Saturday, November 8, 2008

Aku tergamam metah. Kehadirannya merencatkan asyikku melayari bacaan novel Tidak Secerah Mentari, karya Ramlee Abu Saleem. Penulis yang sedang meningkat naik dalam arus penulisan novel di negara ini. Lantas kututup novel itu. Was-was serentak menggugahi aspal hati sehingga aku terkial-kial membetulkan tempat dudukku. Sememangnya kehadiran diri itu menarik hati yang tajarrud, lalu menginjak tanah nostalgia yang masih menyelubungi ingatanku.
Diakah itu??. Lelaki yang meninggalkan aku setelah dua tahun kami bersama. Juzaili??
Ah, nama itu kembali menghantui mandala ingatanku. Nostalgia lalu bagai terbayang di tubir mata.
Wajahnya saling tak tumpah. Dua mata yang redup dengan alur bibir yang kecil molek menjadi pusat renunganku buat beberapa saat. Aku mematikan seluruh deria rasa untuk kembali menumpukan ke arah wajah itu. Seluruh deria rasa yang tertumpu itu cuba menikmati kemanisan persahabatan yang nyata sudah terkikis dan sepahit hempedu.
Ada orang disebelah ni?
tanyanya lembut dengan senyuman yang membuatkan aspal hatiku hampir gugur.
Tak, duduklah kalau nombor tiket awak di sini
jawabku acuh tak acuh sambil cuba menyembunyikan resah yang bersarang di hati.
Perjalanan dari Johor Bharu ke Kuala Lumpur kali ini ku rasakan pasti menjadi begitu lama. Kenapa setelah enam bulan dan setelah ku berjaya untuk melupakannya, tika ini dia muncul kembali. Aku terus berperang dengan hati.
Aku kembali menggapai novel. Cuba mengkhusyu’kan kembali bacaan yang terganggu. Tapi mataku masih gatal mahu menjeling jejaka disebelah. Bukan kerana aku sudah terpikat, tapi mahu memastikan sama ada diakah orang yang kurindui selama berbulan ini.
Matanya pantas mengikat sinar resah di korneaku. Dia tersenyum lagi. Tiada perkataan yang keluar dari mulutnya. Bisukah dia?. Ah, lelaki memang begini. Menunjuk ego pada wanita sepertiku. Atau mungkin juga dia segan untuk memulakan bicara denganku. Maklumlah dengan pakaiannya yang bagai pak imam masjid takkan mungkin mahu berbicara denganku. Aku kembali berhusnuzdhan dengan kelakuannya.
Aku kembali menyoroti wajahnya. Masih tersenyum seperti tadi dengan mata yang sudah terkatup. Sudah lena di ulit mimpi rupanya. Mungkin kepenatan atau mungkin juga cuba untuk menyimpan tenaga sebelum berkelana di bandar besar nanti.
Aku tertancap pada tahi lalat di sebelah alur bibir kanannya. Juzaili???!! Memang dia. Walau sudah enam bulan tidak bertemu, aku masih lagi dapat mengecam akan wajahnya. Nampak seperti wujud sedikit perbezaan walaupun aku tak pasti di mana.
Darah berlari laju. Keluar masuk dari kamar aurikel dan ventrikel, lalu bersimpang-siur ke segenap sel. Vena dan aorta tidak lagi macat. Hatiku kembali digetis resah. Rona mendung berjangkit ke wajah.
Aku tidak tahu apa punca. Dia tiba -tiba meminta perhubungan kami diputuskan. Apatah lagi meminta aku terus melupakan segala nostalgia yang kami lalui bersama. Dia mahu aku membuang semua kenangan yang berkaitan dengannya.
Aku cuba memuhasabah diri, mencari justifikasi tindakannya yang mengorbankan ikatan cinta yang terjalin sekian lama. Aku menekur sejarah perjalanan cinta yang mekar seusia dua tahun itu. Aku terkedu, menggapai-gapai punca yang dirasakan berpilin-pilin. Sungguh, aku tidak menemukan sebab yang meretakkan cermin cinta dan kasih kami.
Aku sememangnya bersyukur ditakdirkan bertemu dengannya. Bantuan dan budinya bukan sedikit padaku. Merenung kembali sejarahku sebelum ini, aku rasa dia seperti malaikat yang turun ke bumi untuk memimpinku. Tapi kenapa sesudah dua tahun dia meminta hubungan ini diputuskan?. Aku terus khilaf dalam diriku sendiri.
Aku melemparkan tubuh ke kerusi bas. Entah apa yang patut kukatakan tentang bas ini. Dari luar kuperhatikan sungguh menarik dan mempersonakan tapi di dalamnya sungguh mengejutkanku. Jangan menghakim seseorang hanya dari luarannya sahaja. Aku bermonolog sendirian. Adakah ini juga pandangannya terhadapku setelah dia kurasakan sudah sangat mengenali diriku selama dua tahun ini.
Sejuk dari hawa dingin bas menjarah epidermis diri. Sambil memperkemaskan rangkulan baju sejuk, aku melemparkan pandangan keluar tingkap. Melihat indahnya ciptaan Al-Khaliq. Mata ku menggomol bukit menghijau yang kininya sudah bertukar rupa. Ditelanjangi oleh mereka yang gilakan pembangunan dan kekayaan hingga merosakkan keindahan dan kestabilan alam semulajadi. Manusia memang mudah melupakan budi. Bila sudah susah baru mahu beringat.Ah, aku seperti cuba melepaskan geramku padanya. Hati ku kembali bergetar. Radang menjentik. Kebencian mula menyala.
Ya Allah..astagfiruLlah al azim
aku beristighfar panjang mengenangkan kemarahanku tadi. Mungkin dia ada masalah. Tapi kenapa tidak berkongsi bersama denganku.
Mengenang kembali detik pertemuan dengannya membuatkan hatiku hiba. Hobi bersembang dalam IRC di internet menemukan aku dengan seorang lelaki yang akhirnya telah banyak merubah hidupku. Setelah mendapat hidayah daripada al-Khaliq, aku cukup bersyukur apabila ada orang yang sudi membantuku dari seorang yang tidak punya apa jua ilmu agama kepada manusia yang sekurang-kurangnya mampu menunaikan tanggungjawab pada Ilahi.
Hidup di Bandaraya Kuala Lumpur memang menyeronokkan. Sebagai anak orang berada dan lebih – lebih lagi apabila bapaku punya jawatan yang tinggi dalam kerajaan, hidup ini dirasakan cukup bebas. Bebas bergaul, bebas bergerak , bebas membeli apa yang dihajati dan bebas segala – galanya kerana tiada siapa yang akan menghalangku.
Bergaul dengan rakan-rakan yang juga senasib denganku membuatkan aku bertindak liar. Setiap malam kami akan menyelusuri cahaya malam Bandaraya Kuala Lumpur dengan berhibur di disko-disko yang halal yakni disko yang berlesen. Katakan sahaja kelab mana yang tidak kami jelajahi. Modestos, Orange House dan berbagai-bagai lagi rumah syaitan telah kami makmurkan.
Buuuummm!!!
Gertakan guruh di langit mematikan lamunanku. Hujan makin menggasak, keras memukul bumi. Makcik dihadapan ku cuba mententeramkan anaknya yang menangis tergegau amat. Jejaka disebelah tempat dudukku juga terperanjat. Tapi beberapa tika kemudian ku perhatikan dia kembali menjejaki mimpinya yang mungkin terganggu sebentar tadi. Aku juga kembali mengimbau nostalgia malam yang telah memberi sinar baru dalam hidupku.
Semuanya bermula pada malam itu, setelah penat berhibur dan membuat ma’siat di disko, aku pulang ke rumah dengan kepala yang berpinar. Panas yang menjalar hingga ke epidermis membuatkan aku keluar ke beranda bagi menyejukkan tubuh.
Dari beranda rumah di Taman Tun Dr. Ismail, kawasan perumahan elit di pinggir bandaraya, aku melemparkan pandangan ke segenap kota Kuala Lumpur yang masih disinari pancaran mentol-mentol yang bewarna-warni. Mataku menyoroti bayang-bayang dalam kegelapan. Lantas tertancap pada sepasang manusia yang sedang mabuk dan bercumbuan sambil berbaring di atas jalan betul-betul di hadapan rumahku. Tanpa segan silu ku petia mereka melakukan pekerjaan yang terkutuk.
Benar Firman Allah. Manusia akhir zaman ini sudah tidak ada sifat malu dalam diri. Perkara - perkara maksiat dilakukan secara terang-terangan dan siapa yang melakukannya akan dipuji dan dipuja bagai pahlawan yang memenangi peperangan.
Serentak petir memanah bumi, aku terperanjat lantas terherot ke tepi. Mataku terus ke arah panahan petir tadi, sebatang pokok menjadi mangsanya. Batang pokok yang selama ini gagah berdiri akhirnya tumbang menyembah bumi dan hampir-hampir meragut dua nyawa. Bertempiaran lari si jantan dan betina tanpa seurat benang di tubuh. Mungkin Allah masih membuka peluang untuk mereka bertaubat atau sekadar kiasan untuk aku supaya membuka apsal hati yang terlalu ladah ini agar disucikan kembali.
Bagai robot yang diprogramkan, kakiku pantas menuju ke bilik air. Bukan untuk mandi atau membasuh muka seperti acapkali yang kulakukan. Tapi kali ini dengan kesedaran yang muncul dalam atma, aku meladeni wudhu dengan khusyu’. Terasa sejuk mencengkam seluruh tubuh yang sudah lama tidak basah menerima air wudhu’
Usai berwudhu’ aku segara menuju ke bilik. Tangan pantas membuka almari dan terus mencari telekung. Ah,jauh terperosok daripada pakaian-pakaian lain yang lebih mendapat tempat di tubuhku. Masih terasa bau tangan Mak Jah. Wanita yang cukup bersemangat dan berhati waja.
