikmat tidur dengan memenjamkan kedua mata, sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang mengganggunya? Pernahkah anda merasa senang ketika anda dapat menyantapkan makanan yang lazat dan minuman yang dingin, sementara masih banyak orang lain yang tidak dapat makan dan minum hanya kerana penyakit yang mereka deritai?
Renungkanlah! Betapa besarnya fungi pendengaran, di mana Allah menjauhkan anda dari ketulian; penglihatan anda terhindar dari kebutaan; ingatlah kulit anda yang cantik terhindar dari penyakit gatal dan kudis. Perhatikan juga fungsi otak anda! Allah telah memberikan kesihatan akal sehingga terhindar dari kegilaan yang menghinakan. Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud? Inginkan anda menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit? Apakah anda mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah anda, namun anda bisu? Apakah anda mahu menukar kedua tangan anda dengan butiran-butiran permata dan berlian, tetapi tangan anda kudung?
Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan, anda hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memilik roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak, dan kesihatan anda yang stabil.
Anda kerapkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material, padahal anda masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setumpuk kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainnya. Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukurlah!
"Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah . Apakah kalian tidak memperhatikannya? " (Adz-Dzariyat: 21)
Lihatlah diri anda, keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat, dan dunia sekeliling anda. Dan janganlah termasuk di dalam golongan:
"Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya ..." (an-Nahl: 83)
Sumber:
Laa Tahzan
Dr 'Aidh Al-Qarni

