Saturday, October 11, 2008

lobak merah..
lobak merah..
lobak merah
akma suka sangat pic ni..
nampak dari lain yang lain..
mungkin sebab warna dio kot yang menarik
thanks ekk jor wey cyg


lor..teruknye keto diow..
keno gapow tuh..
ore langgar ko ??
(Mmmm..ye kot)
dahsyat2...sungguh
bila la nok repair ni..
keto ku yang rengges..
tetap di hati
p/s: kalu terserempok di jalan2 raya utama tuh..wak2 dok tau doh ar ye..keto aku lah tuh..
malu benor den nok bawa ketow ni..
tapi..ni jelah harta aku ade..
insyaallah..nati bila ketow ak dah comey nati..akma letak pic cni ek

Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.* Pandai mengambil hati orang lain.* Pendiam kecuali telah dirangsang.* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.* Cukup sayang pada kanak-kanak.* Suka duduk di rumah.* Setia pada segala-galanya.* Perlu belajar kemahiran bersosial.* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.* Bijak dan pintar* Berpewatakan yang mudah berubah.* Mudah menawan orang lain.* Agak pendiam.* Pemalu dan rendah diri.* Jujur dan setia pada segalanya.* Keras hati untuk mencapai matlamat.* Tidak suka dikongkong.* Mudah memberontak apabila dikongkong.* Suka kegiatan yang lasak.* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.* Mudah mempamerkan marahnya.* Tidak suka benda yang remeh-temeh.* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.* Sangat berani dan suka memberontak.* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.* Pemerhatian yang tajam.* Suka hiburan dan sukan.* Suka benda yang bersifat seni.* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.* Mudah didampingi.* Sangat pemalu dan pemendam rasa.* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.* Suka pada kedamaian.* Sangat peka pada orang lain.* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.* Tidak cepat marah dan sangat amanah.* Tahu membalas dan mengenang budi.* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.* Suka berangan-angan.* Suka melancong.* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.* Kelam kabut dalam memilih pasangan.* Suka dengan hiasan rumahtangga.* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.* Punya daya mental yang sangat kuat.* Suka diberi perhatian.* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.* Sangat berani dan tiada perasaan takut.* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.* Emosi cepat terusik.* Cuba kawal perasaan.* Kecenderungan bersifat pendendam.* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.* Kuat daya ingatan.* Gerak hati yang sangat kuat.* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & tegas.* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.* Pemikiran yang tajam.* Mudah marah apabila tidak dikawal.* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .* Perasaan yang amat mendalam.* Cantik dari segi mental & fizikal.* Tidak perlu dimotivasikan.* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.* Mudah dipujuk.* Bersikap sistematik (otak kiri).* Suka berangan.* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.* Daya khayalan yang tinggi.* Permikiran yang tajam.* Pandai berdebat.* Fizikal yang baik.* Kelemahan sistem pernafasan.* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.* Tidak berapa suka duduk di rumah.* Tidak boleh duduk diam.* Tidak punya ramai anak.* Rajin dan bersemangat tinggi.* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.* Mudah ditawan kerana sikap baik.* Berperangai lemah lembut.* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.* Idea yang terlalu banyak di kepala.* Bersikap sensitif.* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.* Bersikap suka menangguh-nangguh.* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.* Cepat marah & cepat sejuk.* Suka bercakap & berdebat.* Suka buat lawak & bergurau.* Otaknya cerdas berangan-angan.* Mudah berkawan & pandai berkawan.* orang yang sangat tertib.* Pandai mempamerkan sikap.* Mudah kecil hati.* Mudah kena selsema.* Suka berkemas.* Cepat rasa bosan.* Sikap terlalu memilih & cerewet.* Kurang mempamerkan perasaan.* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.* Suka pada barang yang berjenama.* Mudah menjadi eksekutif.* Kedegilan yang tidak terkawal.* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