Teringat tika dia bercerita dihalau keluarga kerana sudah bertukar agama kepada Islam yang agung dari agama nenek moyangnya. Kisah dia disiksa supaya meninggalkan Islam. Hatiku bagai dikelar bila mendengar penderitaannya. Lari dan akhirnya diambil sebagai pengasuhku oleh keluargaku.
Dialah yang mengajarku kiam menghadap Ilahi, sesuatu yang tidak pernah ku terima daripada kedua orang tuaku. Tapi sejak Mak Jah atau Khadijah Habibah meninggalkan ku sekeluarga setelah mengalami strok, aku langsung lupa dan alpa. Langsung segala apa yang diperolehi daripadanya berkubur begitu sahaja.
Sejak malam itu aku sememangnya mencari sahabat untuk berkongsi dan tika itu muncul Juzaili. Walaupun hanya melalui email, dia telah banyak membantuku. Setelah berjumpa tiga kali ketika di universiti, akhirnya aku menerima lamarannya yang ingin menjadikanku suri rumahnya yang solehah.
Janji itu yang ku pegang begitu lama. Tapi tika itu aku seperti terhutang budi dengannya. "Ah,mungkin aku yang tidak ikhlas berhubungan dengannya sebelum ini.Mungkin ini balasan Allah padaku."aku terus bermonolog sendirian.
Aku bukanlah alim, tetapi aku mengetahui, yang aku sudah memenuhi tuntutan syariat. Meski berbaju kurung, tetapi aku sudah pun menutup aurat. Meski bertudung tiga segi, tetapi hujungnya sudah melindungi dada ku. Apa yang kupelajari, wajah dan tapak tangan dikecualikan daripada pengertian aurat. Justeru berdasarkan perpekstif itulah, maka aku masih berpakaian seperti sekarang ini, baju kurung dan tudung tiga segi yang masih menutupi dada.
Atau adakah kerana aku begitu aktif di universiti yang menyebabkan aku banyak bersosial dengan wanita dan lelaki lain menyebabkan dia tawar hati padaku. Aku masih tahu batas-batas agama sehingga sekarang aku masih lagi berkostum hijab dan yang paling penting aku jua tahu muamalah dalam Islam.
Kawan ku, Liyana cuba menghasutku.
Kau terlalu beku dalam perhubungan kalian. Lihatlah aku, merelakan diri dikucup dan diraba, hingga menjelajah ke pelusuk terlarang.
Aku terkasima sebentar. Aku menjenggil mata, serapuh itukah nilai diri?
Liyana ketawa menggilai,
"ala bukannya luak pun. Hanya setakat dikucup dan diraba, tidak sehingga menerobos hingga ke ...
Aku pantas tutup telinga, tidak mahu mendengar kalimat selancang itu. Apakah maruah itu pada selaput dara? Apakah kerana selaput dara tidak diterobos, tetapi seluruh penjuru berbukit dan berlurah sudah dijarah, maka masih wujud maruah diri?
Bagi ku, selaput itu bukanlah maruah pada hakikatnya. Selaput itu hanya sebahagian petanda wujudnya maruah. Apabila wanita merelakan diri dicumbu tangan dan bibir lelaki tanpa ikatan yang sah, tidak ada gunanya maruah meski selaput yang tipis itu masih terjaga. Pantas sejak itu aku tidak serapat dulu dengan Liyana. Dia bukan penasihat yang secocok denganku.
Hujan masih kuat turun ke bumi. Perjalanan bas nampak perlahan. Mungkin terganggu dengan hujan yang lebat membasah bumi.
"Lebuhraya sebesar ini pun jammed, apatah lagi eritrosit, leukosit dan platlet tersedu-sedu sepanjang lebuh raya yang sendat di vena dan aorta" fikirku.
Kami menghampiri kota kosmopolitan yang cukup ampuh di negara ini. Cahaya berkilauan dari mentol - mentol di sekitar bandaraya ini mengganggu penglihatanku. Tatkala aku meredupkan pandanganku keluar tingkap, aku terpandang pada seseorang yang berwajah seperti Juzaili. Seorang lagi pelanduk yang serupa??!!
Tapi belum sempat impuls dari mataku sampai ke serebelum, aku sudah terlebih dahulu menjerit tegang.
"Juzaili!!!!!".
Aku mewa. Perlahan segumpal nafas menerpa keluar mengikut rongga hidung.
"Kenapa ni??..awak bermimpi??"
terus - terusan dia menyerangku dengan soalan- soalannya. Mungkin marah tidurnya diganggu atau mungkin juga malu apabila semua mata menghala kepada kami.
Aku diam. Suasana sepi seketika. Cuma kedengaran bunyi renik hujan menghentam badan bas ekspress ini.
Aku menyimpul kekuatan sebelum mahu memulakan bicara.
"Maaf menyusahkan saudara. Saya bermimpi terjumpa sahabat lama".
Aku cuba menyusun kata agar dia faham.
"Wajahnya mirip saudara. Ah, bukan itu sahaja, ulah saudara persis dirinya"
Aku luahkan segala yang terbuku di hati tapi tetap berhati-hati.
Dia diam dan senyuman masih lagi lekap di alur bibirnya. Ah, senyuman itu membuatkan atmaku kembali tegang. Matanya lantas mencerunkan pandangan pada wajah dan tubuhku. Tidak betah ku diperlakukan sedemikian.
Dia bersuara akhirnya.
"Juzaili?..Dia itukah yang awak mimpikan?"
soalnya perlahan tapi cukup membuat dadaku berombak laju. Dia masih tersenyum. Mirip sungguh dengan Juzaili yang juga punyai lesung pipit.
"Ya..Juzaili Johan. Kami pernah bersahabat sebelum ini. Tapi akhirnya dia menghilangkan diri enam bulan yang lalu. Malah dia menyuruh saya melupakannya."
lancar suaraku melewati kerongkong bersama hembusan nafas kelegaan. Aku juga tidak tahu dari mana datangnya kekuatan untuk membuka kisah sengsara ini.
Dia masih tersenyum. ‘
"Ah, jangan kau seksa aku dengan senyumanmu itu."
marahku dalam hati.
"Juzaili Johan Bin Esqandar Merza?? Diakah yang awak katakan tadi??"
katanya perlahan tapi cukup membuatkan aku tersentak.
"Dari mana dia tahu nama penuh Juzaili? Adakah dia lelaki yang aku rindukan itu"
aku berfikir sendiri. Aku melarikan pandangan keluar tingkap. Disebelah kananku rupanya Penjara Pudu. Bermakna tidak sampai sepuluh minit lagi kami pasti akan tiba ke Puduraya. Sekilas aku kembali menoleh ke arah lelaki disebelah.
"Saya Jumaizi, abang kembar kepada Juzaili."
jelasnya dan sudah pasti mengejutkanku. Dua tahun bersama dia masih banyak rahsianya yang belum lagi kuterokai.
"Saya ke Johor Bharu ini pun sebenarnya untuk mencari awak, ukhti Mawaddatul Nur Zulaikha. Di UTM saya dikhabarkan yang awak sudah pulang bercuti. Jadi saya ingin pulang kembali ke Ipoh. Tapi tak sangka Allah pertemukan kita dalam bas ini. Saya banyak mendengar kisah awak daripada adik saya. Suka,duka dan sebagainya. Tapi sayang awak dan dia memang tiada jodoh. Semuanya takdir Allah yang esa. DIA yang mengatur segalanya dan DIA jua tahu apa hikmahnya"
ceritanya panjang lebar.
Aku tersentak. Bibir terengket. Mata terkedip. Tangkai hati terjerut. Katanya tadi kami memang tiada jodoh.
"Kenapa dengan Juzaili sebenarnya abang?" aku memberanikan diri memanggilnya dengan panggilan abang justeru dia abang kandung Juzaili.
"Dia, dia, dia telah meninggalkan kita semua sebulan yang lalu. Dia menghidap barah otak."
perlahan, tapi cukup membuatkan denyutan jantungku terhenti seketika.
Aku tergegau lagi. Tangkai atmaku terjerut. Aku membisu. Terkilan kerana langsung tidak diberitahu olehnya sendiri. Pandanganku berbalam-balam, bukan tempias hujan, tetapi renik air mata bergentayangan di kelopak. Begitu mudah mengheret emosi di aspal hati, lalu membiarkan air mata mulai merembes turun ke pipi dan jatuh ke bawah setelah menyentuh hujung dagu.
"Turun!!...Turun!!.." suara pemandu bas yang kuat menyuruh kami turun mengejutkanku. Kami sudah tiba di Puduraya rupanya. Terasa begitu pantas masa berlalu.
Aku masih tergamam amat. Masih sukar mempercayai lelaki yang kucintai sudah lebih awal pulang menghadap Ilahi.
"Saya diamanahkan untuk menyampaikan surat ini."
lantas sekeping kertas kecil diletakkan di sebelah tubuhku.
"Harap awak bersabar dan teruskan perjuangan. Dia sememangnya tidak mahu awak terluka dan hilang pertimbangan untuk meneruskan tajdid hidup awak. Hijrahlah untuk Allah dan Rasulnya. Jadilah seperti Sumayyah dan Masyitah dan katanya lagi ambillah iktibar dari perjuangan Khadijah Habibah. Saya mahu beransur, kembali meneruskan perkelanaan ini".
Aku diam. Terus membisu. Mataku menyoroti pergerakannya turun dari bas dan sehingga bayangnya menghilang ditengah- tengah orang ramai di Puduraya.
