Thursday, December 4, 2008



Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah..maka engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri..tidak mengikut segala nafsumu.Kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan Allah..tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah denganNYA

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan."

Wednesday, December 3, 2008

Tuesday, December 2, 2008

Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan ,
janganlah berdukacitakan kerana hidup ini meletihkan,sebab demikianlah hidup ini diciptakan..


"Hati ibarat sepohon pokok yang kekeringan..suburkanlah ia dengan siraman zikirullah pasti ianya mekar lantas membuah buah amal seranum halawatul iman ..usah biarkan ia layu dengan racun dunia ..Pagarilah ia dengan tembok puasa kerana puasa itu menundukkan nafsu dan mendidik jiwa.."


"Dialah yang menjadikan bumi hamparan bagimu..dan langit sebagai atap dan dialah yang menurunkan air (hujan) dari langit lalu dia hasilkan (buah-buahan) sebagai rezeki untukmu ,maka janganlah kamu mengadakan sekutu2 bagi aLLah padahal kamu mengetahuinya".

Monday, December 1, 2008

Semalam saya bersama rakan sibuk ke bandar k.b mencari peralatan membuat gelang kristtal..huhuu..mungkin ni lah hobi baru saya nanti..
dalam keadaan hujan lebat pun....saya tidak berputus asa menyusuri deretan kereta yang teramatlah sesak dan sibuk kerana waktu itu hujan sangat2 lah lebat.Tapi memandangkan saya sudah tidak sabar2 lagi belajar dari Mak uda saya ..saya redahlah jugak walaupun waktu tersebut hujan..yang buat halk pula air-cond kereta saya pula tidak berfungsi..jadi,sambil memandu tu,,terpaksalah pula saya mengelap cermin kereta yang semakin kabur..alhamdulillah...selamat jua saya sampai ke destinasi yang syaa ingin tujui..

....
jalan punya jalan,kedai CINTA yang saya pergi tu hanya ada 2 sahaja warna kristal .Saya memang tiada pilihan.
Tapi..memandangkan saya ni jenis seorang yang tidak kisah sangat,saya beli aje warna manik kristal tu hijau ngn ungu..cnatik jugak kikikiki..
saya pun terus menuju ke kg.saya dan mendapatkan mak uda saya yang baru sahaja balik bercuti dari sarawak .
mula2 belajar ..punyalah excited ..seronok.
tapi..susah nak buat gelang kristal ni..
saya buat separuh jalan saje ..sebab tak ada seni pun..cara pegang pun kaku..
akhirnya...saya suruh mak uda saya yang siapkan..
ha...sekarang,dah siap..jadi x perlulah saya habiskan berpuluh2 ringgit nak beli gelang kristal kat kedai ni kerana walaupun harga nak beli kristal pun saya dah belanjakan separuh dari harga gelang kat kedai ..tapi puas hati sangat2 huhu..

ingat saya nak letak gambar gelang yang mak uda vs saya ni ..tapi kamera pulak yang x ada..
tapi x pelah..nanti saya letakkan nanti..

ok..jumpa lagi.

p/s: ayat2 yang pening untuk d fahami huhuh

Alhamdulillah..

Akhirnya..ayah saya selamat menjalani pembedahan jantung beliau semalam..
semua ini berkat doa dari kami sekeluarga agar ayah selamat dan tidak lupa juga salam terima kasih buat keluarga uwaisamzar kerana mendoakan ayah akma..dan tidak lupa juga kepada semua yang mendoakankan kesejahteraan ayah akma agar dipermudahkan segalanya..alhamdulillah.

Sekarang ni,cuaca pun tidak menentu..di tempat saya hujan sekarang makin menjadi2 lebatnya dan tidak nampak pun yang cuaca akn cerah seperti sediakala memandangkan sekarang musim banjir..
syukur alhamdulillah la ..di kawasan saya tempat tinggi jadi tidaklah sibuk memunggah barang2 seperti tempat lain di sekitar kota bharu yang sekarang sudah pun di naiki air kerana banjir..harap2 tahun ini,tidak adalah mangsa terkorban dek kerana banjir ..kerana setiap tahun mansa korban sentiasa meningkat.
Jadi,kepada mereka yang berada dikawasan yang bakal menjdi banjir besar,berwaspada dan berhati2lah kerana malang tidak berbau..dan syangilah diri sendiri dan orang tersayang kerana nyawa jua tidak boleh bertukar ganti dan di jual beli..

Oleh itu,sambutlah salam manis dan sayang dari saya kepada semua..

;;