sangat suka didampingi
.* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.* Agak pendiam kecuali dirangsang.* Ada harga dan maruah diri.* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.* Sangat menjaga hati orang lain.* Sangat peramah.* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.* Berjiwa sentimental.* Jarang berdendam.* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.* Tidak suka benda remeh-temeh.* Membimbing cara fizikal dan mental.* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.* Layanan yang serupa terhadap semua orang.* Tinggi daya simpati.* Pemerhatian yang tajam.* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.* Mudah dan rajin belajar.* Suka muhasabah diri.* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.* Suka mendiamkan diri.* Suka duduk di rumah.* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.* Tidak agresif kecuali terpaksa.* Lemah dari segi kesihatan perut.* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.* Minta disayangi.* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.* Terlalu mengambil berat.* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.* Mudah tertawan padanya.* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.* Berani dan tidak tahu takut.* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.* Pandai memujuk orang lain.* Terlalu pemurah & bersikap ego.* Nilai harga diri yang sangat tinggi.* Dahagakan pujian.* Semangat juang yang luar biasa.* Cepat marah & mudah mengamuk.* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.* Sangat cemburu.* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.* Cepat berfikir.* Fikiran yang berdikari.* Suka memimpin & dipimpin.* Sifat suka berangan.* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.* Belajar untuk bertenang.* Sikap kelam kabut.* Romantik, pengasih dan penyayang.* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.* Sangat cermat, teliti & teratur.* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.* Pendiam tapi pandai bercakap.* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.* Sangat sensitif yang tidak diketahui.* orang yang banyak berfikir.* Daya pentaakulan yang baik.* Otak bijak & mudah belajar.* Suka mencari maklumat.* Kawal diri dari terlalu mengkritik.* Pandai mendorong diri sendiri.* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.* Suka sukan, hiburan & melancong.* Kurang menunjukkan perasaannya.* Terluka hatinya sangat lama disimpan.* Terlalu memilih pasangan.* Sukakan benda yang luas.* Bersistematik

OKTOBER

* Suka berbual.* Suka orang yang sayang padanya.* Suka ambil jln tengah.* Sangat menawan & sopan santun.* Kecantikan luar & dalam.* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.* Sentiasa berkawan.* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.* Cepat marah.* Macam pentingkan diri sendiri.* Tidak menolong orang kecuali diminta.* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.* Tidak suka terima pandangan orang lain.* Emosi yang mudah terusik.* Suka berangan & pandai bercakap.* Emosi yang kelam kabut.* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).* Suka melancong, bidang sastera & seni.* Pengasih, penyayang & lemah lembut.* Romantik dalam percintaan.* Mudah terusik hati & cemburu.* Ambil berat tentang orang lain.* Suka kegiatan luar.* orang yang adil.* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.* Berfikiran kehadapan.* Berfikiran unik dan bijak.* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.* Pemikiran yang tajam.* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.* Sesuai jadi seorang doktor.* Cermat dan teliti.* Personaliti yang dinamik.* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.* Terlalu degil dan keras hati.* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.* Tak suka marah kecuali digugat.* Mudah ambil berat terhadap orang lain.* Pandai muhasabah diri.* Cara berfikir yang lain dari orang lain.* Otak yang sangat tajam.* Pandai mendorong diri sendiri.* Tidak hargai pujian.* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.* Cuba sampai berjaya.* Badan yang sasa.* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.* Suka duduk d irumah.* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.* Bercita-cita tinggi.* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.* Bersifat patriotik.* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.* Sikap kurang sabar dan tergesulan..
a-gesa.* Bercita-cita tinggi.* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.* Seronok bila didampingi.* Suka bercampur dengan orang.* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.* Tidak pandai berpura-pura.* Cepat marah.* Perangai yang mudah berubah-ubah.* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.* Benci pada kongkongan.* Suka berlawak.* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

p/s: iNGat ye..ini sekadar ramalan semata2..andai ada yang serupa tuh mungkin sekadar kebetulan. apepun,bentuklah diri kita agar menjadi insan yang tidak berpura2 dalam mengenal erti diri yang sebenar..itulah yang terbaik.