Perlahan ku buka kertas yang mengandungi nota itu. Tulisan akhir kalam Juzaili sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Assalamualaikum WarahnatulLah Wabarakatuh....
Buat Mawaddatul Nur Zulaikha yang kucintai, aku pohon berjuta kemaafan kerana merahsiakan perkara ini. Aku mahu dirimu terus berjuang di jalan ini walaupun pahit tanpaku. Sebenarnya aku mahu engkau membiasakan diri berjuang tanpa bantuanku dan yang paling penting bukan keranaku. Semoga Allah akan menjagamu...Berdiri dan bermujahadahlah seperti Sumayyah dan Khadijah Habibah!!"
- juzaili johan esqandar merza -
Aku beristighfar panjang. Dalam hati pohon bebanyak kemaafan terutama apabila aku menaruh syak wasangka dan su’uzdhan pada dirinya.
Aku tersepa di kerusi bas. Angin dingin berpuput lembut masuk, lalu hinggap ke tubuh. Aku lantas bangkit. Pawana itu kemudiannya lekas menyusup keluar. Keluar bersama – sama tubuh dan semangatku yang kembali tercerna.
"Aku Mawaddatul Nur Zulaikha akan meneruskan tajdid demi menegakkan dan menyemarakkan api perjuangan Islam"
Friday, November 7, 2008

cinta tak pernah buta
Wan mengeluh lagi. Entah kali keberapa perenggan itu diulang baca. Satu apa pun tak terpahat di fikirannya. Jam 10.00 malam. Sudah lama masuk waktu Insya’, tapi belum lagi ditunaikan fardhu itu. Irama dari radio rancak sedari tadi. Nasyid pop; unsur cinta, meluru masuk ke telinganya. Berdentum-dentum, membuai-buai ingatan Wan. Tiba-tiba, dia menutup buku. Menoleh ke kanan, ke kiri; meregang otot di leher. Lalu bangun berdiri, menuju ke katil. Novel “ Mahligai Kasih” nukilan Sari Maysuri dibelek.
“ Eh, dah habis study Wan? Cepatnya! Tadi aku nampak kau baru pegang buku tu, tak sampai 20 minit pun,” sapa Jamilah. Gadis tinggi lampai. Rambut perang. Baju singkat, nampak pusat.
“Tahla, satu apa pun tak masuk.” Wan mengeliat kemalasan. Kalendar di sebelah dilihat sekilas, lagi sebulan. Peperiksaan pertengahan penggal.
“ Aii, apa nak jadi dengan kau ni. Itulah asyik ingatkan si dia saja. Aku tak sukalah kau macam ni. Susah hati sebab lelaki, menangis pun sebab lelaki. Heii, geram betul aku. Bukan sikit kawan-kawan aku yang merana sebab lelaki ni. Kita ni perempuan, perempuan kena ego jugak. Jangan bagi jantan pijak kepala kita!”
“ Yalah, yalah… aku tahu. Tak ada apa-apalah. Aku, kalau dia jumpa orang yang lebih baik daripada aku pun, aku tak kisah. Ni kan taqdir. Jodoh maut di tangan Tuhan.”
“ Aii, pening aku tengok kamu berdua ni. Bercinta macam orang tak bercinta! Ni aku nak keluar ni, kau nak pesan apa-apa?”
Wan menggeleng lesu. Dikerling kelibat Jamilah yang menghilang di sebalik daun pintu. Wan bingkas bangun menuju ke tandas, menyempurnakan wudhu’. Benar, sejak akhir-akhir ini dia semakin acapkali solat tidak di awal waktunya. Malah sudah pandai solat di kamar sendirian.
……………………………………………………………………………………………
“ Why we cannot sit together with the boys at the canteen? It’s not a wrong thing. Besides, nothing will happen. Kami tak rasa apa-apa pun. Kami bukan bercinta!” Yanti menempelak keras. Agak emosi. Nampak gelora di mata. Berapi-api.
“ Tak. Bukan saya kata tak boleh. Boleh, tapi atas sebab-sebab yang dibenarkan syariat. Adab kena jaga. Mata, telinga, kata-kata yang keluar dari bibir ni pun kena jaga,” Wan senyum. Jari telunjuk di bibir. Lembut suaranya.
“ I’m not satisfied”
Degilnya budak ni! Bisik Wan. Hatinya menggerutu geram.
Hati yang ego, konon arif. Benarlah, kata-kata di dalam hatinya itu kembali menghukum empunya diri. Tuhan Maha Adil. Jangan menilai, jangan ada benci, ukur baca di badan sendiri!
Sebak. Hati Wan menangis. Entah sebab apa. Selalu saja termenung. Dan tiba-tiba menangis. Dia resah bagai banduan yang menunggu hukuman mati. Satu-persatu ayat dalam kitab itu dibaca;
Cinta adalah penyakit. Penyakit hati. Yang pelik, namun ada ubatnya. Mencintai rupa lahiriyah hanya menimpa kalbu yang hampa dari mencintai Allah Taala, yang telah berpaling dan menggantungkan diri kepada selain-Nya. Seandainya hati dipenuhi kecintaan terhadap Allah SWT dan rindu pada perjumpaanNya, maka akan tertolaklah penyakit tersebut.
Perbualannya bersama Solehah terngiang-ngiang. Sahabat itu banyak menyimpan rahsianya. Solehah, seperti orangnya. Dengan jernih paras, tudung bulat dan senyum menawan.
“ Ana tak tahan lagi Solehah. Ana bukan jemu, ana bukan benci. Ana tahu ana boleh setia. Tapi ana takut…ana takut, ana nak lepaskan diri dari ikatan ini, belenggu ini..tapi ana tak kuat!”
Air mata menitis lagi.
Rasulullah bersabda,”Wahai para pemuda, siapa di antara kamu yang mampu kahwin, kahwinlah; dan siapa yang belum mampu, maka berpuasalah. Sebab puasa itu mempunyai wija’ ( perlindungan daripada dorongan hawa nafsu)
Apa penawar cinta bila ia telah melekat di celah-celah sanubari?
Solehah merenung sahabat akrabnya, tunak. Simpati memeluk tangkai hati.
“ Ana takut dengan ikatan yang tak dihalalkan ini. Ana risau, kalau-kalau dia berubah. Ana bimbang, kalau-kalau ana sendiri turut tertarik. Ana mahu bimbingi dia. Ana sayang dia, sungguh-sungguh. Betul!”
Wan sudah teresak-esak.
“ Tapi ana tak kuat. Kami semakin jauh! Ana dah gadai semua prinsip ana. Segalanya sudah jadi milik dia. Hati ini, rindu ini, malah setiap nafas yang ana sedut; semuanya ada terpancar namanya!”
Astaghfirullahal’azim. Solehah mengurut-ngurut dadanya. Terkejut. Kecewa. Keduanya berbaur. Tapi bibirnya tetap membisu.
“ Ana tak sampai hati Leha. Tergamakkah melukakan hati orang yang kita sayangi? Lebih-lebih lagi ana dahulu yang menabur janji…Tapi ana takut!”
“ Apa yang enti takutkan Wan?” Solehah mula berbicara. Persis sang peguam menyoal pesalah.
“ Ana takut..ana takutkan sesuatu..tapi tak kelihatan apa sebenarnya. Samar-samar”
“ Enti takut akan pandangan masyarakat?”
“ Entahlah”
“ Apa yang nak dirunsingkan. Zaman ini sudah menghalalkan segala-galanya. Cinta muda-mudi kan sudah menjadi satu kebiasaan. Malah benda yang pelik pula jika tak punya pacar,” bakal ustazah itu mula memprovok. Pura-pura . Berlagak tenang.
“ Ana rasa bukan ini aturannya. Tak tercatat pada manual. Pada panduan yang patut ana buat. Ya, benar!”
Solehah senyum. Hatinya juga.
………………………………………………………
Ubat cinta mahsyuk.
1. Jika pencinta itu berusaha untuk mendapatkan apa yang dicintainya sesuai dgn kemampuan dan syariat, maka inilah ubatnya. Seperti yang disebutkan di dalam hadith Bukhari dan Muslim, hadis dari Ibn. Masud ra berkata; Rasulullah bersabda,
Wahai para pemuda, siapa di antara kamu yang mampu kahwin, kahwinlah; dan siapa yang belum mampu, maka berpuasalah. Sebab puasa itu mempunyai wija’ ( perlindungan daripada dorongqan hawa nafsu)
Diriwayatkan oleh Ibn Majah dari Ibn. Abbas ra, Nabi SAW bersabda;
Tidak kami melihat sesuatu yang lebih baik bagi dua orang yang saling mencintai seperti pernikahan.
2. Jika tidak ada jalan bagi sang pencinta itu untuk mendapat orang yang dicintainya, baik dari segi kemampuan, mahupun syariat (dan ini adalah penyakit kronik) maka rawatnnya adalah;dengan menanamkan dalm jiwanya perasaan putus asa terhadapnya. Kerana bila jiwa merasa putus asa terhadap sesuatu, maka ia akan bebas dari belenggunya, dan ia akan berpaling darinya.
Seandainya penyakit asyik ini tidak hilang dengan rasa putus asa, maka bererti orang yang ditimpa itu mengalami gangguan dalam hatinya. Kerana itu perlu diberi rawatan kepada akalnya. Sebab tergantungnya kalbu pada sesuatu yang sudah diyakini tidak akan diperoleh adalah termasuk salah satu dari jenis gila. Orang yang demikian itu ibarat orang yang rindukan mentari, di mana jiwanya melayang-layang.
