Saturday, January 3, 2009




Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yg ini
Melainkan dengan bermunajat kepadamu
Tiada indah suatu hari yg Aku lalui
kecuali dengan patuh kepadamu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut namamu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan kempunan mu

Ya Allah Tuhanku
Yg merubahkanku Tetapkanlah
Hatiku Moga sentiasa
Dalam Agamamu
Jua taat akan perintahmu

Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti
Yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu Dari kami

Tuhan
Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami

Thursday, January 1, 2009






Nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia adalah tidak terhitung banyaknya. Jumlahnya tidak dapat disukat dan ditimbang. Ini jelas dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (Surah an-Nahl, ayat 18)

Sesungguhnya kebanyakan manusia selalunya lupa kepada nikmat Allah, kecuali apabila nikmat itu ditarik balik oleh Nya, misalnya nikmat kesihatan akan betul-betul dirasai apabila kita sakit, dan nikmat kekayaan dirasai bila jatuh miskin dan melarat, atau harta benda dan pangkat hilang dalam sekelip mata, dan lain-lain.

Mensyukuri nikmat Allah adalah wajib kepada setiap muslim, tanpa mengira kaya atau miskin. Mereka yang tidak mensyukuri nikmat Allah, adalah mereka yang tidak kasihkan Allah atau tidak tahu berterima kasih. Dalam al-Quran Allah swt berfirman maksudnya:

"Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepada Nya." - (Surah an-Nahl, ayat 144)

Oleh itu sentiasalah bersyukur dan berterima kasih di atas nikmat dikurniakan kepada kita. Dengan mensyukuri nikmat Allah, insya-Allah akan menambahkan lagi nikmat kepada kita, sebaliknya jika seseorang itu lalai atau tidak mensyukuri nikmat, Allah memberi amaran akan azab atau musibah di kemudian hari.

Firman Allah swt,maksudnya:
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku (Allah) akan tambah lagi (nikmat-Ku) kepada kamu dan sebaliknya jika kamu kufur (ingkar tidak bersyukur), maka sesungguhnya azab-Ku adalah amat pedih." - (Surah Ibrahim: 7)

Firman Allah swt yang lain,maksudnya:
“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” - (Asy Syuura:30)

Tanda seseorang itu bersyukur ialah dengan sentiasa ingat kepada Nya setiap waktu, rajin dan bersegera melakukan ibadat, sentiasa mendekatkan diri kepada-Nya, serta takut melakukan kemungkaran atau dosa.

Kebanyakan manusia tidak bersungguh atau suka bertangguh untuk melakukan perkara kebaikan, dan alasan yang biasa diberikan ialah sibuk, atau sudah merasa cukup dengan amalan yang ada, dan ada yang beranggapan amalan yang dilakukan seharian sudah cukup baik, walaupun pada hakikatnya bercanggah dengan ajaran Islam. Ini semua adalah bisikan syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia menyebabkan manusia sentiasa merasa tindakannya adalah baik.

Firman Allah swt, maksudnya:
”Iblis berkata: Ya tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesat mereka semuanya”. (Al-Hijr: 39)

Orang yang bersyukur juga tidak menyombongkan diri walaupun dikurniakan harta yang banyak atau pangkat yang tinggi, kerana manusia sebenarnya amat kerdil dan perlu bergantung kepada Allah swt. Allah swt memberi peringatan seperti berikut:

”Dan janganlah kamu berjalan di bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung” (Al-Israa’: 37)

Sempena dengan kedatangan tahun baru hijrah dan tahun baru masihi, adalah amat wajar sekali kita menzahirkan kesyukuran kepada Allah di atas nikmat Nya kepada kita, dengan menanam azam untuk meningkatkan lagi prestasi kerja dan ibadat kita. Antaranya bertekad bekerja lebih kuat dengan penuh ikhlas kerana Allah semata-mata, berusaha menambahkan ilmu agama, menyegerakan solat 5 waktu, berusaha bersolat di surau / masjid, membantu sesama Islam, membantu tenaga dan wang dalam perkara kebaikan, tidak membuang masa, tidak berbelanja secara berlebihan (untuk mewah), dan tidak menyombong diri, menjaga tutur kata, perbuatan dan pergaulan, menutup aurat, dan menjauhi segala maksiat / larangan Allah. Mudah-mudahan hari yang mendatang akan menjadikan kita lebih baik dan berkualiti. Renungkanlah Sabda Rasulullah saw:

Dari Abdullah Bin ‘Umar (RA) katanya: Telah bersabda Rasulullah saw: "Sebaik-baik orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah SWT. "

Selamat Tahun baru Hijrah dan Tahun Baru Masihi!

KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami telah beriman."("I am full of faith to Allah")sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,"
-Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA: KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah. dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembhyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
-Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ?
-Surah At-Taubat ayat 111


KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
'Cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubat ayat 129


KITA BERKATA: AKU TAK DAPAT TAHAN!!!!!!

QURAN MENJAWAB
"......dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.


Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: ”Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! “Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!”

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ‘keseronokan’ atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

# Kita terlalu banyak ‘komplen’ dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah ‘kematian’ itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: “Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak.”

Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA

Wednesday, December 31, 2008

alhamdulillah.. lama jugak saya tidak men-update blog saya ni.Maklumlah,sempena nak menyambut tahun baru 2009 ni saya pun bertambah kalut la sedikit ngn komitmen2 yang tak pernah sudah..InsyaAllah,sempena nak sambut Tahun 2009 esok ni,harap2 semua sudah mencapai hajat dan keinginan masing2 dalam mengejar arus 2008 yang bakal kita semua tinggalkan beberapa jam saje lagi.

jika nak di ceritakan banyak sudah saya lalui pengalaman 2008 yang banyak telah mendewasakan dan mematangkan diri saya ini.sYukur saya kepada-Nya kerana tahun 2008 ni saya telah diberikan banyak kesempatan untuk terus mengabdikan diri-padaNya dan Insyaalah sempena Tahun baru yang akan menjelang beberapa jam di harap kita semua menjadikan diri lebih baik dari hari semalam..

Suka duka ..pahit manis kita di 2008 dapat menjadikan satu pengalaman yang tidak akan kita semua lupakan. Dan banyak sudah peristiwa2 manis,tragis,duka telah kita semua dengar di televisyen dan mungkin telah terjadi pada diri kita, diharap kita semua dapat mengambil iktibar,pengajaran dan pedoman dengan apa yang telah kita semua lalui,,
Apepun,SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009 & semoga kita semua dapat mendidik diri dan jiwa kita agar menjadi insan yang berguna dan lebih baik dari hari sebelumnya..

P/S:
hARAP2..KEPADA SEMUA YANG MASIH TIDAK MENCAPAI AZAM 2008 TUH..BERUSAHALAH AGAR DAPAT MELAKSANAKAN AZAM 2009 YANG AKAN DATANG NI DENGAN JAYANYA...HUHUHU *'*

;;