Nilai Tudung Wanita

Di sini saya ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.
Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.
Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.
Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.
Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.
Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.
Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.
Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

jadi..sebagai seorang wanita jagalah aurat dan keperibadian kita .

p/s: pesan untuk diri sendiri jugak..smga di pelihara hati dan akhlak agar tdk terpesong akidah..insyaAllah


petang ni balik je dari umah kazen ..lepas asar lak akma kuar gi teman che ngah ke tesco..

penat sangat2..tapi apakan daya

esok dah mula keje dah..jap je cuti

masa kat tesco akma ada jumpa shasofea..rakan yang join friendster ..

akma je kenal dia..maybe dia x kenal pun akma

lepas ke tesco..gi beli nasi kukus jap teman che ngah

sampai umah pun dah maghrib

ni masa tulis blog ni dah pkl 8.54 mlm dah..

lupa lak nak berblog tadi..

k lah..dah penat sangat2 ni..lepas isya ingat nak tido terus la..

awal2 pagi esok nak bangun dah..

thanks sebab baca ye..

cayang Thaqiff

pagi ni awal2 agi akma plan nak gi umah cousin ngn ma..last2 pagi ni kena temankan ma gi pasar lah..balik je pasar,kepala lak pusing sebab cuaca pagi ni leh di kira panas gak la..
jadi..terlelap la plak hehehe
jadi,lepas je zhr..kitorang terus ke umah yang d maksudkan tuh..
bila sampai je area salor,pendek..jalan masuk umah lak lupa..(maknanya tersesat lah plak tghari tuh>>panas2..)
sampai je..tetiba je soalan pertama hinggap kat telinga ni..
"bakpow keto g2 tuh"
...heheheh
"ore langgar kita..bukan kita langgar ore.."
(malu la..)
"mmm...ganti keto baru la"
sedap je dia bg cdngan ekk..ada ongkos ka pak cik oiii
"x pe lah..ketow buruk pun leh naik agi.."
blablalablaaaaaaaaaaa..
(sape ntah....)

lepas tuh kitorang g umah kazen yang baru je dapat baby raya ke3 baru nui
Ya Allah..comey sangat2..tersentuh hatiku ini lihat wajah dio..
nik muhammad muzafar Thaqiff nama baby tu..
mmm..diam je Thaqiff bila cik ma riba dan pegang dia..tak merengek pun
bila mama dia ambik dah mula lah merengek..
dia nak ngn cik ma dia je ..
ingat nak ambik gambar Thaqiff nak letaak cini..tapi..kamera lak tak dok..
tak pe ..nati cik ma ambik gambar Thaqiff banyak2 nati bila Thaqiff besar ckit..
bila cik ma kata ...ready....Thaqiff cenyum ekk sayang..
malam ni mesti x leh tidur ni cik ma bila ingatkan Thaqiff..
cik ma memang gini..suka sangat ngn baby2 ni..
ok..cik ma penat la nak citer kisah Thaqiff je..
nanti rindu Thaqiff lak..

Friday, October 10, 2008


bosannye..
tadi kita cepat2 buka ym takut2 dia online
tapi..dia buzz je ..
mmmmm..tak kesampaian...
malam ni kita buka ym dari pkl 6 ptg agi..
tetiba je si rani mahyoob tu masuk..
ingat sape tadi..
susah lar gni..
tak mau lagi masuk ym la mlm ni
kita nak tidow awal..dah ngantuk dah rasa..
ok..jumpa agi



...**

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?Agung cintanya pada Allah dan RasulullahHartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillahPenawar hati kekasih AllahSusah dan senang rela bersama...Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?Isteri Rasulullah yang bijakPendorong kesusahan dan penderitaanTiada sukar untuk dilaksanakan...Mengalir air matakuMelihat pegorbanan puteri solehah Siti FatimahAkur dalam setiap perintahTaat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuangTiada memiliki harta duniaLayaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...Ketika aku marahInginku intip serpihan sabarDari catatan hidup Siti Sarah....Tabah jiwakuSetabah umi Nabi Ismail .Mengendong bayinya yang masih merahMencari air penghilang dahagaDi terik padang pasir merak .Ditinggalkan suami akur tanpa bantah

mmuahhhh


suka sangat tengok pic ni..
time ni akma ambik gambar adam ketika makan biskut coklat kegemaran dia..
mintak skit pun tak bagi..
masa ni adam gemuk jugak..
sekarang dia dah kurus skit sebab peralihan bulan..
nanti..jangan nakal2 ye adam..
makan banyak skit..]