Jika hubungan itu terhalang dari segi syarat dan kemampuan, maka segala sesuatu yang tidak diperkenankan Allah itu caranya adalah dengan menjauhinya.
Seandainya nafsu ammarahnya tidak mahu menerima alasan di atas, maka ia harus memilih antara dua pilihan; kosyyah ( takut) atau kehilangan yang lebih dicintai, lebih bermanfaat, lebih baik dan lebih kekal kelazatan dan kesenangannya.
Sesungguhnya orang yang berakal itu, bila disuruh memilih antara dua pilihan yang satu cepat hilangnya, sedang yang lain lebih agung, lebih bermanfaat dan lebih abadi; maka ia tentu tidak akan mengorbankan kelazatan abadi itu dengan kelazatan sementara yang dapat berubah-ubah.
Jika rawatan di atas masih juga tidak berkesan, maka ia harus memikirkan keburukan-keburukan yang akan timbul akibatnya. Jika tidak juga hilang, maka ia harus memikirkan keburukan-keburukan serta kekurangan orang yang dicintainya itu. Kerana biasanya yang mendatangkan cinta itu adalah keelokan orang yang dicintai. Jika semua rawatan ini tidak juga memberikan hasil yang memuaskan, maka ia harus menyerahkan diri kepada Allah, meminta pertolongan dan petunjuk.
Catatan Solehah. Wan tekun membacanya.
“ Ana tak cukup kuat. Ana tak mahu lukakan hatinya..Ana sayang dia. Sayang sungguh-sungguh.”
“ Enti kata ni sayang!? Sayangkah kita kalau kita mengheret orang yang kita sayangi ke lembah hina? Enti menambah lagi dosanya! Enti tak nampak lagikah?”
“ Ana berserah pada Allah. Ana akan ikut apa yang tersurat”
“ Ana tak sangka ana ada sahabat yang mudah berputus-asa. Terangkan padanya. Dia harus faham. Dia patut. Dia tiada haq! Patutkah diteruskan hubungan andai ia membawa kepada maksiat!”
Wan teresak.
“ Ini! Hati ni Wan! Hati ini yang kita wajib pelihara. Amal kita, cinta kita, segalanya hanya layak untuk Yang Satu itu!”
Wan kian menunduk. Air mata tak putus-putus!
“ Terangkan kepadanya. Satu-satu. Moga dia faham yang perjalanan masih jauh. Ana mahu enti berlari, selaju yang boleh. Dan ana akan terus memberi sorakan di tepi padang!”
Air mata terus mengalir lesu.
“ Wan sayang, cinta tak pernah buta. Kita sebenarnya yang buta dalam menilai cinta. Cinta Ilahi kasih yang tak bertepi. Jangan gundah, sebab jika sinar cinta itu menyinari hidup kita, selamanya tak mungkin ada luka. Percayalah!”
Wan Rabiatul Adawiyah mendongak. Solehah mengangguk. Senyum dua sahabat itu mengiringi fajar yang kian menyingsing.
basmalah
Adam! Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.
Adam! Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya pada akhir zaman. Itulah ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia dengan darah dan kacau bilaulah suasana. Adam sama Adam bermusuh kerana Hawa. Buktinya peristiwa Habil dan Qabil hingga zaman cucu-cicitnya. Jika begitu tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih daripada satu tapi tidak lebih dari empat pada satu masa.
Adam! Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Atau sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi aku risau dan gundah menyaksikan tingkah lakumu. Sejak dulu lagi aku mesti tunduk pabila menjadi isterimu. Namun, terasa berat pula untukku meyatakan isi hati.
Adam! Aku tahu, Al-Quran ada menyatakan kaum lelaki memimpin kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agarsentiasa dalam redha Allah. Tapi, aku dan kaumku kini telah ramai yang menderhakaimu. Menyimpang dari jalan yang telah disyariatkan. Allah perintah aku tinggal di rumah. Bukan berjalan-jalan di pasar atau Bandar sewenang-wenangnya. Jika keluar pun, seluruh tubuhku mesti ditutup ikut syariat. Tapi, ramai diantaraku yang melanggar batas-batas itu.
Adam! Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu. Jadi guru. Menjaga dan mendidik anak-anakmu. Waktu yang sama aku mengurus dan mentadbir negara. Ke hutan memikul senjata. Padahal kau duduk saja. Ada di antara kaummu yang menggangur. Kau tidak seperti dulu lagi. Adam! Sudah hilangkah kasih sucimu padaku?
Adam! Marahkah kau jika kukatakan, “Andainya Hawa yang terpesong, maka Adam yang patut tanggung!” Mengapa begitu Adam? Orang kata, “Jika anak jahat, emak bapak yang tak pandai didik. Jika murid bodoh, guru tak tahu mengajar!” Adam kau selalu kata, “Hawa memang degil. Tak mahu dengar kata. Tak mudah makan nasihat. Kepala batu.” Pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, “Apakah didikanmu padaku seperti didikan Nabi s.a.w. terhadap isteri-isterinya? Adakah layananmu sama seperti psikologi baginda terhadap mereka? Adakah akhlak kaummu menjadi ikutan kaumku?
Adam! Sebenarnya, kau imam dan aku adalah makmun. Aku pengikutmu dan kau ketuaku. Jika kau benar, maka baiklah aku. Jiak kau lalai, aku juga lalai. Kau punya kelebihan akal, aku pula kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku! Akalku satu nafsuku beribu. Oleh itu Adam! Pimpinlah aku dari kelalaian. Aku sering tergelincir kerana dorongan nafsuku dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah aku menghayati kalimah suci Allah. Dengarkan padaku kalimah Tuhanmu agar terang hidupku. Hembuskan roh jihad ke dalam hatiku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam! Andainya aku masih lalai kerana sikapmu sendiri. Segan menuruti langkah para sahabat. Masih gentar mencegah mungkar. Maka tunggu dan lihatlah, saat kehancuran dunia ini apabila kaumku yang memerintah. Kau akan malu Adam! Malu pada dirimu sendiri! Lebih teruk lagi, engkau malu dan bersalah pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu. subhanallah

Buatmu calon suami
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Assolatuwassalam, selawat dan Assalamu'alaikum buat junjungan mulia, Muhammad saw Kekasih Istimewa.
Assalamu'alaikum Sejahtera buat calon suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…
“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang sholehah,”
Ku mulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.
Calon zauijku,
”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”
Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.
Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh arwah umi dan arwah abah. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (lah-Rum: 21)
Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku hanyalah sebatang kara di dunia ini. Arwah umi dan abah telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu ...
”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)
Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.
aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,
" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)
Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.
“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1)
Calon Suamiku yang dirahmati,
" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)
Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.
Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar?! Ketahuilah. Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas khawin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.
Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.
Wassalam
.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu .::.
~tulang rusuk kirimu~
pertemuan...
menghadiahkan kita kasih sayang...
jika cinta satu pasti bertemu...
ia tidak ternilai...
kerana antara hati kita
telah tiada antaranya lagi
yang ada hanyalah cinta kasih Ilahi...
kita berpisah hanya sementara
kerna pertemuan bukan milik kita...
jasad dan suara berjauhan sentiasa
namun cinta abadi...
biar berpisah selalu menderita
kerana syurga menagih ujian
sedang neraka dipagari oleh nikmat
bertemu tidak jemu...berpisah tak gelisah...
_________________
beribadah sebagai talibah...
Thursday, November 6, 2008
Suaramu...
Gemersiknya bak buluh perindu
Cuba kau lagukan
Cuba kau dendangkan
Mengisi di ruang kamarku
Senyummu...
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku
Tiada terkata
Seindah bahasa
Nak ku huraikan
Nak ku belaikan dirimu
Akan ku syairkan katamu
Akan ku madahkan janjimu
Menjadi coretan gurindam
Puisi cinta...
Akan ku ukirkan senyummu
Akan ku lukiskan tawamu
Menjadikan susunan warna
Potret indah...
Senyummu...
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku...
Menjadi hiasan hidupku..
insyaallah,nanti akma sendiri akan cuba mencipta cerpen hasil nukilan akma sendiri.cuma,yang akma sedih sekali apabila cerital yang akma cipta telah hilang memandangkan pendraft akma tercicir dan akma pun sendiri tak pasti di mana pendraft akma sekarang.
seingat akma ,karya yang akma ciptakan itu sedah sampai ke bahagian klimaknya..dan mungkin kesilapan akma juga kerana tidak membuat salinan untuk karya akma tu.apepun,insyaallah,akma akan cipta karya hasil nukilan akma sendiri lagi agar lebih baik dengan apa yang pernah akma ciptakan .
harap2..adalah idea tuh nanti..
p/s:kepada yang "berkenaan" yang simpan hasil karya akma tuh..simpan molek2 ye..