adam ku sayang..


comey sangat2 adam..
tiap2 hari g je mana2 mesti teringat kat adam kat umah ni..
selalu sangat ganggu akma
tak kira time makan ker..tidow ker..cakap telefon ker..
eeeii..adam ku sayang



ye ker ramai yang beranggapan penantian ni satu penyeksaan??

ntahla...(ye kot..)

bagi akma penantian tu satu pengorbanan tapi menuntut kita supaya lebih bersabar .

al-maklumla..penantian ni boleh di ketagorikan kepada beberapa cabang..

tapi..bagi akma lak..tak salah kita menanti seseorang yang pernah berjanji ngn kita..

sebab itu adalah satu janji dan amanah dia dan kita kepadanya..tapi..semuanya terserah pada-Nya yang menentukan..

selagi akma bernyawa dan berada di bumi dia ni..insyaAllah..akma akan tunaikan janji akma tuh..(tunggu akma ekk)

tapi jugak....(lor berapa banyak tapi daaaaaaa..)penyeksaan pun ada benarnya..

jiwa ..hati dan perasaan kita mungkin lebih terseksa andai penantian tuh sering diuji dan di landai badai..(pandai2 lah atasinya..kelak nati kita terluka huuhuhu)dan

pandai2lah kita memenuhi janji kita pada orang2 yang kita janjikan..sebab takut nanti penantian kita ni sia2 saje..

jadi..saper yang rugi..

kita jugak yang rugi..

dan saper yang kecewa..kita jugak yang kecewa..


jadi.kepada saper2 yang sedang menanti tuh..bersabarlah..sebab tak kemana penantian tuh kalau hati kiat kuat dan saling percaya mempercayai..

(ye ker..ayat ni).

p/s:ape2 jelah


tadi akma tunggu jor wey ..
bila akma on ym..tetiba je komputer kat umah akma hang..
akma ada benda nak suh jor wey tau..
akma nak gambar akma ..sebab sumer gambar akma dlm pendraft akma padam..bukan terpadam..saat tuh hanya dia je yang tahu hati akma..waaaaaaaaa
bukan sengaja nak padam gambar2 dalam pendrsft tuh..tapi masa tuh urgent sangat2..
doktor mitak akma bagi minit mesyuarat yang ada dalam pndraft akma..
tapi..bila tiba masanya..dia tak jadi plak..
rasa macam nak nangis je..
tapi dah nangis dah..
sebab tu je gambar2 yang leh di katakan penuh ngan kenangan ..
sedih............
tapi..nak buat mcm mana
mujurlah kawan baik akma (ye ker..ngehngeh..)jor wey tuh simpan..
terima kasih ye..
simpan tau..jangan padam..
kalau padam..i keping kena byr rm5
kuikuikui

jadi save la skit kredit nak msj jor wey ..
tapi..sebab laptop punya pasal dan komputer lak hang..
terpaksalah akma curi2 telefon ma akma htr msj kat jor wey ..
(hehehe..lain kali x buat g2 agi..sebab tau dah nati ma dapat tau gak)
maaf ye ma..sayang ma..

alah..leh mintak tolong tak??
macam mana ekk nak buat blog ni jadi lebih menarik agi..
tak pandai la nak naik serikan blog akma ni..
hehehhe..budak baru belajar ..macam ni lah..
tolong la..tolong la..
akma nak tanya sape ek??
ha(sedang pikir ni )......mustahil dia pandai..
>>>>>>>....(sedang pikir lagi ni).......>>>>.
tak mungkin .........dan tak mungkin...
lor..jor wey ..tolong la akma ..
akma nak buat blog ni cantik2..
nak suh jor wey jealous ..
akma tau jor wey jealous...
........................
mmm..tak pelah..akma usha sendiri,,aaaaaaa
dah lewat ni..asyik berblogging je..
maghrib dah ni..
k.....daa

waktu itu..

Di waktu-waktu dalam keriangan senyuman sentiasa terukir ..dan berertilah bagi yang mengetahui betapa berharganya sebuah senyuman ..
alamnya turut tersenyum memeriahkan bagi situasi yang wujud..ah..begitu murah sekali senyuman ,namun ia terkandung seribu penawar..

waktu itu..ingin sekali aku jerit pada dunia..
biar mereka tahu akan deritanya hatiku..
luluhnya perasaan kecilku ini..
namun..dia tidak tahu..di sebalik gelak tawa..senda gurau dan bermacam ragam perasaan ku ukirkan..
masih terpalit sedikit kegundahan hatiku tatkala aku mengenangkan hidup ini..
aku rindukan waktu2 dulu..
waktu2 ketika aku belum mengenal apa itu pengorbanan..
apa itu kesedihan..
apa itu kedukaan..
dan apa itu kehidupan...

apapun..aku beruntung kerana masih ada lagi mereka2 yang amat dekat dengan ku yanag sentiasa memberikan kata2 semangat untuk aku dan kuarga aku..
dan..terima kasih jua pada-nya yang memberikan aku teman2 yang memahami aku dan dia yang jua telah banyak tolong aku dan kuarga..terima kasih banyak2..rasanya tidak terbalas budi kalian untuk aku luahkan



Tuhanku..

Tuhanku..dalam hidup ini hamba meminta kekuatan yqng agung untuk menuju kelautan hasrat murni..ku tadahkan harapan dalam keheningan sebuah ibadat mengabdi diri padamu dan ke puncak keimanan bersama taqwaku

Thursday, October 9, 2008

hAri ni lah adalah hari yang paling indah buat aku hehehe..mana tak nye..hari nin jelah waktu aku %^%*&..tapi..dek kerana terkejut akan telefon ku tuh..mmm tak de maknanya hari yang indah tuh buat aku..ee..
tapi..takpe..at least dapat jugak aku kuar pagi2 temankan mak nganh aku gi pasar ngn shopping hehheeh..tu pun kira pagi yang indah jugak kan..
ingat..petang2 nati ..aku olan nak ke pantai..
wowwwwwww..bestnyer..dah lama tak ke pantai..dapat ugak aku relex2kan otak aku ni..
al-maklumla..kat ofis aku tuh ada2 je keje yang menyerabutkan otak aku..nasib baik hari2 si rani tuh bagi aku coklat sweet dia yang di kirimkan oleh isteri trcinta dia buat aku.. thanksss ye..
ok lah..aku nak gi jalan2..
mau ikut ekk???
joM...

Di sini izinkan ku katakan padamu temanku sekalian..syukur kehadrat Ilahi akhirnya berjaya jua ku mencari tempat untuk ku luahkan rasa hati ku ini.Sememangnya hidup ini adalah satu persinggahan yang perlu kita semua sedar akan kewujudan kita di dunia ini adalah lakonan semata. Tatkala kita semua asyik dengan keseronokan dunia..kita semua telah lupaakan satu tanggungjawab yang perlu kita laksanakan pada-Nya.mengapa..mengapa !!Telah ku katakan padamu teman-temanku..kehidupan kita semua tak seindah yang di sangka . Ada antara kita yang bahagia bersama keluarga mereka dan ada di antaranya pula yang sengsara..ingatlah teman-temanku semua ..bukan niat di hati ingin ku luahkan rasa ini tapi ada di antara kita yang seakan-akan angkuh dengan nikmat dunia dan seolah-olah mengabaikan teman-teman yang lain . dan tak kurang pila ada di antara kita semua yang mengata-gata antara kita . Ya Allah!!Teman-temanku..Di alam remaja yang penuh keindahan dan keghairahan kita dalam mengecapi kehidupan..mengapa ada antara kita yang seakan-akan lupa diri??Lupa diri tatkala bersama-sama dengan seorang lelaki yang bergelar KEKASIH..Diri di merasakan terlalu bangga bila sng lelaki memegang dan membelai kita ..apa semua itu!!Mengapa kita memperjudikan diri kita kepada seorang lelaki?? mana maruah kita sebagai seotrang wanita??bukankah ape yang di tegah itu da pembalasan yang manis dan baik untuk seorang wanita suatu hari lagi??