"nur tengok, skrg ni abg dah berubah" nur memulakan bicara ariff yang sedang ralit membaca surat khabar tersentak "eh, kenapa nur tiba-tiba cakap macam tu?" "xderla, abg yang dulu rajin duduk rumah, melayan kerenah anak, ke masjid, cerama-ceramah agama, tp skrg ni xderpun, bila nur ajak tgk ehwal islam kat tv pun abg macam tak berminat je" lebar penjelasan isterinya ariff terdiam, mencari idea untuk menjawab soalan isterinya tadi "err, abg sibuk skrg ni, byk kerja kena buat, meeting sana,meeting sini, balik rumah abg dah penat" yakin jawapannya "ye la, kalau penat takpela, tak kesah pon, klu abg blk kerja tidur ke, xderlah nur hairan sangat, tp masalahnya sekarang ni lepas abg balik kerja, abg keluar balik, nk tengah malam baru balik" nur membalas tak puas hati "itu abg jumpa kawan abg"pantas jawapannya "kawan abg yg mana bang, setahu nur, semua kawan abg nur kenal, ni kawan baru ker?" belum sempat ariff nak menjawab, handphonenya berdering, dia pantas menjawab handphonenya, lega tidak perlu bersoal jawab lagi dengan isterinya, dia pantas berlalu dari ruang tamu tempat dia berbicara bersama isterinya sebentar tadi... **** "ha ariff!, yang kau termenung ni kenapa? " jerkah syahir, teman baiknya "isk, syahir, kau ni, terkejut aku, hurmm smlm, bini aku tanya, dia sedar sekarang ni perubahan diri aku, x macam dulu katanya" ariff mengeluh "haa, dah tu kau jawab ape?" syahir bertanya, penuh minat "aku katala, aku bz, tp dia cam tak puas hati pula" "mmgla x puas hati, alasan lapuk, aperla kau ni, dia tahu ke kau ader perempuan lain?" syahir bertanya lagi, seperti polis menyoal siasat pesalah "so far, aku rasa dia belum tahu lagi, sahih ke tidak, tapi dia cam bole agak je, risau juga aku"keluhan nya kedengaran lagi "itula kau, cari pasal lagi, elok-elok bini kau tu baik, serba serbi eloknya pada pandangan aku, kau pula buat hal"syahir tak tunggu lama untuk membalas, sakit hatinya apabila tahu sahabat baiknya bermain kayu tiga "ish, kau ni, aku nak minta pandangan kau, kau kutuk aku, macam tak sokong aku pula" "memang aku tak sokong kau dalam hal ni, mmg aku lelaki, kau lelaki, bole ader bini sampai empat, tp kau ni, bercinta macam orang muda, berdosa tau tak? orang muda pon tak bercinta seteruk kau, menyampah aku, secara tak langsung aku dikira bersubahat, berdosa jugak..."lebar penjelasan syahir tak puas hati ariff hanya mampu terdiam, dalam diam dia mengakui kebenarannya, sudah jauh benar dia tersasar, tidak ada lagi tazkirah keluar dari bibirnya, semuanya bait-bait cinta kepada kekasihnya, dia mengakui dia hanyut ditelan arus duniawi **** hari berganti hari, malam berganti siang, berbulan-bulan sudah berlalu tetapi dia masih dengan kehidupan duniawi yang melalaikan, dia kini sudah pandai menengking isterinya, sepak terajang sudah menjadi rutin hariannya setiap kali isterinya bertanya itu dan ini, setiap bait yang keluar dari bibir isterinya menyebabkan dia berasa jelak. namun, ariff agak terpana dengan isterinya yang amat bersabar dengan kerenahnya, anak-anak hanya mampu berdiam diri, tapi jauh dari sudut hati, dia tahu mereka menyebelahi isterinya, nur tidak henti-henti menasihatinya supaya berubah, bertaubat, tetapi kata-kata isterinya dibiarkan sahaja, ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri nur tidak putus-putus berdoa kepada 4JJI supaya 4JJI menunjukkan jalan yang benar untuk suaminya. kasih sayangnya kepada suami tidak berbelah bagi, walaupun sudah hampir dua tahun perangai suaminya tidak berubah, malah semakin liar, dia masih cuba berusaha mengembalikan keharmonian rumah tangganya seperti dahulu **** lima tahun berlalu, ariff masih seperti dulu, syahir tidak tahu lagi untuk berkata apa-apa lagi "ariff, bertaubat la, kau dah jauh dari tuhan ni, solat kau sekarang ni dah macam mana dah,aku..." "kau diamlah!" bentak ariff,sebelum sempat syahir menyudahkan kata-katanya "hidup aku, biarlah aku tentukan, ada ke aku mengganggu hidup kau..ha?", lantang ariff bersuara dia sudah letih mendengar nasihat dari syahir "ok ariff, kau tak nak aku nasihat kau lagi, tidak mengapa,lepas ini kalau kau ada masalah kau jangan cari aku" syahir memberi amaran, lalu berlalu meninggalkan pejabat sahabatnya ariff mengeluh sendirian, termenung sebentar, dia tiba-tiba teringatkan sesuatu,dia membuka lacinya, mengambil sebuah kotak kecil berbaldu, dia membuka kotak tersebut, melihat sebentuk cincin bertatahkan berlian, dia berkira-kira untuk melamar kekasihnya, Rina malam ini, beribu-ribu duit sudah dihabiskannya bersama wanita itu, beribu-ribu jugalah dia membazirkan duitnya untuk membeli cincin tersebut, dia amat menyayangi wanita tersebut, tutur katanya yang manja, pakaiannya yang seksi sentiasa bermain dimatanya, dia tersenyum sendiri, bahagia kini dihadapan mata, dia sudah jemu dengan isterinya yang tidak henti-henti mengingatkan dia tentang tuhan, agama **** ariff memasuki keretanya dalam keadaan tertekan, marah, sedih,malu, semuanya bermain di fikirannya, meluncur laju kereta BMW miliknya, dia ingin bersendirian "arghhhhhhhhhhhhh!" bentaknya, dia mengetuk-ngetuk kepalanya di stereng kereta setelah dia berhenti di bahu jalan "bodohnya aku! bodohnya aku!" jeritnya lagi di fikiran ariff malam ini merupakan malam paling istimewa baginya, tidak sangka dinner malam ini mengubah menjadi suasana yang paling menghibakan, masih segar diingatan tentang apa yang berlaku sebentar tadi "waah!, apa mimpi abg tiba-tiba jer bawa Rina ke tempat mewah ni, sebelum ni tidak ada pun" rina berkata manja, membuai hatinya dengan kemanjaan kekasihnya sambil menunggu makanan tiba, ariff mengeluarkan kotak kecil dari kocek seluarnya, dia lantas menolak perlahan kotak tersebut ke arah keasihnya "eh apa ni" Rina hairan sambil tangannya laju mengambil kotak tersbut dah membukanya, jelas terpamer kejutan di wajahnya "abg ingin melamar Rina menjadi isteri abg" ariff berkata lembut RIna terkejut dengan kata-kata ariff, "err, tapi Rina tak bercadang pun nak berkahwin dgn abg" ariff ternyata terkejut dengan kata-kata kekasihya "tapi kenapa?" "ermm parents rina nak satukan rina dengan seorang datuk ni, dia duda, tp tidak ader anak, rina terimala, dia kaya, abg apa ada?" angkuh sekali jawapan dari rina serasa meletup jantungnya mendengar jawapan dari rina "er,tapi abg sayang rina, 7 tahun kita bersama" dia cuba lagi untuk memujuk "sayang je tak guna bang, abg tak cukup kaya untuk membahagiakan rina, datuk tu bole beri rina segalanya, tapi abg tak mampu beri tu semua,ya, tujuh tahun kita bersama tapi abang tetap tidak mampu untuk memuaskan hati rina, rina sudah letih dengan abang,hurmm xpela bang, sampai disini sahaja hubungan kita, abg pergilah kembali ke isteri abg yang amat bodoh menunggu suamniya, ha ha,"rina bangun terus berlalu ariff masih lagi tidak mempercayai kata-kata kekasihnya, hampir 7 tahun ia mendambakan kasihnya kepada kekasihnya itu, tapi ini balasan yng diterima bunyi hon menyedarkannya dari lamunan, namun dia masih mendiamkan diri, fikirannya bercelaru kini, dia tiba-tiba teringatkan isterinya, Nur Izzah!, wanita yang amat bersabar dengan kerenahnya, tidak putus- putus berdoa supaya dirinya kembali ke pangkal jalan, dia berasa amat bersalah kepada isterinya, dia menghidupkan enjinnya untuk pulang ke rumah, dia berazam untuk meminta maaf dengan isterinya, sudah terlalu lama dia mengabaikan peranannya sebagai seorang suami dan ayah. perjalanannya diiringi lagu nyanyian nash, "pada syurga di wajahmu" Tuhan sengaja menduga kita Di mana kesabaran manusia Engkau isteri yang ku sanjungi Lambang semangat cinta dunia Pasti engkau terkenangkan Peristiwa semalam Saatku menggadaikan cinta Pada onak dan duri asmara Entah di mana akal fikiran Hingga sesat di jalan yang terang Ini suratan yang diberikan Menguji kekuatan jiwa Waktu engkau ku lupakan Dalam kemarau panjang Betapa hatimu rela Demi melihatku bahagia Kau menahan segala siksa Di hati hanya berdoa Mengharapkan aku kan pulang Agar terang cahaya Ku yang hanyut di arus dosa Di laut ribut melanda Dan berenang ke pelabuhan Kasih sayang sebenar Air mata cinta darimu Ku menjadi rindu Pada syurga di wajahmu Tiada tanda kau berdosa Biar aku cium tangan mu Membasuh lumpur di muka Ku yang hanyut berarus dosa Di laut ribut melanda Kau menahan segala seksa Di hati hanya berdoa Ku berenang ke pelabuhan Mencari cinta sebenar Kan ku tahan apa hukuman Di hati hanya berdoa Biar aku cium tangan mu Sekali lagi bersama Bukan sekali jalan berduri Hanya tuhan yang pasti Mengerti... setibanya dirumah suasana sunyi, seperti tidak berpenghuni, dia memberi salam lantas mencari isterinya,dia mengamati segenap ruang rumahnya, sudah lama dia tidak mengambil tahu hal rumah, hari ini merupakan hari yang paling awal dia pulang kerumah sejak tujuh tahun, dia membuka pintu biliknya untuk mencari isterinya, tetapi hampa!, tidak ada, sewaktu ingin menutup semula pintu dia ternampak sesuatu di atas katilnya, sepucuk surat!, dia lantas mencapai surat tersebut dan membukanya assalamualikum, kehadapan suamiku yang dicintai, nur terlalu mencintai abang, tidak sanggup rasanya nur untuk membiarkan abang hanyut dengan arus duniawi, nur merindui abang yang dulu, anak-anak kita merindui abahnya yang dulu juga, tapi sudah tujuh tahun kami tidak menemuinya, abang hanyut dan terus hanyut, nur tidak sanggup melihat abang diselubungi dosa, nur tidak sanggup!, setiap hari nur dan anak-anak berdoa supaya abang berubah, berubahla abang!, bertaubatlah! 4JJI masih sayangkan abang, tidak terlewat lagi bg abang untuk bertaubat, nur terlalu mencintai abang! maafkan nur, nur sudah tidak mampu lagi untuk menanti, 7 tahun lamanya, 7 tahun rasanya sudah cukup untuk menguji kesabaran nur, nur tidak mampu lagi untuk bersabar, nur minta untuk dilepaskan!, walaupun nur tau bergegar tiang arasy apabila seorang isteri meminta penceraian, tapi Nur sudah tidak mampu lagi, maafkan NUr, sekiranya abg menyayangi NUr, lepaskanlah nur, nur redha kalau ini memang kesudahan kita abang bernikahlah dengan kekasih abang tu, tidak sampai hati Nur melihat abang membuat maksiat, berdosa!, nikahla abg dengan wanita itu, supaya abang tidak lagi membuat dosa, Nur izinkan, tapi lepaskan NUr, nur sentiasa mendoakan kebahagiaan abang, dikala abang membaca surat ini, nur sudah tidak ada di rumah, maafkan nur, nur tidak meminta kebenaran abang untuk keluar rumah, tapi nur sudah tidak mampu lagi untuk berhadapan dengan abang, nur minta maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, halalkan segala makan dan minum nur, tidak perlulah abang untuk meminta maaf dari Nur, Nur sudah pun memaafkan abang, sampai di sini sahaja hubungan kita bang, wasalam yang mencintai mu NUR, isterimu terjelepuk Ariff dilantai setelah membaca surat tersebut, kini dia kehilangan kedua-duanya, isterinya yang penyabar, yang dikasihi serta kekasihnya yang dicintai, air mata sudah tidak tertahan-tahan lagi, dia menangis sesungguhnya, dia tidak menyalahkan isterinya, isterinya sdah cukup sabar menantinya, "Nur, maafkan abang! maafkan abang!, kiranya hatimu bukan milikku lagi!" azz arhazza_________________azz arhazza
“Abang, minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah. ”Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah. ”Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis. Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, seusai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya. ”Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda. ”Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah. ”Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. ”Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis. ”Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?” ”Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin. ”Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,” Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra. Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah. Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. ”Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,” Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar. Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang... Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abg yang dikasihi, Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah. 1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg... 2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg... 3. aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg... Abg yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya. Abg yang dicintai, Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg...Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg. Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai..air tangan Aliyah. Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!!!!_________________beribadah sebagai talibah...
Ya AllAh..lama sungguh akma x update blog ni..
rindu pulak nak tengok2 isi blog yang telah akma buat kat cini..
bukan ape,,memang tak sempat sangat2 nak singgah kat blog akma ni..
hari ni jugak,mujur kak yana sudi kongsikan serba sedikit cerpen simpanan dia kat akma.
akma pun suka kumpul cerpen2 menarik ni ..lebih2 lagi dengan pembaca2 blog sume.
jadi,x perlulah akma susah2 cari cerpen2 dan citer2 menarik ni lagi..
selamat membaca..!
12 Januari 2004. Hari bahagia aku dan Sumayyah. Dari jauh kelihatan kelibat seseorang yang amat aku kenali. Ya, susuk tubuh itu tidak mungkin kulupakan. Hafiz,ya tidak salah lagi. “Assalamu'alaikum, tahniah Di…Alhamdulillah…ke jinjang pelamin jugak kau ye..Di…!!!” Sapanya membuang segala persoalan di benakku. Tangannya kugenggam erat. Lalu tubuhnya ku peluk erat. Syukur kerana Hafiz datang, sahabatku yang sekian lama kucuba hubungi, namun setelah 3 tahun menghilangkan diri, atas usahaku mencari alamatnya dari kawan-kawan sekuliah lama, akhirnya di sini kami kembali bersua, di majlis perkahwinan aku dan isteri tersayang. Alhamdulillah. “Apa khabar kau sekarang Fiz?” Ku sapa wajah pucat dan kurus Hafiz. 3 tahun. 3 tahun masa yang lama memisahkan kami. Setelah sama-sama menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanik di Universiti Malaya, masing-masing membawa diri membawa haluan sendiri. “Alhamdulillah..aku macam kau tengok sekaranglah, Di..nothing interesting to tell…sekarang aku ambil phD di UTM, baru bulan lepas aku register..” Panjang lebar cerita Hafiz. “Alhamdulillah..hmm..bakal jadi lecturer la Encik Hafiz kita ni, ye..? Eh, ko lepak rumah aku lama skit le ye…nak sembang panjang sekarang paham-pahamlah..sibuk ni..” Terpaksa ku bantutkan perbualan kami di situ. Tiada masa untukku berborak panjang dengannya. Ditambah lagi dengan tetamu yang makin ramai hadir. Kawan-kawan lama juga ramai berkunjung. Haikal, Siti, Wan dan Pa’e…semua antara kawan sekuliahku yang hadir ke majlisku ini…syukur ku tidak terkata..dapat berjumpa kawan lama, mengimbas kembali saat kami sama-sama menuntut ilmu di Universiti Malaya..ah..mana mungkin aku melupakan setiap saat ku habiskan di menara ilmu itu..pelbagai pengalaman, suka dan duka..ku kutip dan kusimpan rapi di lipatan kenangan. Hampir pukul 11 malam, barulah segala-galanya selesai. Biasalah, kenduri. Banyak yang perlu dibereskan selepas majlis tamat. Kulihat wajah isteriku juga tampak penatnya. Aku dan Sumayyah sebenarnya sudah bernikah dan kami sudah pun berpindah ke rumah baru kami ini sejak 2 minggu yang lalu. Kerana masing-masing sibuk, maka majlis perkahwinan kami terpaksa ditunda sehinggalah ke hari ini. “Pergilah tidur dulu Mai..nanti abang menyusul…abang nak borak skit dengan Fiz..lama tak sembang dengan dia..” Kasihan kulihat Sumayyah sejak tadi asyik menguap. Letih benar dia. “Hmm..baiklah. Abang pun jangan lewat sangat tidur ye..walaupun esok cuti pun..kene rehat juga..” katanya sambil tersenyum manis. Aku mengangguk pantas sambil memerhatikan Sumayyah melangkah lambat-lambat menuju ke kamar tidur. Mak dan abah sudah lama melayan mimpi indah di tingkat atas. Lantas langkah ku atur menuju ke ruang tamu. Hafiz masih leka membaca majalah I terbaru. TV masih terpasang, namun focusnya kupasti bukan pada peti kaca tv itu. Khusyuk kulihat Hafiz membaca. “Husyy..bukan main khusyuk!!” Aku menepuk bahu Hafiz. Hafiz sekadar tersenyum tenang. Hafiz telah banyak berubah. Kalau dulu tubuhnya agak berisi, sekarang betul-betul kurus. Rambutnya juga dipotong ala-ala tentera. Kemas. Janggut makin panjang dan wajahnya kulihat cukup tenang. Namun di sebalik ketenangan itu, aku pasti ada sesuatu yg bermain di fikirannya. “Heh..aku tak sempat beli majalah ni, Di..tengok-tengok ada pulak kat umah ko…ape citer ko plak? Citerla camne ko leh jumpe idaman hati ko?” Hafiz bersuara sambil tersenyum nakal. “Alah..biasa-biasa je Fiz..semuanya mak dan abah aku uruskan..satu negeri jugak…aku ni bukannya memilih sangat. Tak bergaul pulak tu. Ko tau kan..aku ni kan ke pemalu..chewah..entahla..semua aku serah pada Allah..dan suruh mak dan abah aku aturkan…aku setuju je..baik pada mereka..baiklah pada aku…” Aku menjawab panjang. Tidak apa-apa yang istimewa sebenarnya. Ya, sememangnya Sumayyah istimewa..tetapi titik pertemuan kami bukanlah ada kisah cinta hebat umpama Romeo dan Juliet. Biasa-biasa sahaja. Dan aku selesa begitu. Biarlah cinta kami disuburkan selepas ikatan yang sah. “Hmm…aku tau ko Di..paham sangat…ingat dulu anti perempuan..kahwin jugak kau ya..?” Hafiz tak habis-habis mengusikku. “Hei…banyak cakap pulak dia..ko tu bile Fiz, umur dah 27 dah..!!” Aku memulang paku serpih. “Aku..?? Entahlah…budak sekolah tak boleh kahwin..belajar dulu sampai abis..baru pikir bab kahwin..” Selamba Hafiz menutur bicara. Ada sedikit lucu dalam kata-katanya. “Belajar..belajar juga Fiz..bab ni jangan lak dilupakan..salah satu sunnah Nabi kita..jangan lak ko nafikan..” Aku mengingatkan. Hafiz tersenyum penuh makna. Ingin saja kuajukan soalan yang sekian lama terpendam di benak ini. “Hm..entahlah Di…aku selesa macam ni” “Ko…err..maaf nak tanya..ko still tunggu dia?” “Siapa?” “Hm…aku masih ingat..masakan pulak ko..ko tau kan sapa aku maksudkan?” Suasana ruang tamu kembali hening. Cuma kedengaran bunyi tv sahaja. “Hm..masih..masih menanti ..” Hafiz menjawab sambil mengangguk. Wajahnya kulihat suram. Tunduk sambil menganggukkan lagi kepalanya. “Hm…ko ada jumpa dia ke?” “Tak..tapi aku ada nombor phone dia..sejak peristiwa