Hari ini dalam ingatan!!
Syukur alhamdulillah..akhirnya sudah sampai masanya untuk ku kongsikan semua ini pada teman-teman sekalian.hari ini merupakan hari yang cukup bermakna bagiku ..bukan hari lahir ..bukan hari istimewa tapi hari ini adalah hari yang paling bahagia . apa itu usahlah di fikirkan dan ku sendiri pun tidak tahu apakah hari yang berbahagia ini .Mungkin teman -temanku yang sedang membaca coretan ini juga ada hari yang membahagiakan ..betul tak .Tapi adakalanya hari yang bahagia ini tidak selalu kunjung tiba.Tapi apakata kita semua bayangkan hari-hari yang kita lalui adalah hari - hari yg menggembirakan kita semua .. boleh kanSenyuman pun boleh mententeramkan jiwa kita ..dengan tersenyumjuga hati kita akan sentiasa berada dalam ketenangan .oklah..kita sambung luahan ini lain masa pulak ..jumpa lagi!

salam..
sebenarnya lama dah terfikir nak bgtau dia tuh tentang hal ni..
cuma tak kesampaian saja..
rasa2nya ..dia pasti baca blog kita ni..
dia kawan baik kita..kawan yang ada time susah dan senang..
terima kasih banyak2 buat zatil,.tak tau nak cakap ape.
sejak kenal dia..dia banyak bg nasihat dan dorongan buat kita,,
kawan yang takkan kita lupa sampai bila2,
sebenarnya..susah nak cari kawan baik yang teramat baik mcm ko zatil
..memang kita ramai kawan..tapi,kawan kita semua dah tak mcm dulu lagi.
hanya yang benar2 ikhlas saja yang sentiasa di sisi..
apepun.u are the best..
harap2 ,ko tak lupakan aku as ur frenz forever..

DiA kATA..

WARNA-WARNI KEHIDUPAN
Kadang2 kita bahagia dengan hidup kita dan kadang2 kita tersempitdengan hidup ini,jadi kita akan tempuhi bermacam-macam situasi dalamhidup ini,yang mana kita akan fikir apakah situasi yang datangmendatang,apakah nasib baik ataupun kurang baik menyebelahi kitananti.Namun kita memang tidak lari dari ujian dariNya,ada individu yang bahagia dan ada jugak yang agak perit untuk menerimanya sebagai suratan takdir dan menyebabkan tergelincir di lembah kekecewaan dankesengsaraan.Jadilah hamba yang senantiasa bahagia dengan apa saja yangmendatang,mungkin disebalik apa saja yang berlaku banyak hikmahnya.Kita adalah hamba yang lemah tiada daya dan upaya melainkan denganpertolonganNya.Mungkin orang yang menempuhnya lebih tahu sejauh manaperitnya sesuatu yang dia sendiri hadapi dan bagi orang yang mempunyaijiwa yang kental akan terus hidup dengan hati yang cukup bahagia

kalaulah kita semua tahu nasib dan kehidupan kita hari ini dan akan datang kan best..tapi..aku masih ingat agi kata2 si dia ni pada aku"tak di namakan manusia kalau tak di uji oleh-Nya'. kadang2 ..bila bersendirian..aku mula terfikir ..betul jugak apa yang di katakan oleh dia..tapi..manusia,sampai bila2 pun tetap bergelar manusia. Hanya hati yang kuat dan tabah saja dapat mengharungi hidup ni dengan sebaik mungkin.
tapi..tak faham ,kenapa Dia uji kita dengan dugaan yang amat besar yang semestinya kita tak mampu hadapinya??..kata dia ni lagi"akma..takkan di turunkan musibah pada kita andai Dia tahu kita tak mampu menghadapinya'.."

apepun..aku redha dengan setiap yang berlaku dalam kehidupan aku..
insYA'Allah..Dia pasti bersama-sama kita yang sabar dan tabah meghadapinya.
Dan buat si dia ..terima kasih sebab banyak beri kata2 semangat dan nasihat .
Sesunnguhnya ..hanya Dia yang tahu akan segala-galanya..

;;