tu..itulah kali terakhir aku jumpa dia..kalau tak silap dia sekarang di USM” “Sampai bila macam ni Fiz? Usahalah sikit. Kalau tak de harapan, ko carilah pengganti. Daripada ko dok diam macam ni..” “Heh..aku dah cakap kat ko kan..aku ..so far..selesa macam ni..biarlah..aku dah berterus terang..aku dah usaha..ini adalah usaha terakhir aku. Menanti dan terus menanti..” “Ko sihat?” “Biasalah..kekadang asma aku datang..ala..cam dululah..” “Sapa nak tengok-tengok kan ko Fiz..kalu kawin ada gak orang tolong jaga makan minum” “Hah..mula la tu..hei..Di..aku ni pandai je la nak uruskan hidup aku ni…aku ok..dah 27 takkan la tak pandai nak urus diri” “Aku cakap tak penahnye nak dengar” “Aku suka dia, Di..aku cintakan dia..dari dulu sampai sekarang..tak penah berubah. Walau ramai yang aku jumpa..tak sama dengan dia. Dia lain Di. Tak sama. Unik. Aku tak kisah tunggu sampai bila pun…” Tiba-tiba Hafiz meluahkan rasa hatinya. Aku terdiam. Sama. Kata-kata inilah yang diucapkan olehnya 3 tahun lepas. “Tak pelah Di. Aku balik dululah..lewat sangat” Akhirnya Hafiz pulang malam itu juga. Puas kupujuk namun dia berkeras mahu pulang ke Cheras. Rumah kakaknya. Esok dia akan pulang ke Johor semula. Rasa bersalah menusuk di dada. Tak sepatutnya aku mengungkit kisah lama. 7 tahun dulu. 7 tahun dulu Hafiz tidak seperti Hafiz hari ini. Tidak pernah serius dan agak bermasalah. Malas ke kuliah. Kuat merokok. Solatnya juga tidak secantik hari ini. Menghayati perubahan diri Hafiz, melihat penghijrahannya yang besar ini, rasa syukurku pada Allah yang Maha Berkuasa tidak bertepi dan lagi rasa terhutang budi pada seorang insan yang istimewa. Insan yang mengubah pandanganku pada kuasa seorang perempuan. Sememangnya hawa itu madu dan racun pada adam. Dan aku amat mengakuinya. Di hadapanku kisah sebenar seorang hawa yang umpama sinar harapan pada seorang adam. Nur Zahirah yang umpama madu pada Muhammad Nur Hafiz. Perkenalan tidak dirancang antara Hafiz dan Zahirah terjadi apabila aku yang menyertai Ekspo Konvokesyen UM 7 tahun dulu. Kebetulan Zahirah juga ahli exco. Maka kami selalu berurusan untuk menjayakan EKSKUM 1997. Oleh kerana aku tidak mempunyai telefon bimbit, dan kerana Hafiz rapat denganku dan juga teman sebilik, maka Zahirah selalu menghubungiku melalui telefon bimbit Hafiz. Aku juga yang memberikan nombor itu padanya, untuk memudahkan kerja kami. Dan Hafiz yang memang ku masak perangainya, suka benar mengusik kami berdua dan selalu juga menghantar SMS kepada Zahirah. Namun Zahirah tidaklah marah, sebaliknya dia dengan sabar melayan kerenah Hafiz yang agak nakal ketika itu. Sehinggalah Hafiz mengunjungi gerai PMIUM ketika pesta konvo berlangsung, pada ketika itulah Hafiz pertama kali bersua muka dengan Zahirah. Agak terkedu kulihat Hafiz. Gadis yang selalu diusiknya itu bukan calang-calang orang. Zahirah pelajar tahun akhir pengajian Quran dan Hadith Akademi Pengajian Islam. Bertudung labuh dan bermini jubah. Gaya muslimah sejati. Namun kulihat Zahirah tetap ramah sopan bertegur sapa dengan Hafiz. Sejak itu kulihat Hafiz kerap kali menelefon Zahirah dan berbual panjang. Hafiz juga kulihat selalu menceritakan masalahnya kepada Zahirah. Oleh kerana Zahirah tua 3 tahun dari kami, dia kulihat cuba sedaya upaya berperanan sebagai seorang kakak. Sering memberi nasihat dan bimbingan kepada Hafiz. Apa yang mengkagumkan aku, Hafiz yang dulunya liat solat, telah berubah menjadi salah seorang jemaah yang sering mengimarahkan surau kolej kediaman kami. Alhamdulillah, dari situ kulihat Zahirah bukanlah gadis biasa. Walaupun dia fizikalnya kecil dari usianya, namun tindakan dan kesan tarbiyyahnya pada Hafiz benar-benar menggembirakanku. Sehinggalah satu hari… “Aku sukakan Zahirah, Di..serius..” Terkejut aku. Berserabut kepala otakku mendengar pernyataan Hafiz. Apakah benar bagai dikata? “Serius…demi Allah aku sukakan dia, Di…aku tak pasti sejak bile perasaan ini muncul..yang pasti dia seolah-olah sebahagian dari hidup aku..” “Ko kene berterus terang, Fiz..aku no comment..tapi ko tau kan..Zahirah tu macam kakak dengan kita..umur dia kan 3 tahun tua dari kita,kan? Takkanlah..” “Dia tak bersalah, Di..dia memang anggap aku macam adik dia…sejak mula kami kenal lagi..sampaila sekarang…tapi aku je yang rasa lain bila bersama dengan dia..aku tak boleh tipu diri aku, Di..aku memang dah jatuh hati kat dia..” Bergenang air mata di kelopak mata Hafiz ketika menuturkan kata-kata itu. Sememangnya aku terkejut kerana tidak kusangka sama sekali Hafiz mempunyai perasaan yang begitu ‘jauh’ terhadap Zahirah. Apa pula kata Zahirah? Bolehkah dia menerima kenyataan ini? “Akak tak boleh Zaidi..akak tak boleh terima..selama ni akak anggap dia macam adik sendiri..mana mungkin boleh lebih dari itu..” Lancar Zahirah menuturkan bicara. Aku terdiam. Apa yang perlu aku katakan. Aku umpama seorang penonton sebuah teater kehidupan. Apa yang aku mampu adalah mendapatkan keterangan sebenar kedua-dua belah pihak. “Aku tak peduli, Di..aku cintakan dia!!! Lantaklah dia nak anggap aku apa pun!!!” “Tapi tak boleh la macam ni..dia tak boleh terima..setakat adik tak mengapa” “Aku tak mampu anggap dia akak aku, Di..she’s so special to me..she meant everything…ko paham tak?” Akhirnya ku aturkan pertemuan antara keduanya. Zahirah masih dengan pendiriannya. Hafiz berkali-kali mendesak. Zahirah akhirnya menangis di akhir pertemuan. Hafiz pula terus sahaja meninggalkan kami pulang ke kolej. Sejak itu, hubungan aku dan Hafiz tidak sebaik dulu lagi. Dia terlalu kecewa. Hafiz berubah menjadi pendiam dan suka menyendiri. Namun dia masih lagi seorang kaki surau malah makin rajin ke sana setiap waktu solat. Bila kutanya tentang Zahirah, Hafiz Cuma tersenyum kelat lalu meninggalkan aku penuh tanda tanya. Zahirah juga tidak dapat kuhubungi lagi. Aku memahami kenapa Zahirah tidak boleh menerima Hafiz. Factor usia menghalang. Tindakan Hafiz umpama tamparan hebat baginya. Tidak aku nafikan Zahirah cantik orangnya, tampak muda dari usia sebenar. Sejak itu hinggalah hari ini, ketika ini, genaplah 7 tahun kisah cinta tak berbalas ini terhenti begitu sahaja. Dan paling tidak kusangka sama sekali, sehingga hari ini, perasaan cinta Hafiz itu masih segar umpama 7 tahun dulu. Sungguh, aku kagum dengan perasaan indah itu. Betapa setianya Hafiz menanti dan terus menanti. Menantikan jawapan dan harapan Zahirah. Ku kira Zahirah mungkin sudah bertunang atau berkahwin sekarang ini. Dan Hafiz? Masih setia menanti. Untuk apa penantiannya itu? Berbaloikah? “Bang, bangun. Ada panggilan telefon untuk abang” Awal pagi. 2.30 pagi aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari Cheras. Hafiz terlibat dalam kemalangan jalan raya dalam perjalanan ke rumah kakaknya. Ya Allah, baru sebentar tadi kami berbual, Ya Allah. Jangan hendaknya berlaku sesuatu yang buruk hendaknya. 5.00 Pagi. Sesungguhnya nyawa itu pinjaman Allah untuk kita. Hafiz menghembuskan nafas terakhir di pangkuanku pagi itu. Ya Allah, Ya Allah…tabahkan hatiku menerima kenyataan ini..tempatkan Muhammad Nur Hafiz di sisi mereka yang beriman…amin!!! “Siapa Nur Zahirah?” Mak cik Zaiton, ibu Hafiz bertanya kepadaku sambil menghulurkan sebuah bungkusan berbalut kertas ungu. Di atasnya tertulis “KEPADA SAUDARIKU NUR ZAHIRAH”. “Saya kenal dia makcik..untuk dia ni…Insya-Allah..saya cuba sampaikan bungkusan arwah untuk dia..saya pun tengah contact kawan-kawan lama seuniversiti dulu makcik..” kataku sebak…hingga akhir hayat, sahabatku tidak pernah mengharapkan apa-apa selain Nur Zahirah. Benar, aku tidak begitu memahami perasaan halus itu, tetapi hatiku terusik amat akan rasa kasihnya pada gadis ini. Nur Zahirah. Di satu sudut, gadis ayu bertudung labuh kelabu tunduk bersimpuh. Ku kenal lagi. Masih segar dalam ingatan siapa gerangan gadis ini. “Assalamu'alaikum, kak Irah..ini untuk akak…dari…arwah Hafiz…” Nur Zahirah mengesat air mata lantas mengambil bungkusan tersebut. Terketar-ketar dia menutur kata.. “Dari Fiz ya..” Nur Zahirah berlagak tenang membuka perlahan bungkusan. Diari biru agak kusam. Rupanya Hafiz menghadiahkan diarinya buat Nur Zahirah. Suasana pilu menyelubungi kami. “Kak..Fiz tak pernah lupakan akak…berkali dia katakan pada saya…dia..masih mengharapkan akak…tapi saya ingat akak dah bertunang sebab Wan cakap akak dah bertunang dengan orang Pahang..tak sampai hati saya nak bagitau dia…maafkan saya kak” aku bersuara. Sekilas kupandang wajah Sumayyah…matanya merah menahan sebak. “Akak tak bertunang..itu adik akak..memang akak dijadualkan bertunang juga pada hari yang sama tapi akak menolak..” Aku terdiam. Salah siapa sekarang? Ketentuan Ilahi tiada siapa mampu mengubahnya. Cinta Hafiz pada Zahirah kekal bersemadi. Dan Zahirah masih tidak mengucapkan lafaz cinta dan sayang padanya sehinggalah Hafiz tiada. Sukakah Zahirah pada Hafiz? Kasihkah Zahirah padanya? Cerita ini sampai di sini. Sebenarnya aku sendiri tidak pasti dan masih tertanya-tanya. Apakah Zahirah mempunyai perasaan yang sama? Siksanya Hafiz menanggung rasa sayang kepada dia kenapa dia cuma mendiamkan diri? Ah…biarkan. Aku cuma perlu mendoakan arwah Hafiz. Al-fatihah…sesungguhnya cinta itu terlalu misteri untuk ditafsirkan..
Berkorban Demi Cinta
ku sedikit terkesan dengan bicara tunanganku ini. Rentetan kisah-kisah lewat 80-an tergambar dengan jelas di mindaku ini. Tatkala, isu pemakaian purdah di kalangan siswi kampus begitu mengundang kontroversi. 16 orang siswi yang digantung pengajian di USM pada sesi pengajian 1985/1986. Pekeliling Kementerian pada 29 Mac 1985, disebarkan untuk tindakan NC UKM, UM, UTM, UUM, USM dan Pengarah ITM dan UPM. Ia menyatakan tindakan akan diambil ke atas pelajar yang mengenakan pakaian menutup muka. Aku tidak ingin kejadian seumpama itu terjadi lagi. Terutama buat insan yang aku sayangi. Aku tidak ingin melihat dia terkandas dalam pengajiannya. Ku luahkan jua kerisauanku ini.
“Awak begitu yakin? Ada dalil atau nas yang sahih? Bukankah Islam itu mementingkan kesederhanaan?”, sebagai pelajar Kejuruteraan Mekanikal aku tahu ilmu aku terbatas, tapi yang pastinya aku perlu tegaskan pendirian aku. Dia tersenyum barangkali mendengar kata-kataku.
“Mengapa masyarakat yang dikatakan terbuka pemikirannya kini, memikirkan soal remeh dan meributkan perintah ini. Semasa turunnya perintah Allah mengenai hijab dalam surah al-Ahzab ayat 59,
“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan isteri-isteri orang mukmin,’Hendaklah mereka melabuhkan jilbab mereka ke seluruh tubuh badan mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal kerana itu mereka tidak diganggu.”
“kalimah Jilbab mengikut ulamak Turmizi, adalah tutup kepala dan tutup muka, bermakna kesemua wanita mukmin perlu menutup muka dan kepala mereka. Dalam kitab tafsir Al bahrumuhidh karangan Abu Hayyan, pada juzuk 10 muka surat 280 menghuraikan ayat tersebut, muka adalah anggota yang perlu ditutup. Kitab tafsir karangan Abu Sa’ud juga ada menegaskan perkara yang sama. Awak juga boleh mencari pendapat dan kupasan dalam kitab-kitab Jalaian oleh Ibnu Abbas dan kitab tafsir Ahkam. “
“Pernahkah awak terdengar potongan hadith ini, ‘wahai Ali, kalau kamu sudah terpandang kepada perempuan, jangan teruskan pandangan kamu itu. Terpandang yang kali pertama itu adalah untuk kamu.”
“apa yang saya bimbangkan adalah jika terjadi fitnah ke atas saya. Jangan risau, purdah ini boleh dibuka jika berlaku keadaan darurat. Sesuai dengan kata-kata … dalam keadaan darurat, dia adalah diharuskan kepada perkara-perkara yang diharamkan”.
“Saya tahu muka saya boleh menimbulkan fitnah, sudah lupakah awak tentang kejadian sebulan yang lepas?”.
Masakan aku boleh melupainya. Tidak kunafikan benar kata-katanya, mukanya telah menimbulkan fitnah. Kerana itu aku telah melepaskan penumbuk sulungku kepada seorang pemuda kampung yang cuba untuk melakukan perkara kurang sopan kepada tunanganku ini semasa dia menunggu bas untuk ke Maahad. Masih tergambar jelas.
Perdebatan kami tidak terhenti di situ sahaja. Ternyata aku begitu kurang menyenanginya. Perlukah berpurdah sedangkan untuk menjaga diri dia masih boleh menggunakan jalan lain antaranya belajar ilmu mempertahankan diri. Namun saranan aku tidak berbekas di hatinya. Dua kali pertemuanku di rumahnya bersaksikan keluarganya aku meminta dia mempertimbangkan hal ini. Akhirnya kali kedua, dia telah memberikan keputusan yang langsung tidak pernah aku jangkakan.
“ Awak, saya sanggup berkorban demi cinta. Tapi, cintaNya lebih saya agungkan berbanding cinta awak. Saya sanggup kehilangan cinta awak daripada cintaNya. Rasanya pertunangan ini sampai di sini sahajalah. Saya tidak sanggup kehilangan cinta Allah”, aku terpana. Titik noktah telah diberikan.
Itulah sejarah 5 tahun dahulu. Aku membawa diri ke UK menyambung pelajaran. Di sana barulah aku termangu-mangu kerana melepaskan “mutiara iman” yang paling berharga. Aku belajar tentang ilmu agama daripada ustaz-ustaz di sana. Rupanya banyak yang aku tidak tahu. Tidak kunafikan, semakin aku belajar semakin banyak yang aku tidak tahu. 5 tahun aku menghambakan diri di sana, selepas master aku memohon untuk mengambil Ijazah Kedua tapi dalam bidang yang berlainan. Islamic studies. Alhamdulillah, Allah permudahkan laluanku untuk menutut ilmuNya. Setiap kata-kata bekas tunanganku itu kuterjemahkan melalui ilmu pengajianku. Benar. Ya Allah, akukah yang buta?
Sentuhan Syahid di sebelah mengejutkan dia daripada lamunan yang panjang. Dia meraup mukanya. Majlis telah usai rupanya. Syahid mengajak untuk menemankan dia berjumpa dengan tunangannya. Kad undangan walimah Syahid masih tersimpan kemas di laci. Masih belum terusik.
“Hai, takkan tak sempat nak tunggu seminggu lagi,”
“Ana nak bagi barang la,”
“Naufal, kenalkan ini tunangan ana, Nurul Iman,”
Malam itu, selepas solat insya’ bermunajat lama, berteleku di atas sejadah, memuliakan QalamNya. Melindungi kesedihan hati.
Nurul Iman, itulah gadis yang pernah bertakhta di hatinya. Dan itulah juga gadis yang bakal melangsungkan pernikahan dengan sahabat baiknya, Syahid.
Tinta hati : Raudhahtul_ilmi
Berkorban demi cinta
Ceritanya terselit pengajaran
Bahawa takkan hina org yg memartabatkan islam
Yang melepaskan cintanya
Hanya keranaNya
Yg pasti balasan dari cintaNya itu lebih nikmat
Lebih menjana semangat
Lebih mendapat rahmat
Betapa mantapnya iman NUR IMAN semantap namanya
Mutiara iman yang berharga dilepas jangan
Namun salah bicara
Kasih boleh bertukar teman
Salah perhintungan
Kehilangan ‘bunga larangan’ yg tiada bandingan
Akhirnya NUR IMAN tercipta buat SYAHID
Mungkin mukmin yang sanggup mati kerana ad-dinnya
Bertapa indahnya islam…
Menemukan NUR IMAN dan SYAHID dalam satu perkongsian hidup menuju Redha dariNya.
Nur Iman itu bukan sebarang nur,
cahaya dari cahaya,
cahya yang menyinari kegelapan,
bkn cahaya lilin yg malap.
Nur Iman,
aku memburumu,
cinta aku x pernah pudar,
walau kau menjadi milik seorang syahid
Nur Iman,
akan ku cari cahaya yg lain,
mengantikan sinar mu yg pergi dariku,
memberiku sajak pejuang,
melayanku di ranjang jihad,
membuahkan zuriat pejuang untukku.
nur Iman,
dimana mahu ku cari cahaya seperti mu,
cahaya yg bertebaran menyinari dunia fana,
banyak yg malap lg kelam,
dan aku pasti sesat dlm kegelapannya..


